Anda di halaman 1dari 17

SEKOLAH KEBANGSAAN RPS TERISU

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN


2022 M / 1443 H

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


&
PERSATUAN AGAMA ISLAM
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

PROGRAM IHYA RAMADHAN


2022M / 1443 H

1. PENGENALAN

Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi
menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Justeru itu,
program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan
memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat
memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Oleh itu pelbagai aktiviti
agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk
memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.

2. MATLAMAT

Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar
penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga
sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,
berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan
Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam
mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan
warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang
kurang bernasib baik.
3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati
keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah dengan
masyarakat setempat dan para ibu bapa murid.

1
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

4. SASARAN
4.1. Murid - murid Islam
4.2. Guru dan staf sokongan

5. TEMPAT

SK RPS Terisu

6. CADANGAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

6.1. Aktiviti

a. Program Di Ambang Ramadhan.


b. Tadarus Quran Murid dan guru-guru serta staf sokongan ( Sepanjang Bulan
Ramadhan).
c. Majlis Khatam Al-Quran.
d. Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid (Setiap pagi dan waktu rehat).
e. Kutipan Derma / Galakan Bersedekah (Tabung Ihya’ Ramadhan).
f. Sumbangan duit raya.
g. Terisu Quran Hour.
h. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, azan, tulisan jawi ,
mewarna dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan dan Aidil Fitri.
i. Majlis Perasmian Penutupan Program Ihya’ Ramadhan dan Majlis Khatam Al
Quran 1443 H.

2
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

7. KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN

7.1 PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN

Tarikh : 31 Mac 2022 / 28 Syaaban 1443 H


Tempat : Bilik Kemahiran Hidup SK RPS Terisu
Masa : 8.00 pagi- 9.30 pagi
Sasaran : Semua guru dan Murid Islam

Objektif :

1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh


berkat dan menambat jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk beramal ibadat
sepanjang Ramadhan.
2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan
bulan Ramadhan dan amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam
muttaqin.
3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan
untuk makluman semua warga sekolah.
4. Mengingatkan kembali kepada murid lafaz niat puasa dan doa
berbuka puasa.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Diadakan sempena ambang Ramadhan.


b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar.
c. Tayangan Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.
d. Tazkirah mengenai bulan Ramadhan.
e. Taklimat program hafazan dan ”cintai Al-quran”.

3
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

7.2 TADARUS QURAN MURID DAN GURU-GURU SERTA STAF SOKONGAN

Tarikh : Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan


Tempat : Surau SK RPS Terisu
Masa : 10.30-10.50 ( Waktu Rehat )
Sasaran : Guru Dan Murid Islam SK RPS Terisu

Objektif

1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran.


2. Melazimi murid-murid dengan ayat-ayat lazim Al-Quran.
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk
diamalkan dalam kehidupan.

Kaedah Pelaksanaan (Guru dan staf):

a. Membuat cabutan juzuk bagi setiap guru.


b. Guru diminta membaca juzuk Al-Quran yang ditetapkan sehingga selesai
sebelum 23 Ramadhan 1443 H atau 25 April 2022.

Kaedah pelaksanaan (murid-murid) :

a. Murid Islam diminta berkumpul disurau.


b. Murid diminta bersedia dengan Al-Quran masing-masing.
c. Murid diminta mengikut bacaan guru.

4
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

7.3 QURAN HOUR TERISU

Tarikh : 13 Ramadhan 1443 H / 15 April 2022


Tempat : Surau SK RPS Terisu
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Sasaran : Guru Dan Murid Islam SK RPS Terisu

Objektif

a. Memupuk minat membaca dan mentadabbur Al-Quran.


b. Melazimi murid-murid dengan ayat-ayat dari Al- Quran.
c. Menjadikan nilai-nilaimulia daripada Al-Quran membentuk jiwa berbudi
dan penyayang sehingga menjadi cara hidup seharian setiap insan.

Kaedah Pelaksanaan (Guru dan murid)

a. Guru dan murid Islam Berkumpul di surau.


b. Guru dan murid-murid bersama-sama membaca Surah Al-Kahfi.

5
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

7.4 MAJLIS KHATAM AL-QURAN & AMBANG AIDILFITRI

Tarikh : 27 Ramadhan 1443 H / 29 April 2022


Tempat : Dataran Ilmu SK RPS Terisu
Masa : 8.00 – 11.00 tgh
Sasaran : Seluruh warga sekolah

Objektif

1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran


khususnya di bulan Ramadhan.
2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-
Quran.
3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah
saw.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau
dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah.
b. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar
bacaan al-Quran.
c. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah.
d. Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh
semua peserta khatam al-Quran sehingga selesai.
e. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan
bunga telur dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.
f. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

6
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

7.5 TABUNG IHYA’ RAMADHAN (GALAKAN BERSEDEKAH)

Tarikh : 4 April 2022


Tempat : SK RPS Terisu
Masa : Sepanjang bulan Ramadhan
Sasaran : Seluruh warga sekolah

Objektif :

1. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di


kalangan warga sekolah turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk
mereka yang kurang bernasib baik.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Pengetua / Guru Besar pada hari


pertama persekolahan di bulan Ramadhan.
b. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di perhimpunan
pagi atau selepas solat.
c. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat.
d. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh
Guru Besar.

7
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

7.6 PERTANDINGAN HAFAZAN AYAT-AYAT LAZIM

Tarikh : Sepanjang hari persekolahan Bulan Ramadhan


Tempat : SK RPS Terisu
Masa : Sepanjang bulan Ramadhan
Sasaran : Murid-murid Islam

Objektif :

1. Menggalakan murid-murid menghafaz surah-surah lazim dalam Al-Quran.


2. Meningkatkan daya ingatan murid-murid.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Murid akan mendengar bacaan ayat-ayat lazim yang akan


dipasang pada setiap pagi disekolah.
b. Murid akan memperdengarkan hafazan pada mana-mana
guru dan akan disahkan pada borang senarai semak yang dibekalkan.
c. Penyerahan borang senarai semak terakhir pada 28 April
2022.

7.7 ‘ Cintai Al- Quran ‘

Tarikh : Sepanjang hari persekolahan Bulan Ramadhan


Tempat : SK RPS Terisu
Masa : Sepanjang bulan Ramadhan
Sasaran : Murid-murid Islam

Objektif :

1. Menggalakan murid-murid mengamalkan bacaan Iqra’ dan Al-quran setiap


hari.
2. Meningkatkan kesungguhan dan pengetahuan murid dalam pembacaan
Iqra dan Al-Quran.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Murid akan membaca Iqra’ dan Al-Quran dengan mana-mana guru.


8
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

b. Guru akan merekod bacaan murid di dalam kad rekod yang disediakan.
c. Penyerahan kad rekod kepada penyelaras program pada 28 April 2022.

9
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

8. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Rujuk Lampiran 1

9. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

10. ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran 3

10
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

11. PENUTUP

Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan
akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai
panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan
berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang
kurang bernasib baik.

Disediakan oleh, Disemak


Disemakoleh,
oleh ,

………………………. ……………………………………
En. Mohd Shamsuddin bin Abdullah En. Mohamad Azizan bin Mat Nor
Setiusaha Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Panitia Pendidikan Islam SK RPS Terisu
SK RPS Terisu

Disahkan oleh,

……………………………………
Pn. Halimah Binti Umar
Guru Besar
SK RPS Terisu

11
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

LAMPIRAN

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Halimah Binti Umar


Pengerusi : En. Mohamad Azizan bin Mat Nor (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : En. Mohd Faidzul bin Daud (GPK Pentadbiran)
: En. Pazli Ghazali (GPK Hem)
Setiausaha : En. Mohd Shamsuddin bin Abdullah
Ketua Panitia : En. Tuan Haiqhal Hadi bin Tuan Mahadi

Ahli Jawatankuasa :

En. Mohd Ashri bin Nasir


En. Fauzan Izzat bin Roslan
En. Mohd Khazwan Ariff
En. Ahmad Naza Rudy bin Awang
En. Tuan Haiqhal Hadi bin Tuan Mahadi
En. Ahmad Elyas bin Ismail
En. Muhammad Syamir bin Harun
En. Muhammad Amir Farhan bin Azman
En. Sufardi bin Agus Azlan
Pn. Shanurlaili binti Abdul Ajid
Cik Norfarahaida binti Noorddin

12
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

PERANCANGAN PERJALANAN PROGRAM

NO. AKTIVITI TARIKH PENYELARAS


En. Tuan Haiqhal Hadi
1 Program Di Ambang Ramadhan 31 Mac 2022
En. Mohd Shamsuddin
Tadarus Quran Murid dan guru-guru serta
Sepanjang Bulan En. Tuan Haiqhal Hadi
2 staf sokongan ( Sepanjang Bulan
Ramadhan En. Mohd Shamsuddin
Ramadhan)
Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid Sepanjang Bulan
3 En. Mohd Shamsuddin
(Setiap pagi dan waktu rehat). Ramadhan
Kutipan Derma / Galakan Bersedekah Sepanjang Bulan
4 En. Tuan Haiqhal Hadi
(Tabung Ihya’ Ramadhan) Ramadhan
Pertandingan-pertandingan :
Teka silang kata
5 18-28 April 2022 En. Tuan Haiqhal Hadi
Cari perkataan
Mewarna
Hafazan ayat-ayat lazim Sepanjang bulan
6 ‘Cintai Al-Quran’ En. Mohd Shamsuddin
Ramadhan
Majlis Perasmian Penutupan Program Ihya’
Panitia Agama Islam &
7 Ramadhan dan Majlis Khatam Al Quran 29 April 2022
Persatuan Agama Islam
1434 H

13
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

TENTATIF AKTIVITI PROGRAM IHYA RAMADHAN

Aktiviti : Pertandingan Mewarna (Tahap 1) & Melukis Poster (Tahap 2)


Tarikh : 20 April 2022
Hari : Rabu
Masa : 8.00- 10.30 Pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK RPS TERISU

8.00 : Taklimat Pertandingan


8.15 : Pertandingan Berjalan
10.30 : Rehat
(Selepas Rehat : Pdpc Berjalan Seperti Biasa)

Aktiviti : Mencari Perkataan & Teka Silang Kata (Tahap 1 & 2)


Tarikh : 26 April 2022
Hari : Selasa
Masa : 8.00 – 9.00 Pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK RPS TERISU

8.00 : Taklimat Aktiviti


8.15 : Aktiviti Mencari Perkataan & teka silang kata dijalankan
9.00 : Aktiviti tamat
Selepas Jam 9.00 pagi Pdpc Berjalan Seperti Biasa)

______________________________________________________________________________

Aktiviti : Penyampaian Hadiah


Tarikh : 29 April 2022
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 – 10.00 pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK RPS TERISU

9.00 : Murid Berkumpul Di Dataran


9.10 : Ucapan Pengerusi
9.25 : Majlis Penyampaian Hadiah
10.00 : Majlis Bersurai

14
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

Aktiviti : Khatam Al-Quran Dan Ambang Aidilfitri


Tarikh : 29 April 2022
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 – 11.00 Pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK RPS Terisu

8.00 : Murid Berkumpul


8.15 : Ucapan Pengerusi Majlis
8.20 : Majlis Khatam Al-Quran
- Dipimpin Oleh Ustaz Tuan Haiqhal Hadi bin Tuan Mahadi
9.00 : Ucapan Penutupan Ihya, Ramadhan Dan Ambang Aidilfitri Oleh Guru Besar
9.15 : Penyampaian Hadiah Dan Cenderahati
- Cenderahati Guru
- Penyampaian sumbangan Aidilfitri untuk Anak yatim piatu beragama Islam
- Penyampaian Duit Raya Kepada Semua Murid Islam
10.30 : Murid Dan Guru Bersalaman
11.00 : Majlis Bersurai

15
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2022

SK RPS TERISU

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Kuiz Ihya’ Ramadhan RM 1 x 20 orang RM 20
2 Hadiah pertandingan
- Teka silang kata RM 3 X 18 RM 54
- Mewarna RM 3 X 18 RM 54
- Mencari perkataan RM 3 X 18 RM 54
- Hafazan ayat lazim RM 5 X 10 RM 50
- Tokoh ‘Cintai Al-Quran’ RM 5 X 10 RM 50
3 Majlis Khatam Al-Quran
- Cenderahati peserta RM 5 X 20 RM 100
- Bunga telur RM 2 X 50 RM 100
- Sumbangan duit raya murid RM 3 X 109 RM 327
4 Sumbangan khas Aidilfitri untuk Anak RM 30 X 10 RM 300
yatim beragama Islam
JUMLAH KESELURUHAN RM 1089.00

16

Anda mungkin juga menyukai