Anda di halaman 1dari 2

Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi


Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Iftar Jamaie
SAM Tengku Ampuan Jemaah 1443 Hijrah.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Daun Layu di tengah gurun


Nampak jalur pohon cemara
Tradisi Melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, Ramadan Karim.

Yang Berbahagia Dr Afifah Abd Rahim


Penolong Pengarah 2, Pusat Pembangunan Mahasiswa UniKL

Yang Berbahagia En. Mohd Hafiz bin Zakaria


Ketua Pegawai Operasi Syarikat Manar
Serta pegawai-pegawai daripada Syarikat Manar.

Yang Berusaha Pn. Hjh. Norlin bt. Yusuf


Pengetua SAM Tengku Ampuan Jemaah

Yang Berbahagia En. Shaiful bin Kamaluddin


Yang Dipertua PIBG SAM Tengku Ampuan Jemaah

Guru-guru penolong kanan

Dif-dif jemputan

guru-guru, murid-murid dan hadirin sekalian.

Sebelum meneruskan majlis


Marilah kita membuka pertemuan kita dengan Ummul Furqan Al Fatihah

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat kita bersama-sama dalam Majlis Iftar Jamaie SAM Tengku Ampuan Jemaah bagi tahun
2022 bersamaan 1443 Hijrah.
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran, para tetamu, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin
sekalian ke majlis ini.

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita dimulakan dengan ucapan tetamu kita, iaitu Yang Berbahagia Dr Afifah Abd Rahim
Penolong Pengarah 2, Pusat Pembangunan Mahasiswa UniKL

Bunga selasih di dalam taman,


Harum melati penyeri intan,
Terima kasih ucapan puan,
kekal bersemi dalam ingatan.

Seterusnya, majlis kita diteruskan dengan ucapan daripada wakil syarikat Manar, iaitu Encik Mohd
Hafiz bin Zakaria. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada syarikat Manar. Dipersilakan


Puan Pengetua untuk mengiringi Encik Mohd Hafiz bin Zakaria.

- Gimik penyerahan –

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Hafiz bin Zakaria atas ucapan
dan penyerahan sumbangan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Pergi ke kedai membeli gula


Gula dibawa berhati-hati
Puan Pengetua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati

Majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Hajah
Norlin binti Yusuf, Pengetua SAM Tengku Ampuan Jemaah untuk menyampaikan sepatah
dua kata.

Dipersilakan

....................(Ucapan Pengetua)......................
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha.
Tuan Pengetua, atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Tahlil yang akan dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Nurizat
bin Kamal.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan Ustaz Nurizat bin Kamal untuk memimpin majlis kita.
Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai