Anda di halaman 1dari 1

(Kata kata aluan)

     Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang mewakili
rakan-rakan yang lain untuk menyampaikan ucapan pada hari yang amat bermakna buat guru-
guru khususnya guru-guru di SK Desa Petaling.  Kesempatan yang diberikan ini, amatlah
bermakna buat diri saya .

Guru-guru dan rakan sekalian,


     Tarikh keramat 16 Mei terpahat dalam ingatan guru-guru dan murid-murid sebagai
mengenang penat perit usaha guru memanusiakan kami di sekolah ini. Hari Guru ini diraikan
untuk mengenang  dan menghargai jasa dan pengorbanan para guru.  Jasa guru tidak ternilai
harganya.  Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru tunjang sekolah sejahtera.

Guru-guru sekalian,,
     Kami tahu, guru-guru tidak mengharapkan balasan wang ringgit daripada kami, anak-anak
didik kalian.  Justeru, saya menyeru rakan-rakan  agar berusaha dan belajar dengan bersungguh-
sungguh sebagai hadiah kepada guru-guru. Saya yakin, guru-guru pasti akan gembira jika 
kejayaan dapat dicapai oleh  anak-anak didik mereka.

Guru-guru dan rakan  sekalian,


     Di kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin memohon ampun dan maaf jika kami ada
melakukan sebarang kesalahan terhadap cikgu.  Mungkin, sepanjang kami bersama-sama cikgu,
ada kelakuan kami yang menyinggung perasaan cikgu.  Mungkin juga, ada kata-kata dan tindakan
kami yang menaikkan darah cikgu.  Oleh itu, maafkan kami, cikgu.  Maklumlah kami anak-anak
kecil yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

     Buah cempedak di luar pagar,


            Ambil galah tolong jolokkan;
     Kami budak baru belajar,
            Kalau salah tolong tunjukkan.

    Maafkanlah kesalahan  kami, cikgu.Doakanlah kejayaan kami selagi kami bergelar murid. Segala
ilmu yang cikgu ajarkan kepada kami akan kami manfaatkan dalam kehidupan kami.
    
Akhir kata, hayatilah bait-bait puisi sasterawan negara Usman Awang:

                        Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku


                        Budi yang diapungkan di dulang ilmu
                        Panggilan keramat “Cikgu” kekal terpahat
                        Menjadi kenangan ke akhir hayat

Selamat Hari Guru!

Anda mungkin juga menyukai