Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS ORINTASI MINGGU UKHUWAH SEKOLAH TAHUN 1 SESI 2023

Tarikh : 16.3.23
Masa : 11pagi
Tempat : Dewan
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN
PENGERUSI Mayang berliut berisi padat,
MAJLIS
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Yang Berusaha, Ustzh Hjh Norzakiah binti abd aziz,
Guru Besar Sekolah Agama Al-Firdaus Lima Kedai.
2) Yang Berbahagia, Encik Abdullah bin Khatim,
Ketua Pengurusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Al-firdaus
Lima kedai
3) Yang dihormati, Ustz mohd halil bin sulaiman,
Guru Penolong Kanan Akademik,
Penyelaras Hari Ukhuwah sekolah Tahun 1 Sesi 2023
warga pendidik sekolah agama al firdaus lima kedai serta yang
dikasihi para ibu bapa dan anak-anak yang dikasihi sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu, guru-guru, ibubapa dan


murid-murid yang telah hadir untuk meraikan Majlis ukhuwwah
sekolah . Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan ke
hadrat Illahi kerana hari ini kita masih diberi kesihatan yang baik
untuk sampai ke sini.
Maka dengan itu, kita dapat hadir ke Majlis Minggu Ukhuwwah
sekolah darjah 1 2023 ini untuk berkenalan dan beramah mesra
dengan pihak pentadbiran sekolah serta budaya di sekolah ini.
Selamat datang ke Sekolah agama al firdaus lima kedai kepada tuan-
tuan dan puan-puan. Diharapkan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan
yang diterima pada hari ini dapat belajar membina kecemerlangan
mereka di sekolah ini. In sha allah.

2 Orang Jawa berdagang ke kota,


BACAAN DOA Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd halil bin
Sulaiman. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************************(DOA)
******************************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.

3 Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang


UCAPAN ALUAN Berusaha Ustazah Nor Zakiah bt abd aziz, Guru Besar Sekolah
GURU BESAR Agama Al firdaus Lima Kedai untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****************************(UCAPAN
GB)**************************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha


Tuan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
4 Seterusnya, majlis menjemput Yang Berbahagia Encik Abdullah bin
UCAPAN khatim, Ketua pengerusi badan kebajikan sekolah agama al firdaus
K.PENGERUSI BKS lima kedai untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari
Minggu Ukhuwah Sekolah mus 2023 Sekolah Agama alfirdaus lima
kedai. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

******************(UCAPAN PENGERUSI
BKS)**************

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada


pagi ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Encik
Abdullah bin khatim atas ucapan perasmian sebentar tadi.
5 Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan Taklimat Awal
TAKLIMAT AWAL Persekolahan yang akan disampaikan oleh ............ Dengan itu, majlis
PERSEKOLAHAN menjemput ................. untuk menyampaikan taklimat. Dengan segala
hormatnya mempersilakan.

***************(TAKLIMAT AWAL
PERSEKOLAHAN)*************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ...................... atas


taklimat yang ringkas lagi padat berkenaan pengenalan awal
persekolahan sebentar tadi.

7 Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


PENUTUP Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima


kasih yang tidak terhingga kepada para ibubapa yang memberikan
komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran anak-anak.
Sesungguhnya, komitmen tuan puan adalah inspirasi kami. Dengan
itu, tamatlah majlis kita pada tengah hari ini. Semoga hubungan
pihak sekolah dan para ibubapa akan terus erat. Sesungguhnya yang
baik itu datang dari Allah dan kekurangan itu wujud daripada
kelemahan kami ini.
Sekian, wabillahittaufiq.....

Anda mungkin juga menyukai