Anda di halaman 1dari 2

Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun

Sra Jalan Raja Musa Kuala Selangor 2018

Alhamdulillah syukur dipanjatkan pada yang maha esa kerana semua


murid dapat menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun dengan lancar.
Berikut adalah analisa keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun darjah 6
tahun 2018.

Pencapaian Mata Pelajaran

Jayyid Jumlah
Mata Pelajaran Mumtaz Jayyid Maqbul Musaadah
Jiddan Murid
Tajwid 8 3 5 4 4 24
Bahasa Arab 4 7 - 9 4 24
Akhlak/Sirah 3 6 2 7 6 24
Tauhid/Feqah 2 3 2 5 11 24
Jawi/Imlak/Khat 3 9 3 5 4 24

Analisa Pencapaian

Jayyid Jumlah
Mumtaz Jayyid Maqbul Musaadah
Analisa Jiddan Calon
Pencapaian
3 5 3 7 6 24

Analisa Keseluruhan

Bilangan Bilangan Jumlah


% Lulus % Gagal GPS Skor
Analisa Lulus Gagal Calon
Keseluruhan
18 6 24 75 % 25 % 3.18 2
Kekuatan:-
1. Secara keseluruhan murid boleh menulis jawi.
2. Melalui pengetahuan sedia ada, murid dapat memahami dan menjawab soalan
dengan baik.
3. Murid dapat menguasai soalan objektif.

Kelemahan:-
1. Didapati segelintir murid yang masih lemah dalam memahami kehendak soalan
terutamanya pada soalan subjektif.
2. Terdapat beberapa orang murid yang tidak memberi tumpuan, cuai dan sambil
lewa semasa menjawab soalan.
3. Terdapat juga segelintir murid yang masih belum menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengeja.

Antara cara mengatasinya adalah seperti berikut:-


1. Guru perlu memperbanyakkan latih tubi secara bertulis kepada semua murid agar
murid dapat menguasai kemahiran menjawab soalan dengan baik.
2. Guru perlu memberi bimbingan dan motivasi kepada murid yang terlibat agar
mengubah sikap yang negatif kepada sifat yang positif serta menerapkan nilai-
nilai murni.
3. Guru memberi bimbingan secara individu dan pengajaran secara bimbingan
rakan sebaya supaya murid berupaya menguasai kemahiran membaca.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru besar, Gpk 1, Gpk Hem,
Ketua Panitia dan semua guru yang terlibat dalam mendidik dan membimbing murid-
murid tahun 6 untuk terus maju dan berjaya dalam setiap semua pelajaran yang
dipelajari. Mudah-mudahan murid-murid ini akan mendapat kejayaan yang cemerlang
di dunia dan akhirat.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh


………………... ………………
(Mohamad Farid Bin Zainal Abidin) (Sharifah Binti Mhd Noor)
Guru Kelas Tahun Enam Guru Besar
SRA Jalan Raja Musa SRA Jalan Raja Musa

Anda mungkin juga menyukai