Anda di halaman 1dari 28

EKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK INDERA MAHKOTA,KUANTAN

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2015

SK INDERA MAHKOTA

BIL PERKARA CATATAN

Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat


tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.
Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang ……………………………….

dengan diiringi oleh Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, En. Sarlan Bin Shahrum,
Naib Yang Dipertua PIBG, guru-guru Penolong Kanan dan AJK
PIBG. Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu


LAGU Negaraku
NEGARAKU
*************************

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin


dipersilakan duduk.

Solutasi

Kompang Bergema Pusaka Bangsa

Dipalu oleh Si Anak Muda

Hadir Tuan Puan meriah suasana

Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dimuliakan ……………………………………………..

Yang Berusaha Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Indera Mahkota,

Yang Dihormati, En. Sarlan Bin Shahrum, Naib Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rosnaini Binti Moh Taib

Guru Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Abdul Mutalib Bin Haji
Othman,

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Md Zahar Bin Awang


Kecik,

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Norhayati Bnti Abd


Halim,

Guru Penolong Kanan Petang, Tuan Haji Baharuddin Bin Jusoh,

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, barisan Guru-


guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Dewan ini ini bagi MESYUARAT AGUNG PIBG
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota.
Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,

Bacaan Doa

Kayu jati si kayu cendana

Mari di tanam kita berdua

Majlis kami tidak kan sempurna

Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-


sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan
barakah dari Yang Maha Esa.

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rozi Bin Dzulkafly untuk
memimpin bacaan doa.

Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd Rozi atas


pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung
akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Bacaan ayat Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Dengan
suci al_Quran ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan
adik …………………………… untuk bacaan ayat –ayat suci al-Quran.
Dipersilakan.
Warga dewan yang dimuliakan,

Ucapan Guru
Besar
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Puan
Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera
Mahkota. Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas ucapan


sbentar tadi.

Ucapan NYDP Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis
menjemput dan mempersilakan En. Sarlan Bin Shahrum untuk
menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Sarlan Bin Shahrum


atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi;

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati
memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada
…………………………………………………………. untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK
INDERA MAHKOTA. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada …………………………………………. atas ucapan
perasmian sebentar tadi.

Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-
Nasyid sama kita saksikan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid as-
syakirin. Dipersilakan..

******************************

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid


sebentar tadi. untuk makluman hadirin, kumpulan nasyid asy-
syakirin telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan
nasyid peringkat zon perdana.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati
Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SK
jawatankuasa
Indera Mahkota Sesi 2013/2014, majlis berbesar hati menjemput
PIBG- Perasmi
dan mempersilakan …………………………………………… untuk
menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan. Dipersilakan.

Dipersilakan....

1.

2.

3.

4.
AJK IBU BAPA

1.

2.

3.

4.

AJK GURU:

1.

2.

3.

4.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul

Molek budinya menambat hati

Dua tiga bicara salah tersasul

Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Indera Mahkota, merakamkan


penghargaan terima kasih kepada …………………………………… atas
kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke- ….. Tidak dilupakan juga kepada
ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..

MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan kepada ……………………………….. untuk


PIBG 2015 meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Indera Mahkota
bagi tahun 2015

Jamuan Ringan
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI -13 TAHUN 2013
SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,
SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

YANG BERUSAHA
PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM
PENGETUA SMK CHERAS JAYA

YANG DIHORMATI
DATIN SRI ISMALINA BT ISMAIL
YANG DIPERTUA MIMBAR PERMUAFAKATAN IBUBAPA MALAYSIA (MAPIN), SELANGOR

YANG DIHORMATI
TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS
YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA

YANG DIHORMATI
DR NASRI BIN SULAIMAN
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA

YANG DI HORMATI
PUAN SOFIA NOR BINTI MOLHIT
PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
ENCIK OTHMAN BIN OMAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
YANG DIHORMATI
PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
YANG DIHORMATI
ENCIK TERMIZI BIN MOHD TAHIR
PENOLONG KANAN PETANG

YANG DIHORMATI
ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOP
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG, AHLI-AHLI


JAWATANKUASA PIBG, GURU-GURU KAUNSELING, GURU-GURU DAN PARA IBU BAPA YANG
DIHORMATI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

PUJI DAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA KITA DAPAT
BERKUMPUL PADA PAGI YANG MULIA INI UNTUK SAMA-SAMA MENDENGAR CERAMAH
KEIBUBAPAAN DARI PENCERAMAH YANG DI JEMPUT KHAS DARI MAPIN SELANGOR.

TANPA MEMBUANG MASA, DENGAN INI MAJLIS MENJEMPUT YANG DIHORMATI DATIN SRI
ISMALINA BT ISMAIL,YANG DIPERTUA MIMBAR PERMUAFAKATAN IBUBAPA MALAYSIA.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
- CERAMAH SLOT KEIBUBAPAAN -

PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA DATIN SRI ISMALINA BT ISMAIL
ATAS CERAMAH SEBENTAR TADI. SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH, PIHAK MAJLIS MENJEMPUT
PUAN HASHIMAH BT HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA DIIRINGI ENCIK OTHMA BIN OMAR,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL DAN CENDERAHATI
KEPADA DATIN SRI ISMALINA.
DIPERSILAKAN.
UNTUK MAKLUMAN HADIRIN, SETERUSNYA DATIN SRI ISMALINA AKAN MENYAMPAIKAN CEK
SEBAGAI SUMBANGAN DARIPADA PIHAK MAPIM KEPADA TABUNG DANA PROJEK LINDUNGAN
SURIA.
PIHAK PIBG DAN SEKOLAH MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN YANG
DISAMPAIKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN HASHIMAH BT HASHIM ATAS PENYAMPAIAN


CENDERAHATI ITU TADI.
DENGAN INI, PIHAK MAJLIS MEMPERSILAKAN DATIN SRI DIIRINGI GURU-GURU KAUNSELING KE
KANTIN SEKOLAH UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI, MAJLIS AKAN DITERUSKAN DENGAN ACARA MENGALU-
ALUKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT BAGI MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13.

PENGUMUMAN KETIBAAN
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA,
DATO’ YAP PIAN HON,
KETUA PENYELARAS KAWASAN PARLIMEN SERDANG.

HADIRIN MOHON BERDIRI.

HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.


KATA ALU-ALUAN

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA


PEMBUKA KATA LIDAH BICARA
ZINKAN SAYA MULAKAN ACARA
SEMOGA MAJLIS DISAMBUT CERIA
KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA
DIPALU OLEH SI ANAK MUDA
HADIR TUAN MERIAH SUASANA
KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA

YANG BERBAHAGIA,
DATO’ YAP PIAN HON,
KETUA PENYELARAS KAWASAN PARLIMEN SERDANG.

YANG BERUSAHA
PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM
PENGETUA SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS
YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA

YANG DIHORMATI
DR NASRI BIN SULAIMAN
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA

YANG DI HORMATI
PUAN SOFIA NOR BINTI MOLHIT
PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA

YANG DIHORMATI
ENCIK OTHMAN BIN OMAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

YANG DIHORMATI
PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

YANG DIHORMATI
ENCIK TERMIZI BIN MOHD TAHIR
PENOLONG KANAN PETANG

YANG DIHORMATI
ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOP
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG, AHLI-AHLI
JAWATANKUASA PIBG, PARA GURU DAN PARA IBU BAPA YANG DIHORMATI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,

ALHAMDULILLAH DIPANJATKAN KESYUKURAN, KERANA DENGAN IZIN SERTA LIMPAH


RAHMATNYA KITA DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK BERHIMPUN DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-13 TAHUN 2013.
SEMOGA MAJLIS INI MENJADI BERTAMBAH MERIAH, PENUH CEMERLANG DAN MEMBAWA
MAKNA KEPADA KITA SEMUA. PASTINYA PERTEMUAN PADA HARI INI BERTUJUAN UNTUK
BERTUKAR PANDANGAN DAN PEMIKIRAN MEMBINA, KE ARAH MEMBANTU PIHAK SEKOLAH
DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK KITA KHUSUSNYA DALAM BIDANG AKADEMIK
DAN DUNIA PENDIDIKAN SETERUSNYA MENJULANG NAMA SMK CHERAS JAYA SAMA ADA DI
BIDANG KURIKULUM, KO-KURIKULUM MAHUPUN SAHSIAH PELAJAR.

BAGI MEMBERKATI MAJLIS, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN KEHAMBAAN


DENGAN PENUH KEINSAFAN , SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA
UNTUK KELANCARAN MAJLIS INI. UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ
SHAHRIMAN BIN SAID BAGI MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.
BACAAN DOA
AMIN…AMIN….YA RABBAL ALAMIN
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AL-FADHIL USTAZ SHAHRIMAN
ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI
MENDAPAT RAHMAT HINGGA KE PENGHUJUNGNYA.
SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PUAN
HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN
ALU-ALUAN. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN 1(PENGETUA)

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM,
PENGETUA SMK CHERAS JAYA ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN ITU
TADI.

SETERUSNYA KITA DENGARKAN PULA UCAPAN DARIPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN
BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

DIPERSILAKAN.

UCAPAN 2(YDP)

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN
IDRIS, ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN SEBENTAR TADI.
HADIRIN SEKALIAN,
BERTONGGAKKAN ADAT, YANG DATANG DISAMBUT,YANG PERGI DIIRINGI,SEBELUM MAJLIS
MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATO’ MENYAMPAIKAN UCAPAN, IZINKAN SAYA
MEMBACAKAN BIODATA RINGKAS MENGENAI BELIAU.
BACA BODATA
SETERUSNYA MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA, DATO’
YAP PIAN HON, KETUA PENYELARAS KAWASAN PARLIMEN SERDANG UNTUK MENYAMPAIKAN
UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2013. MAJLIS
MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN 3 (PERASMIAN)
BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,
HARUM MELATI PENYERI INTAN
TERIMA KASIH UCAPAN TUAN
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN

MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MERAKAMKAN SETINGGI –TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH ATAS
KESUDIAN YANG BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON, MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN
SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2013.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI,
BARISAN JAWATANKUASA PIBG MEMAINKAN PERANAN YANG SANGAT PENTING DALAM
MENJAYAKAN PELBAGAI PROGRAM UNTUK PEMBANGUNAN SEKOLAH INI. DENGAN
KERJASAMA SEMUA PELBAGAI PERKARA DAPAT DILAKSANA DENGAN JAYANYA.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PROJEK MEGA YANG MASIH DALAM PROSES PELAKSANAAN IALAH
PROJEK LINDUNGAN SURIA IAITU PEMBINAAN STRUKTUR BERBUMBUNG DI TAPAK
PERHIMPUNAN. BERMULA PADA TANGGAL 7 MEI 2011 SMK CHERAS JAYA TELAH BERJAYA
MELAKSANAKAN JAMUAN AMAL JALINAN KASIH DI MANA PADA KETIKA ITU SEBANYAK RM71
RIBU TELAH BERJAYA DIKUMPUL.

DAN PADA MASA KINI KUTIPAN YANG TELAH DIPEROLEHI ADALAH SEBANYAK RM138 RIBU.KOS
SEBENAR PROJEK ADALAH RM450 RIBU DAN KITA MASIH MEMERLUKAN RM312 RIBU.
MESKIPUN DEMIKIAN TERDAPAT SATU PROJEK PEMBANGUNAN PRASARANA SEKOLAH YANG
TELAH BERJAYA DIBINA IAITU PROJEK PEMBINAAN GELANGGANG SERBAGUNA YANG
TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN KANTIN.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-9 (RMK9), SMK CHERAS
JAYA TELAH MENDAPAT PERUNTUKAN UNTUK MEMBINA TAPAK GELANGGANG TERSEBUT.

DENGAN KOS PEMBINAAN SEBANYAK RM32 RIBU, DI MANA RM25 RIBU ADALAH SUMBANGAN
DARIPADA YAYASAN SATU MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD DAN RM7 RIBU ADALAH
SUMBANAGN DARI PIHAK PIBG. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN PROJEK PEMBINAAN
TERSEBUT DI SEKOLAH INI.

DENGAN ITU, MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN TAYANGAN MULTIMEDIA DI MANA


BERMULANYA PEMBINAAN GELANGGANG TERSEBUT.

TAYANGAN MULTIMEDIA

DEMIKIAN TADI TAYANGAN MULTIMEDIA. DIHARAP DENGAN ADANYA GELANGGANG TERSEBUT,


AKAN MEMBERI KEMUDAHAN YANG LEBIH BAIK UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR SMK
CHERAS JAYA.
HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA DATO’ YAP PIAN HON DIIRINGI TUAN
HAJI AZMAN BIN IDRIS NAIK KE PENTAS UNTUK MENANDATANGANI PLAK SEBAGAI TANDA
PERASMIAN GELANGGANG SERBAGUNA TERSEBUT.

DIPERSILAKAN.
TANDATANGAN PLAK
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YG BERBAHAGIA DATO’ YAP PIAN HON ATAS PERASMIAN
SEBENTAR TD. SETERUSNYA,

PIHAK MAJLIS BERBESAR HATI INGIN MENYAMPAIKAN SIJIL DAN CENDERAHATI SEBAGAI
TANDA PENGHARGAAN KEPADA BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG YANG TELAH
MENYUMBANG TENAGA DAN BUAH FIKIRAN SEPANJANG SESI 2012.

UNTUK ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA,


DATO’ YAP PIAN HON, DIIRINGI OLEH YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG
DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL
DAN CENDERAHATI KEPADA BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2012.

DIPERSILAKAN.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG


BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN
CENDERAHATI ITU TADI.
ANAK HARUAN BERLIMA-LIMA
MATI DITIMPA PUNGGUR BERDAUN
BUDI TUAN KAMI TERIMA
JADI KENANGAN BERTAHUN-TAHUN

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA, MAJLIS
MEMPERSILAKAN TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA UNTUK
MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA DATO’. SESUNGGUHNYA
KESUDIAN DATO’ HADIR KE MAJLIS KAMI MERUPAKAN SATU SUNTIKAN SEMANGAT BUAT KAMI
SEMUA DI SMK CHERAS JAYA DAN PARA IBU BAPA UNTUK TERUS BERUSAHA DEMI
KECEMERLANGAN ANAK-ANAK YANG KAMI KASIHI. TERIMA KASIH SEKALI LAGI. TERIMA KASIH
JUGA DIUCAPKAN KEPADA TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN
CENDERAHATI KEPADA DATO’.
PILIH ANTAH BUANGKAN DEDAK
BERAS SEGANTANG PULANG DISANJUNG
ENTAH TERBALAS ENTAH TIDAK,
JASAMU TUAN TETAP DISANJUNG.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATO’ YAP PIAN HON DIIRINGI OLEH
PENGETUA SMK CHERAS JAYA, YANG DIPERTUA PIBG SERTA BARISAN PENTADBIR UNTUK
MELAWAT GELANGGANG SERBAGUNA.

PARA HADIRIN DIMINTA BERADA DI TEMPAT MASING-MASING UNTUK MENYAKSIKAN


PERSEMBAHAN PELAJAR. DENGAN INI MAJLIS MENJEMPUT MOHD ISMAWI BIN ISMADI DAN
MUHD AMEER BIN ZULKARNAIN UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK
SEROJA.

PERSEMBAHAN PELAJAR
DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS PERSEMBAHAN YANG MENGHIBURKAN SEBENTAR TADI.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,

MAJLIS MEGALU-ALUKAN KEHADIRAN PENGETUA SMK CHERAS JAYA, YANG DIPERTUA PIBG,
BARISAN PENTADBIR DAN BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG. MAJLIS DITERUSKAN DENGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2013 YANG AKAN DIPENGERUSIKAN OLEH YANG DIPERTUA
PIBG TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS. DENGAN ITU SAYA DENGAN HORMATNYA MENYERAHKAN
MAJLIS INI KEPADA YANG DIPERTUA PIBG.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
DEMIKIAN TADI MESYUARAT PIBG TAHUN 2013, DIHARAPKAN DENGAN PERLANTIKAN
AHLIJAWATANKUASA YANG BARU AKAN MENJADIKAN KITA SEMUA LEBIH BERSATU PADU DEMI
MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN MENINGKATKAN TAHAP KECEMERLANGAN ANAK-ANAK SMK
CHERAS JAYA.
SETERUSNYA TIBA LAH MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU IAITU ACARA CABUTAN NOMBOR
BERTUAH. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA PUAN
HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK MEMBUAT 10 CABUTAN
NOMBOR BERTUAH HADIRIN SEKALIAN DIMINTA BERSEDIA DENGAN NOMBOR MASING-MASING.
PANGGIL 10 NOMBOR BERTUAH

UNTUK MEMBUAT 10 CABUTAN SETERUSNYA DIPERSILAKAN TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS
UNTUK MEMBUAT CABUTAN.

TUAN PUNYA NOMBOR YANG DIUMUMKAN BOLEH MENUNTUT HADIAH MASING-MASING DI MEJA
HADIAH DI SEBELAH KANAN SAYA.
PANGGIL 10 NO BERTUAH
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM DAN TUAN HAJI
AZMAN BIN IDRIS ATAS KESUDIAN MENCABUT NOMBOR BERTUAH ITU TADI DAN TAHNIAH
DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN YANG BERTUAH PADA HARI INI.

HADIRIN SEKALIAN,

DENGAN CABUTAN NOMBOR BERTUAH ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH MESYUARAT AGUNG
PIBG TAHUN 2013. SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN RIBUAN
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN YANG TELAH MENYUMBANG SECARA LANGSUNG
ATAU SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.

DENGAN PENUH TAKZIM, MAJLIS TURUT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS


KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN PARA IBU BAPA YANG SANGGUP MELUANGKAN MASA
SEHINGGA MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR.
MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,
PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI
KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI
SEKIAN TERIMA KASIH.
Bil AGENDA TEKS

1. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat


jemputan dan ibu Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan
bapa Negeri Batang Kali) dengan diiringi En. Mahmud
bin Karim (Yang Dipertua PIBG), En. Mohamad
Akhwan bin Jamil (Guru Besar), Guru-Guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan
Batang Kali.

Nyanyian Lagu Sidang Hadirin yang dihormati,


Negeri Selangor
2. Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
dan Lagu
Negaraku menyayikan lagu negeri Selangor dan lagu
Negaraku.

……………………

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu


tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Pengacara Majlis
3. Dipalu oleh Si Anak Muda

Hadir Tuan Puan meriah suasana

Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad


Dahlan

Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali

Yang Berbahagia
_________________________________

Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor


Yang Berusaha En. Mohamad Akhwan bin Jamil

Guru Besar SK Batang Kali

Yang Dihormati En. Mahmud bin Karim

Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

En. Azhar bin Jusan

Naib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


dan selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan


izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul
dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun
2014 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang Kali,


turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat
khususnya kepada Yang Berhormat Tn. Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada
hari ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk
4.
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Mohd Irwan bin Ismail. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz


Mohd Irwan bin Ismail atas pimpinan bacaan doa
itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah


aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga.
Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan
guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan
dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan
dalam usaha menjana modal insan yang berdaya
saing dalam melayari bahtera kehidupan yang
semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan


oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha
melahirkan murid yang berketerampilan bukan
sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum,
bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

Ucapan Alu-aluan Seterusnya, majlis menjemput En. Mohamad


oleh Guru Besar Akhwan bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk
5.
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan


……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


En. Mohamad Akhwan bin Jamil atas ucapan alu-
aluan itu tadi.

Ucapan Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat


Perasmian ADUN dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang
6.
Batang Kali Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan,
ADUN Batang Kali dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali kali ke 39
bagi tahun 2014.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan ucapan terima kasih kepada YB Tn. Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan atas ucapan dan
perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan
ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan ambil
tindakan bersama.

Majlis Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2013/2014.
7.
Cenderahati AJK Untuk itu, majlis menjemput YB Tn. Mat Nadzari
PIBG sesi bin Ahmad Dahlan, dengan diiringi En. Mohamad
2013/2014 Akhwan bin Jamil untuk menyampaikan
cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

En. Mahmud bin Karim – YDP PIBG

En. Mohamad Azhar bin Jusan – NYDP PIBG


Pn. Shafiah binti Hussain – Setiausaha

Pn. Suriha binti Shamsuddin – Bendahari

AJK Ibu Bapa

En. Muzammil bin Mohd Nor

En. Abd Rani bin Napi

En. Sharizal bin Shahidin

Pn. Faridah Hanim binti Mohd Ali

Pn. Zarina binti Marjunit

Pn. Nor’ashikin binti Jumaan

AJK Guru

En. Hamka bin Ramlan

En. Mahadi bin Omar

En. Afifuddin bin Mohamad

En. Norsalawati binti Shafie

Pn. Israhana binti Mohd Shahril

Pn. Maria Wan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tn.


Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas penyampaian
cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,


dipersilakan En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB Tn.
Mat Nadzari bin. Ahmad Dahlan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.


Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu
tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian
8.
Mesyuarat Agung SK Batang Kali, kali ke-39 bagi
tahun 2014.

Dari mana asalnya, usah diusul

Molek budinya menambat hati

Dua tiga bicara salah tersasul

Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB
Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Tidak dilupakan
juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan
dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mahmud


bin Karim untuk meneruskan agenda Mesyuarat
Agung PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun
2014.
Majlis Mesyuarat Agung PIBG KVJ

Aluan Ketibaan

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala
Pilah diiringi oleh Tuan Pengarah KV Juasseh dan para tetamu kehormat

Para hadirin diminta berdiri.....

Nyanyian lagu Negaraku

Majlis Perasmian mesyuarat agung tahunan kali ke 27 PIBG KVJ 2013 dimulakan dengan
menyanyikan
Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.

...................selepas nyanyian........
Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.

Ucapan protokol

1. Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek wakil rasmi


Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah

2. Yang berusaha En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG KVJ

3. Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli

4. Yang berusaha En Sarimen Bin Sapie Timbalan Pengarah Akademik Kolej

5. Yang dihormati Hj Zainal Bin Hj Abd Hamid, NYDP PIBG Kolej

6. Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, rakan-rakan pensyarah, Ahli-ahli JawatanKuasa PIBG,


Ibu bapa dan penjaga pelajar, pelajar-pelajar seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Assalammualaikum w.b.t dan salam satu malaysia.

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami

Pada majlis yang penuh bermakna ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di dewan sri
gemilang bagi menjayakan majlis mesyuarat agung PIBG kali ke 27

Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita Yang Berbahagia Tn
Hj Kamanizam Bin Hj Tindek Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah serta hadirin-
hadirat kerana sudi menghadirkan diri dalam majlis yang amat besar maknanya ini. Semoga
dengan kesudian Yg. Berbahagia Tetamu Kehormat kita meluangkan masa pada pagi ini akan
menyemarakkan lagi majlis.

Melayang belatuk di hujung pekan


Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran Yg berbahagia kami alukan
Majlis ceria bertambah seri

Bacaan doa

Anak ayam turun sembilan


Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

........................Bacaan doa

Pergi mengail ikan haruan


Buat selendang kain pelekat
Terima kasih kepada tuan
Doa dipohon semoga berkat

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustadz Hasbullah Bin Ali atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
Sidang Hadirin warga dewan yang dihormati,

Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, Majlis mesyuarat agung pibg ini merupakan acara
tahunan Persatuan Ibu Bapa dan guru sekolah bagi membincangkan perjalanan aktiviti tahunan
terkini . Seperti hadirin-hadirat sedia maklum, antara fungsi persatuan PIBG kolej ialah

untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang
dinyatakan seperti berikut ;

a) membantu dalam memajukan perkembangan pelajar dan menjagakebajikan pelajar

b) menambah sumber kewangan kolej bagi menambah danmeningkatkan kemudahan di kolej;

c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi danhubungan antara kolej


dengan masyarakat setempat;

d) meningkatkan kecerian premis kolej supya dapat mewujudkansuasana yang kondusif bagi
menjayakan aktiviti dan program Pendidikan

Manakala antara Tujuan-tujuan Persatuan ialah:

a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar-
pelajar dalam kolej dalam meningkatkan imej kolej;

b) untuk membantu dan menambah usaha kolej dalam memenuhikehendak dan keperluan
kebendaan pelajar-pelajar dalam kegiatan mereka;

c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru –guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai
pendidikan;

d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru memperbaiki taraf pendidikan anak-anak
mereka pada amnya; dan

e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan kolej dan
meningkatkan kemudahan fizikal bagitujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan
Pembelajaran

Persembahan Multimedia Kecemerlangan Pibg

Dari Kelantan pergi ke kedah


Dari kedah ke kuala lumpur pula
Doa selamat dipohon sudah
Mari kita beralih acara
Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian

Seterusnya kita akan di sajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti
yang dijalankan hasil usahasama oleh pihak kolej dan PIBG sepanjang tahun 2011 sehingga
kini. Marilah kita saksikan bersama-sama

.................tayangan multimedia

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa
yang menyiapkan persembahan multimedia sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis
yang penuh bermakna ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih

Ucapan Alu-aluan

Kalau dilipat sebesar kuku


Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej
Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.........................................Ucapan alu-aluan Pengetua


Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan alu-aluan Tuan Pegarah sebentar tadi.

Ucapan YDP PIBG

Acara ucapan diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahgia En Roslan Bin Abd
Rashid Yang dipertua PIBG Kolej untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................ucapan YDP PIBG

Petang hari menanam selasih


Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBG setinggi-tinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh YDP PIBG itu tadi.

Ucapan Perasmian

Yang awal kita dahulukan,


Yang dahulu kita alu-alukan,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan perasmian oleh tetamu kehormat kita Yang
Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah
unit akademik dan kemanusiaan, Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan
........................................ucapan perasmian

Dengan bismillah kita mulai


Alhamdulillah wassala tannabi
Dengan takdir ilahi rabbi
Selesailah sudah upacara merasmi

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn
Hj Kamanizam Bin Hj Tindek Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah atas ucapan dan
penyempurnaan perasmian Majlis mesyuarat agung pibg KV Juasseh 2013 sebentar tadi

Penyampaian Cenderamata

Bercabang tiga si gunung daik


Di kakinya subur pohon meranti
Budi luhur dibalas baik
Dalam ingatan tersimpul mati

Hadirin-hadirat yang dihormati,

Kini tibalah atur cara seterusnya iaitu pemberian cenderamata kepada Ahli jawatankuasa PIBG
yang telah mengembeling tenaga dalam meneraju persatuan PIBG Kolej dari 2011 hingga kini.

Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan Tuan Pengarah mengiringi Yang Berbahagia Tn
Hj Kamanizam Bin Hj Tindek bagi menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata
Dipersilakan.
................................................

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berusaha YDP PIBG En Roslan Bin Abd
Rashid menerima cenderamata
.....

Cenderamata Perasmi

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek
Penolong PPD Kuala Pilah atas penyempurnaan majlis perasmian sebentar tadi, majlis sukacita
dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih
kami terhadap Yang berbahagia tuan.

Justeru itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengarah untuk
memberikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek...di
persilakan

Terima kasih kepada VIP

Burung nuri burung merpati


Hinggap di beranda hinggap ditangan ,
cenderamata di beri seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj
Tindek dan Tuan Pengarah yang telah sudi menyempurnakan penyampaian cenderamata
sebentar tadi.

Persembahan Dikir Barat

Hadirin-hadirat yang dirahmati Sekelian

Mari sama-sama kita nikmati halwa telinga. Dengan itu majlis diserikan dengan persembahan
dikir barat kolej. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
................dikir barat

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang dipersembahkan sebentar tadi. Buat
Pengetahuan yang berbahagia dan para hadirin kumpulan dikir barat Kolej vokasional Juasseh
telah dinobatkan johan dalam Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik
KAVoT 2012 dan tukang karot kumpulan dikir barat ini juga di iktiraf sebagai tukang karot dikir
barat terbaik semasa pertandingan yang sama.

Berikan satu tepukan gemuruh kepada kumpulan dikir barat ini

Akhir kata

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami
selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan
majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Ikan berenang di dalam lubuk


Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sireh pulang ke gagang
Gugur menguning buah kuini
Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir disini
Silap dan salah lupakan sahaja

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Pohon kenangan elok merimbun
Tersenyum dara menyunting bunganya,
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya.

Jamuan Ringan

Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat,
para jemputan dan semua hadirin-hadirat dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam mengendalikan majlis Perasmian mesyuarat agung tahunan kali ke 26 PIBG
SMVJ 2012
Sebelum mesyuarat agung diteruskan, dijemput dengan segala hormatnya Tuan Pengetua
mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mat Rohani Bin Kamar meninggalkan
majlis .

Dengan ini majlis diserahkan kepada yang Yang berusaha En Roslan Bin Abd Rashid Yang
dipertua PIBG Sekolah untuk meneruskan aktiviti mesyuarat

Sekian sahaja dari kami akhiri dengan lafaz yang mulia Wabillahhitaufikwalhidayah….
wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai