Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH MENGGUNAKAN PETA I-THINK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
ARIF SEKOLAH KEBANGSAAN PANCING, KUANTAN

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu

Saya mengajar di SK Panching. Saya mengajar mata pelajaran Sejarah bagi tahun 4 Arif yang terdiri daripada 36 orang murid. Dari pengalaman/pemerhatian/ujian setelah

mengajar kelas selama lima bulan, aktiviti kumpulan dan ujian serta kuiz yang dilaksanakan didapati mereka masih lemah berpunca kegagalan menguasai konsep mata pelajaran

Sejarah.

Mereka kurang meminati pelajaran Sejarah yang pada tanggapan mereka merupakan mata pelajaran yang amat membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta, tajuk-tajuk

dan nama yang memerlukan penghafalan. Murid juga menghadapi masalah mendapat konsep keseluruhan mengenai urutan peristiwa bersejarah dalam satu-satu bab. Pelajar tidak dapat

melihat peristiwa-peristiwa secara keseluruhan atau urutan yang berterusan. Justeru itu, ini tidak membantu pelajar membentuk konsep kandungan keseluruhan sesuatu bab ataupun

membantu mereka mengaitkan satu topik dengan topik yang lain dalam sesuatu bab.

Cara pengajaran guru secara kuliah yang menggunakan pendekatan sehala tidak menarik hati murid-murid dalam mendekati mata pelajaran ini. Cara pengajaran guru

begini juga menyebabkan murid-murid kurang meminati mata pelajaran ini. Guru merasakan perlu mereka suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan dan dapat

meningkatkan minat, pemahaman dan ingatan mereka terhadap mata pelajaran Sejarah.

Oleh sebab itu, kajian yang dijalankan adalah menumpukan kepada penggunaan peta I-Think untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menarik minat murid-

murid dalam pembelajaran di kelas dan yang lebih penting ialah pelajar dapat menguasai konsep keseluruhan bab dalam contoh peta I-Think. Peta I-Think juga boleh membantu pelajar

mendapat gambaran yang lebih jelas urutan peristiwa dan seterusnya dapat meningkatkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar oleh guru.

Selain itu, penggunaan peta I-Think boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan menjadikan guru lebih berkaliber dalam menyampaikan pengajaran Sejarah

dengan lebih efektif lagi.


2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian tindakan ini ialah penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan tumpuan khusus kepada unit 1 Sejarah Tahun 4.

Penggunaan petaI-Think adalah pendekatan yang difikirkan oleh guru untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang meminati pembelajaran sejarah dalam kelas dan kesusahan untuk

mengingati fakta tentang Sumber Sejarah dan Kaedah Penyelidikan Sejarah.

Murid tidak memahami beza antara Sumber Primer dan Sumber Sekunder. Masalah ini berlaku kerana pelajar sukar mendapat gambaran yang jelas dan tidak membuat

ulang kaji sebelum menghadapi kuiz atau ujian, serta tidak mempelajari Sejarah secara berterusan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar akan mempunyai masalah untuk

mengingati fakta Sejarah dalam sesuatu bab dan akan memberi kesan kepada pemahaman murid.

Masalah ini juga berlaku dalam kalangan murid-murid terutamanya disebabkan sikap murid yang malas membaca, hendak cepat siap dan tidak pandai membahagi masa

yang diperuntukkan.

Keputusan ujian menunjukkan 70% murid tidak menjawab soalan yang melibatkan unit 1 dengan betul.

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan membimbing murid menggunakan Peta I-Think bagi memudahkan murid memahami dan mengingati fakta sejarah.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am :

Tujuan kajian ini adalah untuk menigkatkan daya ingatan murid menggunakan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Objektif Khusus :

3.2.1 Pelajar dapat melengkapkan maklumat dan fakta Sejarah dalam Peta I-Think

3.2.2 Pelajar dapat menjawab soalan objektif dan subjektif unit satu dengan tepat.

3.2.3 Murid dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian berbanding praujian.
4.0 Kumpulan Sasaran:

Murid kelas 4 Arif terdiri daripada 36 orang.

5.0 Pelaksanaan Tindakan

5.1 Tinjauan awal masalah:

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam

masalah tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

a. Praujian

Pengetahuan murid dalam penguasaan unit 1 diuji untuk mengetahui masalah konsep yang dihadapi walaupun ia telah diajar dalam tahun yang sama

b. Pemerhatian

Semakan buku tulis dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid dalam unit 1.Tingkahlaku murid sebelum dan selepas rawatan diberikan juga diperhatikan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil Tinjauan mendapati :

a. Praujian

Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan unit ini ditunjukkan melalui praujian. Keputusan pra ujian membuktikan segala yang disangka. Berikut ialah

pencapaian yang diperolehi.

PENCAPAIAN MURID

Keputusan Ujian Sejarah


Bil %
GRED MARKAH

A 80 – 100 4 11
Tahun 4A
B 60-79 8 22

GAGAL
C 50-59 10 28
17%
D 40-49 8 22

E 0-39 6 17

LULUS 30 83

GAGAL 6 17 LULUS
83%

LULUS GAGAL
b. Pemerhatian

Pemerhatian yang dibuat didapati murid kurang memberi perhatian. Antara faktor yang mempengaruhi mungkin disebabkan waktu sejarah adalah selepas waktu rehat. Murid

kerap ke tandas dan ada yang mengantuk di dalam kelas. Semakan buku tulis juga terdapat sebahagian murid yang tidsak meyiapkan nota yang diberi. Adakalanya hampir 30%

murid tidak menghantar kerja rumah dalam satu-satu masa dengan alasan tidak sempat menyalin nota.

5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan:

a) Aktiviti 1

Murid menyiapkan nota dalam bentuk peta I-Think. Murid diberikan peta I-Think kosong. Seterusnya murid dibimbing untuk mengisi ruang dalam peta tersebut. Seterusnya

murid akan diuji dengan menggunakan teknik penyoalan secara lisan.

b) Aktiviti 2

Murid akan diberikan tugasan secara berkumpulan dan membuat membentangan bagi menambahkan keyakinan diri serta memastikan murid bergiat aktif sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran.

6.0 Bahan yang dicadangkan


 Peta I-Think kosong

 Kad manila

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan

1. Menulis proposal Kajian 9 Spetember2022


2. Merancang Tindakan 10 – 13 September 2022

3. Melaksanakan Tindakan- aktiviti 1 Minggu 1

4. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan dalam tindakan 1 Minggu 1

5. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 Minggu 2

6. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Minggu 2

7. Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 Minggu 3

8. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Minggu 3

10. Ujian untuk mengesan pencapaian murid Minggu 4

11. Refleksi kajian Minggu 4

12. Menulis laporan Kajian 7 September 2022

8.0 Kos Kajian

Bil Perkara Harga seunit Jumlah

1 Kad Manila 36 x RM1.00 RM36

2 Pen Marker 6 x RM 2.00 RM 12

5 Kertas A4 1 rim x RM 15.00 RM 15

8 Fotostat bahan 72 x RM 0.20 RM 14.40

9 Binding laporan RM10 X 1 RM 10

JUMLAH KESELURUHAN : RM 87.40

9.0 PENUTUP

Kajian Tindakan saya yang bertajuk Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Peta I-Think Dalam Kalangan Murid Tahun 4

diharapkan dapat mencapai objektif bagi memastikan peratus penguasaan murid meningkat dan sekaligus akan menarik minat murid dalam mata pelajaran Sejarah.

Anda mungkin juga menyukai