Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG BERTAM

JALAN KEPALA BATAS


13200 KEPALA BATAS

LAPORAN DIALOG PRESTASI


UPM 2 ( NOVEMBER )
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG BERTAM
LAPORAN DIALOG PRESTASI UPM 2 NOVEMBER 2022

Tarikh : 7 November 2022


Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengah hari – 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi: Tn Hj Roslan bin
Kehadiran :

1. Tn Hj Roslan Bin Othman


2. Cik Fairuz Liyana binti Zaini
3. Tn Hj Zulkifli bin Abd Hamid
4. Pn Shakirah binti Shakir ( KP Bahasa Melayu )
5. Pn Rosmuna binti Osman ( KP Bahasa Inggeris )
6. Pn Rozita bt Ahmad( KP Matematik )
7. Pn Harithun binti Alias ( KP Sains )
8. En Rujhan bin Omar ( KP Sejarah )
9. Pn Nurwahida binti Ahmad Ludin ( Setiausaha Peperiksaan )
10. Pn Sherutul Baida binti Harun ( Setiausaha Kurikulum )

Agenda :

1. Perutusan Pengerusi
2. Pelaporan Panitia
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
3. Hal-hal lain
4. Penutup
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG BERTAM
LAPORAN DIALOG PRESTASI UPM 2 NOVEMBER 2022

Agenda 1
1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada Dialog
Prestasi UPM November 2022.

1.2 Tuan Guru Besar memberi taklimat ringkas mengenai Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA ).
Ujian ini akan dijalankan pada minggu ketiga bulan Januari 2023. Subjek yang terlibat adalah
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik , Sains dan Sejarah . Murid yang terlibat adalah
murid tahun 4,5 dan 6.

Agenda 2
2.1 Semua Ketua Panitia Teras dan Sejarah membentangkan Analisa Ujian Perkembangan
Murid.
( Lampiran 1 )

2.2 Semua Ketua Panitia telah membentangkan Analisa keputusan , kelemahan, kekuatan dan
program intervensi yang akan dijalankan.

Agenda 3
3.1 En Zulikfli mencadangkan guru-guru membuat latih tubi soalan dalam waktu pdpc kepada
murid bermula bulan Januari 2023.

3.2 Beliau mencadangkan perjumpaan bersama waris pada 7 Januari 2023 sebagai pendedahan
awal mengenai Ujian Akhir Sesi Akademik.

Agenda 4

Perjumpaan dialog prestasi Ujian Perkembangan murid November 2022 di tangguhkan pada
jam 2.30 petang.
Lampiran 1
ANALISA UJIAN PERKEMBANGAN MURID BAHASA MELAYU 2022
TAHUN A B C D E TH LULUS GAGAL
TAHUN 6 13 37 14 21 1 70 21
4
TAHUN 2 7 20 27 24 0 56 24
5
TAHUN 23 32 25 7 5 0 87 5
6

KEKUATAN

1. Semua murid menguasai kemahiran membaca dan menulis.

2. Telah didedahkan teknik untuk menjawab soalan terutama bahagian C dan D iaitu

penulisan.

KELEMAHAN

1. Murid membina ayat tidak menggunakan kaedah yang diajar. Tiada peluasan ayat.

( SKOP )

2. Kurang perbendaharaan kata.

3. Amalan membaca dalam kalangan murid masih kurang menyebabkan murid mengalami

kesukaran untuk menghasilkan karangan yang baik.

PENAMBAHBAIKAN

1. Latih tubi menjawab soalan pemahaman.

2. Latih tubi menulis karangan berformat atau tidak berformat.

3. Latih tubi menjawab soalan tatabahasa.


ANALISA UJIAN PERKEMBANGAN MURID 2

BAHASA INGGERIS 2022

TAHUN 6

KELAS JUMLAH A B C D E TH LULUS GAGAL


MURID
6 JIHAD 33 4 9 15 4 1 - 32 1
6 TAQWA 34 5 4 9 8 8 - 26 8
6 HIJRAH 25 0 2 3 2 18 - 7 18
JUMLAH 92 9 15 27 14 27 - 65 27

TAHUN 5

KELAS JUMLAH A B C D E TH LULUS GAGAL


MURID
5 JIHAD 29 6 6 6 5 6 - 23 6
5 TAQWA 29 0 2 4 8 15 - 14 15
5 HIJRAH 22 0 0 1 2 18 1 3 18
JUMLAH 80 6 8 11 15 39 1 40 39

TAHUN 4

KELAS JUMLAH A B C D E TH LULUS GAGAL


MURID
4 JIHAD 33 7 10 12 2 1 1 31 1
4 TAQWA 32 2 10 13 4 2 1 29 2
4 HIJRAH 27 1 3 7 2 14 - 13 14
JUMLAH 92 10 23 32 8 17 2 73 17

Daripada kutipan data yang diperolehi, secara keseluruhannya, keputusan murid adalah kurang
memuaskan. Ini adalah kerana:-

1. Murid tidak memandang serius terhadap ujian yang dijalankan.


2. Murid tidak membaca arahan soalan dengan teliti.
3. Murid tidak membaca soalan sebelum menjawab.
4. Sebahagian murid tidak menjawab semua soalan yang diberikan.
5. Murid kurang berfikir menjawab soalan bahagian A ( vocabulary ).
6. Murid tidak berminat menjawab soalan pemahaman dan penulisan.
7. Murid menjawab soalan pemahaman dengan merujuk petikan yang lain.

Namun, terdapat juga murid yang telah membuat persiapan awal dan mengulangkaji sebelum ujian
dijalankan serta dapat menjawab soalan yang baik.

Kesimpulannya, murid harus didedahkan tentang pentingnya ujian untuk menilai kemampuan dan
prestasi mereka dan tidak boleh memandang rendah dengan setiap ujian yang dijalankan.

Bagi menyediakan murid untuk menghadapi Ujian yang akan dijalankan selepas cuti semester, guru-
guru telah memerikan latihan latih tubi yang berbentuk ujian yang perlu dibuat oleh murid sepanjang
cuti semester.
Analisa Ujian Perkembangan Murid Tahap 2
Mata Pelajaran : Matematik
Tahun 4
Kelas Bil lulus Peratus lulus Bil Gagal Peratus Gagal
4 Jihad 29 90.6 % 3 9.4 %
4 Taqwa 24 75 % 8 25 %
4 Hijrah 2 8.3 % 22 91.7 %
Keseluruhan 55 62.5 % 33 37.5 %

Tahun 5
Kelas Bil lulus Peratus lulus Bil Gagal Peratus Gagal
5 Jihad 12 41.4 % 17 58.6 %
5 Taqwa 6 21.4 % 22 78.6 %
5 Hijrah 4 18.2 % 18 81.2 %
Keseluruhan 22 27.8 % 57 72.2 %

Tahun 6
Kelas Bil lulus Peratus lulus Bil Gagal Peratus Gagal
6 Jihad 27 81.8 % 6 18.2 %
6 Taqwa 16 47.1 % 18 52.9 %
6 Hijrah 2 8% 23 92 %
Keseluruhan 45 48.9 % 47 51.1 %
Ulasan Keseluruhan
Kelemahan
1. Murid tidak menguasai sifir dan soalan penyelesaian masalah.
2. Tidak menggaris kata kunci dan bina ayat matematik sebelum selesaikan
permasalahan.
3. Murid tidak menguasai fakta asas matematik.
4. Murid tidak faham kehendak soalan.
5. Tiada jalan pengiraan.
6. Tidak habis sukatan pelajaran.
7. Kertas 1 ,murid malas membaca soalan, teka jawapan (panik lihat soalan
yang banyak).
8. Perlukan bimbingan sepenuhnya dari guru.

Intervensi
1. Lima minit bacaan sifir sebelum PdP.
2. Lima minit congak cepat fakta asas (operasi tambah, tolak, darab atau
bahagi – touch n go) di akhir PdP.
3. Latih tubi asas matematik dan ganda Latihan mengikut topik yang diajar.
4. Menyalin nota/formula matematik.

Anda mungkin juga menyukai