Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SEROM 4

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


PROGRAM IHYA RAMADAN
TAHUN 2023/2024

Yang Berusaha Guru Besar SK Serom 4, Sekolah Kluster Kecemerlangan

KERTAS KERJA PROGRAM IHYA RAMADAN 2023/2024

1.0 PENGENALAN

Ramadan adalah bulan yang Allah SWT janjikan kepada seluruh umat Islam untuk
mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan
dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dan memohon agar ibadah yang
dilakukan mendapat ganjaran pahala disisi Allah SWT, serta dapat memberikan kesedaran dan
pengajaran dalam penghayatan Ramadan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Tujuan Program Ihya Ramadan ialah :
Matlamat program ini dirancang dan dilaksanakan untuk mendapatkan keredhaan
Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan sepanjang bulan kemuliaan umat
islam ini mendapat ganjaran pahala daripada Allah serta dapat memberikan
kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan kepada warga sekolah.

2.2 Outcome

 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan pelajar yang
berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
 Membentuk pelajar yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan
sedekah.
 Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

3.0 SASARAN
Semua Warga Sekolah Kebangsaan Serom 4
4.0 TARIKH PELANCARAN KEMPEN
Dijangkakan dilancarkan pada
Tarikh : 22 Mac 2023
Hari : Rabu
Masa : 8:00 pagi
Tempat : Musolla sekolah

KAEDAH PERLAKSANAAN
a. Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
b. Tadarus Quran Murid dan guru-guru serta staf sokongan (Sepanjang Bulan
Ramadhan)
c. Program Syurga Milik Kita (SMK) setiap hari Khamis.
d. Kutipan Derma / Galakan Bersedekah (Tabung Ramadhan)
e. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, azan, tulisan jawi,
mewarna dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan dan Aidil Fitri.
f. Majlis Perasmian Penutupan Program Ihya’ Ramadhan dan Majlis Khatam Al
Quran.

1. PELANCARAN IHYA RAMADAN 2023 / 2024

Tarikh : 22 Mac 2023


Tempat : Musolla al Hakim, SK Serom 4
Tempoh : 45 minit hingga 1 jam
Sasaran : Seluruh warga SK Serom 4

Objektif :

1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan
menambat jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk beramal ibadat sepanjang
Ramadhan.
2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan
amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin.
3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan untuk makluman
semua warga sekolah.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Ucapan Khas oleh Guru Besar
b. Tazkirah oleh al fadil Ustaz Idris bin Ismail
2. TADARUS QURAN MURID DAN GURU-GURU SERTA STAF SOKONGAN
Tarikh : Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan
Tempat : Musolla al Hakim / bilik darjah, SK Serom 4
Masa : 9.50 pagi – 10.20pagi (waktu rehat)

Objektif :
1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.
2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan
dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk
diamalkan dalam kehidupan.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau/kelas dalam keadaan berwuduk
b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia.
c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.
d. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.

3. MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh / Hari : 19 April 2023 (Rabu)


Tempat : Musolla al Hakim, SK Serom 4
Masa : 10.20 pagi – 12.00 tengahari
Sasaran : Seluruh warga sekolah

Objektif :
1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran
khususnya di bulan Ramadhan.
2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan
al-Quran.
3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah
saw.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau
dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah.
b. Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran.
c.Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar
bacaan al-Quran.
d. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Musolla al Hakim.
e. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan bunga manggar, bunga telur dan
diiringi paluan kompang.
f. Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh
semua peserta khatam al-Quran sehingga selesai.
g. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan
bunga telur dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.
h. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

4. TABUNG RAMADAN

Tarikh / Hari : Sepanjang bulan Ramadan


Sasaran : Seluruh warga sekolah

Objektif :
1. Menzahirkan rasa syukur kerana memperoleh nikmat harta benda.
2. Mencontohi Rasulullah yang lebih banyak bersedekah pada bulan Ramadan.
3. Menyuburkan rasa ingin berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Murid yang ditugaskan akan pergi ke setiap kelas dengan membawa tabung Ihya
Ramadan untuk melaksanakan kutipan.
b. Sumbangan akan diberikan kepada murid-murid yang memerlukan daripada
kalangan yang miskin dan anak yatim dan sesiapa yang difikirkan sesuai.

5. MAJLIS PERUTUSAN AIDIL FITRI

Tarikh / Hari : 19 April 2023 (Rabu)


Tempat : Musolla al Hakim, SK Serom 4
Masa : 10.20 pagi – 12.00 tengahari
Sasaran : Seluruh warga SKS4

Objektif :
1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat
sepanjang Ramadhan.
2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.
3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari di bulan
Syawal.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Diadakan bersama dengan Majlis Khatam al Quran peringkat sekolah.
b. Ucapan Khas oleh Guru Besar.
c. Penyampaian Sumbangan Tabung Ramadan kepada pelajar yang memerlukan.
5.0 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM PERINGKAT SEKOLAH
Pengerusi : Cikgu M. Fazuli bin Khamis (Guru Besar)
Naib pengerusi : Cikgu Raja Haliza binti Raja Yahya (GPK Ko-Kurikulum)
Cikgu Hamidah binti Ibrahim (GPK Pentadbiran)
Cikgu Nor Asikin binti Husssein (GPK HEM)
Penyelaras program : Ustaz Idris bin Ismail
Setiausaha : Ustazah Sumalia binti Johari
Bendahari : Puan Kamariah binti Mansor

AHLI JAWATANKUASA

PERKARA AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


Penyelaras Aktiviti 1. Ustaz Idris bin Ismail (K) 1. Merancang perjalanan majlis dan
Sepanjang sambutan Ihya’ 2. Ustazah Sumalia binti berbincang dengan Guru Besar.
Ramadhan: Johari 2. Memilih pelajar untuk tadarrus al-
* Majlis Pelancaran Quran dan Majlis Khatam Al-
Program Sambutan Ihya’ Quran serta mengagihkan
Ramadhan kumpulan dan juzuk-juzuk.
* Tadarus Al-Quran guru 3. Mencari bahan untuk kuiz bulan
dan iqra' pelajar. Ramadhan
* Kuiz ramadhan dan jawi 4. Mengelolakan majlis ini secara
keseluruhannya.
* Majlis Khatam Al Quran &
Majlis Penutupan rasmi
Program Sambutan Ihya’
Ramadhan
* Tabung Ramadan 1. Pn. Noorlia binti Abd 1. Membuat kutipan derma dari para
* Mengurus Pelajar Hamid pelajar dan guru sepanjang bulan
Menerima Zakat / Derma / 2. En. Solime bin Sageh Ramadan.
Sumbangan Duit Raya 2. Mengagihkan kutipan derma
kepada semua pelajar pada Majlis
Khatam Al-Quran.
3. Menyenaraikan nama pelajar
penerima zakat / derma /
sumbangan duit raya.
4. Mengurus murid semasa
pembahagian duit raya
Disiplin dan Kawalan 1. Pn Normala binti Bahari 1. Mengawal disiplin pelajar secara
Pelajar (K) aktif.
2. En. Khairularifin bin
Shamsudin
Fotografi & Dokumentasi 1. Pn. Norishah binti 1. Mengambil gambar yang sesuai
Jamaludin sepanjang majlis berlangsung.
2. Pn. Nor Asmidah binti 2. Menyusun, memilih dan mengedit
Zulkefli gambar-gambar yang sesuai untuk
dokumentasi.
Kebersihan, Persediaan 1. Pn. Halimah binti 1. Menyusun kerusi/meja
Tempat dan Peralatan Bahrum (K) secukupnya
2. Pekerja kebersihan 2. Mengemas semula kerusi meja
selepas digunakan
3. Memilih pengawas untuk
membantu.
4. Memastikan kebersihan sekitar
musolla sebelum dan selepas
majlis.
Siaraya 1. En. Solime bin Sageh 1. Memastikan PA sistem berfungsi
2. En. Amirul Syafiq bin dengan baik sepanjang majlis.
Zaidun 2. Mengemas peralatan selepas
program selesai

Pengacara Majlis 1. Pn. Halimah binti 1. Menyediakan teks pengacara yang


Bahrum (Pelancaran) sesuai untuk Majlis Perasmian dan
2. Ustazah Sumalia binti Penutup Sambutan Ihya’ Ramadhan
Johari (Penutupan)
Bacaan Doa 1. Ustaz Idris bin Ismail 1. Menyediakan teks bacaan doa
yang sesuai untuk semua majlis
sambutan Ihya’ Ramadhan
Publisiti 1. Ustazah Sumalia binti 1. Mewar-warkan program dan aktiviti
Johari Panitia Pendidikan Islam.

6.0. IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 Sumber Kewangan – Wang kerajaan, sumbangan guru-guru SKS4

ANGGARAN JUMLAH SUMBER


PERKARA KUANTITI
(RM) (RM) KEWANGAN
Cenderahati Khatam 22 10.00 220.00
Bunting perasmian dan khatam al PANITIA
2 75.00 100.00
Quran PENDIDIKAN
Hadiah pertandingan 30 10.00 300.00 ISLAM DAN
Kontigensi 100.00 100.00 BAHASA ARAB
JUMLAH 720.00

7.0 ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

8.0 PENUTUP
Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat serta
menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup
untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah
akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik.
Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………… ……………………………………………………

Nama: Sumalia binti Johari Nama : Raja Haliza binti Raja Yahya
Jawatan: Setiausaha Program Ihya Ramadan Jawatan: Guru Penolong Kanan Ko-
Nama Sekolah: SK Serom 4 Kurikulum
Tarikh: 12/3/2022 Nama Sekolah: SK Serom 4
Tarikh:

KERTAS CADANGAN PROGRAM IHYA RAMADAN TAHUN 2023/2024

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

Ulasan:

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai