Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pengacara majlis,Yang Berusaha Guru Besar,guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang mewaliki murid tahun enam untuk berucap pada hari ini . Hadirin sekalian, Beberapa hari lagi murid-murid tahun enam akan meninggalkan sekolah ini. Sedih rasa dihati dan berat hati kami untuk meniggalkan sekolah yang kami cintai ini. Banyak pengalaman pahit dan manis yang telah kami rasai sepanjang kami bersekolah di sini. Sepanjang kami bersekolah disini,kami telah dididik, diasuh dan dibimbing oleh para guru dalam pelajaran mahupun kokurikulum.Kami dapat rasakan bahwa semua guru telah memberikan seratus peratus komitmen demi melihat kami mengecap kejayaan .Kejayaan kami sudah tentu adalah hasil keringat guru-guru sekalian. Sepanjang enam tahun bersekolah disini,tentulah ada kesilapan yang kami lakukan seperti bak kata pepatah Pantai mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak di timpa hujan.Oleh itu,sebagai wakil murid tahun enam,saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang kami lakukan. Saya dan rakan-rakan berharap agar hubungan antara guru dan murid ini tidak akan berakhir.Kami akan sentiasa mengikuti perkembangan sekolah ini melalui blog sekolah.Kita juga mungkin masih boleh berhubung melalui e-mail mahu pun facebook.Semoga hubungan baik kita terus berkekalan. Akhir kata,doakanlah kejayaan kami disekolah menengah dan seterusnya ke menara gading.Kami juga sentiasa mendoakan guru-guru bahagia dan sihat disamping keluarga tercinta. Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai