Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID

Tanggal 16 Mei 2017 kembali menjelma. Saya begitu yakin


semua sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru pada
peringkat sekolah. Selain daripada ucapan Guru Besar dan
bacaan perutusan Sambutan Hari Guru yang bertema "Guru
Pembina Negara Bangsa sudah pastilah akan ada ucapan
daripada wakil murid.

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan


kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar, Barisan Guru
Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya sebagai
wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru
kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita
mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa
guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari
Guru. Pada tahun ini, Guru Pembina Negara Bangsa dipilih
sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali
dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk
melahirkan murid yang lebih bijak dan berpengetahuan.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran
itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita
sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung.
Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah
besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat.
Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat
membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh


itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk
ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita
abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.
Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita
untuk rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia
mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran.
Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi
semasa mengajar kita di sekolah.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami
ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan
sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima
kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen sajak
Guru Oh Guru karya Usman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai