Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha Guru Besar Sek Keb Sungai Ular En Azizan b Kassim, yang dihormati barisan penolong kanan

,guru-guru yang diraikan serta rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang mewaliki murid tahun enam untuk berucap pada hari yang berbahagia ini . Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Hari ini tanggal 16 Mei merupakan sambutan hari guru bagi sekolah kita.Justeru,saya mewakili murid-murid sekolah ini mengucapkan Selamat hari guru kepada semua guru yang kasihi lagi disayangi. Sambutan hari guru diadakan adalah untuk melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada sumbangan dan pengorbanan para guru yang tidak ternilai harganya.Tanpa mereka siapalah kita.Tanpa usaha gigih guru mungkin kita tidak mampu untuk menulis dan membaca. Rakan-rakan sekalian, Sesungguhnya jasa guru amat besar kepada kita semua.Justeru,marilah kita sama-sama belajar bersungguh-sungguh agar segala susah payah guru-guru kita itu berbaloi. Kami juga berharap agar guru-guru sekalian akan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada yang Maha Esa.Untuk itu ,marilah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan guru-guru kita. Setakat ini sahajalah ucapan saya. Akhir kata terimalah serangkap pantun daripada saya Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga Sekian ,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai