Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan
Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Terlebih dahulu saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang mewakili rakan-rakan yang
lain untuk menyampaikan ucapan pada hari yang amat bermakna buat guru-guru khususnya
guru-guru di SK Meritam. Kesempatan yang diberikan ini, amatlah  bermakna buat diri saya.

Guru-guru sekalian,
Hari Isnin yang lalu yakni pada 16 Mei 2022 merupakan tarikh keramat untuk sambutan Hari
Guru. Pada tahun ini, Guru Tunjang Sekolah Sejahtera telah dipilih sebagai tema Hari Guru.
Tema ini amat bertepatan sekali sebagai penghargaan terhadap peranan guru dalam
menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara.

Guru-guru kusayang dan rakan-rakan sekalian,


Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai
kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah
besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu
mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira. 

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi.
Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. 

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga
kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran.
Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di
sekolah. Kami tahu, guru-guru sememangnya tidak mengharapkan balasan wang ringgit
daripada kami, anak-anak didik kalian. Justeru, saya menyeru dan mengajak diri saya dan
rakan-rakan agar berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sebagai hadiah kepada guru-
guru. Saya yakin guru-guru pasti sangat gembira jika anak-anak didik mencapai kejayaan .

Di kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin memohon ampun dan maaf jika kami
ada melakukan sebarang kesalahan terhadap cikgu-cikgu. Mungkin, sepanjang kami
bersama-sama cikgu..ada kelakuan kami yang menyinggung perasaan cikgu. Mungkin juga,
ada kata-kata dan kelakuan kami yang menaikkan darah cikgu. Oleh itu, maafkan kami,
cikgu. Maklumlah kami ini anak-anak kecil yang tidak dapat lari daripada melakukan
kesilapan.

Akhir kata, hayatilah bait-bait puisi:

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu , guruku.


Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “Cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Selamat Hari Guru, Terima kasih Cikgu.


Sekian sahaja ucapan saya . Wabillahi taufik wal hidayah. Assalamualaikuum W.B.T.

Sekian, terima kasih. 

Anda mungkin juga menyukai