Anda di halaman 1dari 3

DRAFT SKRIP UNTUK PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN RAYA KAAWAI 2018

MAHKAMAH SANDAKAN

2.00 pm: Ketibaan YA TUAN BEXTER dan tetamu-tetamu undangan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Yang Dihormati, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sandakan, Yang


Arif Bexter Agas Micheal, Ketua Pusat Kos Mahkamah Sandakan, Puan Ummu
Kalthom Binti Abdul Samad, Pegawai-Pegawai Kehakiman dan kakitangan
Mahkamah Sandakan, tetamu-tetamu jemputan dan yang diraikan anak-anak
yatim dari Rumah Anak Yatim Al Yaqin, Sandakan.

Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis Sambutan Raya Kaawai
Bersamalah kita meraikannya

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita


masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal dan dapat sama-
sama berkumpul di Mahkamah Sandakan pada hari yang ceria  ini untuk
meraikan majlis Sambutan hari raya gabungan Aidilfitri Kaamatan dan Gawai
Untuk Mahkamah Sandakan 2018.

2.02 pm *Bacaan Doa

Hadirin yang dihormati sekalian.

Bagi menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya KaaWai pada hari ini, kita
mulakan dengan bacaan doa dan Majlis dengan ini mempersilakan Encik
Dermenrah Abd. Sinee untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


(*Si Der pun start baca doa.. dalam 1 minit lebih.)

Terima kasih kepada Encik Dermenrah atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis ini berlangsung dengan jayanya dan diberkati oleh Yang Maha Esa.

2.05 *Ucapan alu-aluan oleh Puan KPK

Tuan-Tuan & Puan-Puan,

Sate dihidang enak rasanya


Coto makasar pilihan kita
Indah didengar ucapan raya
Kini masanya Puan KPK bermadah kata

1
Seterusnya, majlis dengan penuh hormat mempersilakan Puan Ummu Kalthom
Binti Abdul Samad, Ketua Pusat Kos Mahkamah Sandakan untuk menyampaikan
sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya Dipersilakan.

(*Puan Ummu pun start bagi ucapan...)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan


Ummu Kalthom atas ucapan sebentar tadi.

2.10 pm *Penyampaian sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim

Tuan-Tuan & Puan-puan,

Hujan barat di tengah padang


Sama berbagi tempat mencangkul
Betapa berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul.

Bulan syawal bulan yang suci,


Mari perbanyak mencari amal,
Jika berlebih elok berbagi,
Elok dibagi harta yang halal.

Bangun pagi rambut disikat,


Sambil menyikat ayam di stim,
Kalau berbagi pilih yang tepat,
Mari berbagi dengan anak yatim.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan hari raya Kaawai


kepada anak-anak yatim yang diraikan dari Rumah Anak Yatim Al-Yaqin
Sandakan.

Oleh itu, majlis sekali lagi mempersilakan Puan Ummu Kalthom mengiringi
Yang Arif Baxter Agas Micheal Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Sandakan
untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak
Yatim Al-Yaqin Sandakan.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

*Penyampaian sumbangan oleh Yang Arif dan nama-nama akan disediakan


kemudian ya Abdul Aji.

2.15 pm *Start jamuan.

Ayam Lengkuas telah disedia


Mi kari Johor tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom jamu selera

2
Dipersilakan Tuan-tuan dan Puan dan semua yang hadir untuk menikmati juadah
yang telah sedia dihidangkan dan segala kekurangan harap dimaafkan.

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan kakitangan ceriakan suasana.

Saya serahkan majlis ini kepada Encik Christopher Aban dan Puan Diana
Christine Sinjan untuk memeriahkan suasana.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan saya akhiri dengan Selamat hari raya


Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Garu Guru
Gerai Nyamai.

***Lepas tu santaiiiii….

Anda mungkin juga menyukai