Anda di halaman 1dari 7

BIL.

PERKARA

CATATAN

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn.Hj.Asmadi bin Teh,Yang Dipertua PIBG SK Seri Pangkor.

Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis. Min Raub ila Pontian Mubasyaratan ila Kuala Perlis Arju lakum al-ikhtimam Astadzinu li abdaal jilsah. Dengan lafaz yang mulia : . . . Yang Berbahagia Tn.Hj.Asmadi Bin Teh YDP PIBG SKSP Yang Berusaha En.Nuhammad Anwar Bin Muhammad Irfan Guru Besar SKSP Yang Dihormati En.Aminuddin B.Rahman GPK Pentadbiran SKSP Tn.Hj Azman B.Arshad GPK HEM SKSP En.Mas Jamallullail B. Mas Mohd GPK Ko-Kurikulum SKSP

Yang Dihormati Ustazah Noraishah Bt Murad Ketua Panitia Agama Islam SKSP Yang dihormati, Barisan Guru-Guru SKSP Yang dihormati Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Khatam Quran Dan Penutup Ihya Ramadhan Peringkat SK Seri Pangkor 2012 Anak-anak Murid SkSP yang dikasihi , Muslimin dan muslimat Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila Jalsatil Khatmul Quran. Selamat Datang ke Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan Khatam alQuran Peringkat SK SP 2012

Hadirin dan hadirat sekalian, Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan Khatam al-Quran Peringkat SKSP 2012 Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui program-program sebegini. Diharapkan juga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke

tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar Surah al-Isra':9 . Hadirin hadirat yang dirahmati Allah, . Zikir Doa Munajat dipohon Pembersih menjana jiwa taqwa

Al-Quran diturun sebagai penyuluh, Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat, Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat. Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini dilimpahi dengan keberkatan, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Hairul B.Abd Karim Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hairul B.Abd Karim atas bacaan doa itu tadi.

Indah mekar si bunga siantan Mekar mewangi di taman larangan Cintakan al-Quran, fahami al-Quran Moga terealisasi jadi kenyataan Majlis diteruskan dengan menjemput Adik Aiman Hakimi B. Azahar yang akan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Alquran ,Surah Al-Furqan Ayat 1 hingga 6.Ayat ini ...(Rujuk Kertas 2 )

Hadirin dan hadirat sekalian, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara. Untuk itu, majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati Ustazah Noraishah Bt Murad untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Terima kasih diucapkan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Warga Dewan Sekalian , Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha EN.Mohd Anwr B.Md.Irfan Guru Besar Sk Seri Pangkor.dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima Kasih diucapkan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ucapan perasmian penutup yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tn.Hj Asmadi B.Teh YDP PIBG SKSP. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Syukran jazilan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn.Hj Asmadi Teh atas ucapan perasmian penutup yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Sebagai tanda penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn.Hj Asmadi B.teh atas kesudian hadir dan merasmikan penutupan majlis kita pada hari ini, majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berusaha En.Md Anwr B.md Irfan untuk menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya,majlis di teruskan dengan bacaan khatam Al-Quran yang akan di imamkan oleh Khalifah HJ Azmi B.Mohd dan Hj Halili b.Md Yusuf. (baca alquran baca doa khatam Al-Quran)

sidang hadirin sekalian..marilah kita mengalihkan pandangan sejenak menyaksikan persembahan nasyid yang akan dipersembahkan oleh ............dijemput kumpulan al-Ikhwan....... majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid itu tadi adat bertunang ada cincinnya adat program ada sijil dan hadiahnya bagi menyempurnakan penyampaian cenderahati kepeda peserta khatam al quran , majlis mempersilakan yang berbahagia tuan haji asmadi b.teh diiringi oleh yang berusaha en.muhammad anwr b. Muhd irfan...dipersilakan....

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat mempelai direnjis dipilis Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah kita di penghujung majlis. sidang hadirin sekalian bagai tak terasa majlis kita telah sampai ke penghujungnya....kemesraan ukhuwwah telah terbina, silaturrahim terikat sudah...ilmu bertambah, sikap berubah menjadi umat yang berjaya...InsyaAllah Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan Khatam AlQuran ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, in sya Allah. Tanam langguna tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budi semua tak kami lupa Sudah terpaku di dalam hati. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Hadirin dan hadirat sekalian, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Bunga melur bunga kenanga Cantik disusun penyeri anjung Al-Quran bagaikan intan permata Al-Quran dijunjung umat disanjung Bunga mawar cantik berseri Mekar disirami si embun pagi Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri Semoga tahun hadapan berjumpa lagi Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari diri kami sendiri. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali. Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr. Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa ilal liqa, maas salamah.

Anda mungkin juga menyukai