Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi


Selamat dating kami ucapkan SYAIRAH
Semoga majlis bertambah seri

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

*********************************************
Bismillahirrahmanirahim….
KATA ALU-
ALUAN Assalamualaikum Wrt. Wbt. Dan Salam Sejahtera 

Yang Berusaha….
En Rahim bin Rosdi, Pengetua SMK Lokman Hakim
Yang dihormati…
Puan Zabedah binti Mohd Yatim
Yang Dipertua PIBG, SMK Lokman Hakim
Yang dihormati…
Tuan Haji Salamian bin Surip
Penceramah dan Pengasas Kem Kaizen, Gunung Pulai
Yang Dihormati …..
En Rashid bin Jamian,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Norizan binti Mohamad,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Zulkarnain bin Md Esa
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Kanan Mata pelajaran, guru-guru, seterusnya yang


diraikan putera puteri calon SPM tahun 2022.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke
hadrat Ilahi atas limpahan taufik dan perlindungan-NYA,
dapat kita berkumpul pada hari yang indah ini untuk
menjayakan Hari Penetapan Target dan Aku Janji SPM
2022.
NYANYIAN Sebagai tanda cinta kepada negeri kita, majlis
LAGU NEGERI dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor.
JOHOR
(Selepas nyanyi) Hadirin hadirat dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Hadirin Hadirat sekalian,

Kalau pergi ke Tanjung Keramat


Singgah sebentar di rumah Cik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Oleh itu, bagi memohon restu dan keberkatan Ilahi,


marilah kita sama-sama menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh
_________________________________________
Majlis dengan sukacitanya, dipersilakan…………

(Selepas doa) Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robbal


A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Hari Penetapan Target dan Aku Janji SPM 2022 pada hari
ini dirancang bagi memberi pendedahan dan motivasi
kepada murid tingkatan 5 untuk meningkatkan prestasi
akademik masing-masing dengan menetapkan suatu target
bagi setiap mata pelajaran yang diambil. Dalam erti kata
lain, semasa majlis ini, murid, ibu bapa dan guru berupaya
merencanakan target dan perancangan bagi memastikan
matlamat dan sasaran yang ditetapkan Berjaya
direalisasikan. Diharap dengan pelaksanaan majlis ini,
murid-murid calon SPM sedar, bersedia dan berusaha
dalam pencapaian akademik yang lebih cemerlang.
Manakala, ibu bapa juga turut memainkan peranan bagi
memastikan persediaan anak-anak di rumah dan
membantu meningkatkan pencapaian akademik anak
masing-masing.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan… majlis menjemput


dan mempersilakan Tuan Haji Salamian bin Surip,
Penceramah serta Pengasas Kem Kaizen, Gunung Pulai
bagi menyampaikan ceramah dan motivasi ibu bapa pada
majlis hari ini. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

************************************************
Terima kasih diucapkan kepada tuan penceramah, Tuan
Haji Salamian bin Surip atas kata-kata semangat dan
motivasi yang disampaikan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sungguh indah bunga kemboja


Di bawah atap tepi halaman
Juadah sudah letak di meja
Sudilah santap tuan Budiman

Dijemput Tuan Penceramah, tuan pengetua, ibu bapa


murid-murid serta para tetamu sekalian untuk
menjamu selera yang telah disediakan.
*********************************************
Hadirin hadirat sekalian,

Dini hari pergi lautan


Untuk menjala si ikan bilis
Assalamualaikum tuan dan puan
Mohon saya meneruskan majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan Pembentangan Target


SPM 2022 yang akan disampaikan oleh En Rashid bin
Jamian, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK
Lokman Hakim. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(Selepas bentang) Terima kasih diucapkan kepada En


Rashid bin Jamian atas pembentangan target SPM
sebentar tadi.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkap majlis, jika tiada yang berbicara

Justeru, majlis menjemput Tuan Pengetua , SMK


Lokman Hakim, En Rahim bin Rosdi, untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan sekaligus
merasmikan majlis Hari Penetapan Target dan Aku
Janji SPM 2022
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan……….

(Selepas ucapan) Majlis mengucapkan ribuan terima


kasih atas ucapan sebentar tadi.

IKRAR AKU Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar


JANJI Murid dan acara menandatangani AKU JANJI SPM
2022.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan Ketua Pemimpin Pelajar iaitu
Muhammad Ruwaidan bin Ismadi bagi acara AKU
JANJI SPM 2022.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan……….

(Selepas ikrar) Majlis mengucapkan ribuan terima


kasih atas bacaan ikrar dan acara menandatangani
AKU JANJI SPM 2022 sebentar tadi.

Penyampaian Orang berbudi kita berbicara


Cenderahati Orang memberi kita merasa
VVIP
Sebagai tanda penghargaan majlis dengan sukacitanya
mempersilakan, Encik Rahim bin Rosdi, Pengetua SMK
Lokman Hakim, untuk menyampaikan cenderahati
kepada Tuan Haji Salamian bin Surip.

Majlis dipersilakan……

Nyanyian Lagu Hadirin hadirat sekalian,


Negaraku
Seterusnya, mari kita bersama menyanyikan lagu
Negaraku. Mohon para hadirin untuk berdiri !

Penutup / Kalau ada pangkin di ladang


Bersurai Bolehlah hamba menumpang diri
Kalau ada peluang mendatang
Sudilah tuan menjenguk lagi

Majlis melabuhkan tirai di sini, sebelum bicara


terhenti , saya mewakili majlis Menyusun sepuluh jari
memohon maaf andai ada keterlanjuran kata
menghiris hati .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa,


barisan pentadbir serta seluruh warga SMK Lokman
Hakim atas komitmen dan sokongan bagi menjayakan
Majlis Hari Penetapan Target dan AKU JANJI SPM
tahun 2022.

Sekian, terima kasih . Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai