Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN


MENGGUNAKAN KAEDAH SALAM

1.0 Tajuk Kajian
Penggunaan kaedah SALAM (Sentuh Abjad Lantas Arif Baca) dalam
meningkatkan kemahiran mengenal huruf jawi dalam subjek Pendidikan Islam di
kalangan murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Petra Jaya, Padawan.

2.0 Nama Pengkaji
a) Izawati binti Razali 201106292

3.0 Latar Belakang Kajian
Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu
muslim.Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka
seseorang individu tidak akan dapat menguasai bacaan Al-Quran. Oleh yang
demikian, penguasaan bahasa jawi perlu diterapkan diperingkat awal umur
seorang kanak-kanak. Dengan ini mereka akan dapat membaca Al-Quran
dengan baik dari segi bacaan serta tajwidnya. Untuk mencapai matlamat ini, satu
kaedah yang dikenali sebagai SALAM telah diperkenalkan di mana ia telah
dijadikan formula yang mudah bagi menguasai huruf jawi.
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Petra Jaya, Padawan iaitu
sebuah sekolah kebangsaan di kawasan perumahan yang terletak di Matang,
Kuching. Kawasan perumahan ini terletak kira-kira 7 km dari Bandar Kuching.
Kajian ini disasarkan kepada 23 orang murid Tahun 1 dalam sebuah kelas.
Seramai 11 orang murid telah dipilih secara rawak, yang terdiri daripada 5 orang
murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.



4.0 Penyataan Masalah
Mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan asas permulaan
kepada pengetahuan murid tentang mata pelajaran Pendidikan Islam akan
datang di peringkat sekolah menengah. Selain itu asas dalam pembacaan Al-
Quran memerlukan penguasaan murid terhadap huruf-huruf jawi.

Berdasarkan pemantauan terhadap murid-murid saya mendapati bahawa
murid dalam kelas tidak dapat menguasai huruf jawi dengan baik. Ini
berdasarkan pemerhatian selama 6 bulan saya mengajar mereka. Murid-murid
masih tidak boleh mengenalpasti dan menyebut beberapa huruf dengan tepat
dan lancar.
Permasalahan ini dikenal pasti apabila saya meminta murid menyebut huruf
jawi dengan pendekatan nyanyian, murid dapat menyebut huruf jawi dengan
jelas dan tepat. Tetapi apabila saya meminta murid menyebut huruf jawi secara
individu iaitu tanpa nyanyian, murid menghadapi masalah untuk menyebut huruf
jawi malah teragak-agak sebutannya.
Ini bermaksud kaedah nyanyian bagi sebutan jawi tidak berjaya
meningkatkan kemahiran murid menguasai huruf jawi dengan tepat walaupun
kaedah ini menyeronokkan murid. Saya menyedari murid sekadar menghafal
huruf-huruf dan bukannya mereka benar-benar memahami atau mengenali huruf-
huruf tersebut.

5.0 Objektif Kajian
5.1 Meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dengan baik.
5.2 Murid dapat mengingat dan mengenal huruf dengan mudah dan bukannya
menghafal.
5.3 Murid dapat membina kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah
SALAM.
5.4 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
bentuk permainan.


6.0 Metodologi Kajian
6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut Model Stringer (2004)
Langkah 1: Merekabentuk
Langkah 2: Mengumpul Data
Langkah 3: Menganalisis Data
Langkah 4: Menyampai Hasil
Langkah 5: Mengambil Tindakan

6.2 Sasaran Kajian
Kajian ini melibatkan 11 orang murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Petra
Jaya yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid
perempuan.

6.3 Instrumen Kajian
a) Mengumpul Data
Sebelum mengambil langkah seterusnya, tinjauan terhadap masalah
yang telah dikenal pasti akan dilakukan bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam berkenaan masalah tersebut. Kaedah yang
digunakan untuk mengutip data adalah seperti berikut:
i. Temubual Saya telah menemubual murid-murid yang terlibat
bagi mengenal pasti dan memahami dengan lebih mendalam
mengenai masalah tersebut. Saya bertanya adakah mereka
mengenali huruf atau sekadar tahu menyebutnya sahaja.
ii. Ujian Pra setelah mengenal pasti masalah, satu ujian pra telah
diberikan kepada kumpulan sasaran untuk melihat sejauh mana
kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai
kemahiran yang dikaji. Ujian Pra mengandungi 4 bahagian
soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut arahan
guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan.
(Sila rujuk lampiran)

Menyebut huruf secara individu
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 4 36
Tidak menguasai 7 54



Bacaan secara tertib alif hingga ya
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 3 27
Tidak menguasai 8 63

Bacaan menurun ya hingga alif
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 2 18
Tidak menguasai 9 82

Bacaan secara rawak
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 1 9
Tidak menguasai 10 91


b) Semasa Pelaksanaan Tindakan
Setelah analisis tinjauan dijalankan, guru akan mengumpulkan murid
dalam kumpulan sasaran dan satu kaedah baru akan diperkenalkan di
mana ia mengandungi tiga aktiviti:
Aktiviti 1 Menggunakan jari bermain kad blok huruf
Aktiviti 2 Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah
huruf
Aktiviti 3 Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah
SALAM.
(Sila Rujuk Lampiran)

c) Selepas Pelaksanaan Tindakan
Ujian Pos akan diberikan kepada murid untuk melihat pencapaian
murid selepas pelaksanaan tindakan di mana ujian tersebut
mengandungi soalan yang sama seperti Ujian Pra. Perbandingan akan
dibuat untuk mengetahui samada ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan
berkesan atau tidak ke atas tahap penguasaan murid dalam huruf jawi.


6.4 Metod Analisis
(a) Temubual Analisis untuk mengenalpasti dan memahami masalah
murid dalam penguasaan huruf jawi.
(b) Ujian Pra dan Ujian Pos Analisis markah murid

7.0 Kesignifikan Kajian
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru sekolah
serta guru Pendidikan Islam.

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Jenis Perbelanjaan
Jumlah
Perjalanan (Tg Malim Johor Bahru)
- RM 40 x 4 orang
RM 160
Percetakan soal selidik
- RM 0.20 x 15 set
RM 3
Percetakan laporan
RM 5
Lain-lain belanja
RM 10
JUMLAH
RM 178











9.0 Jadual Pelaksanaan

Bil Perkara
Tarikh
1 Mesyuarat Jawatankuasa (Pengumpulan data awal) 1 minggu
2 Temuduga guru
1 hari
3 Penulisan kertas cadangan
1minggu
4 Mereka bentuk tindakan (Mengenal pasti masalah)
3 hari
5 Mengumpul data
3 hari
6 Mneganalisis data
3 hari
7 Menyampaikan hasil
3 hari
8 Mengambil tindakan
3 hari
9 Refleksi dan penilaian kajian
3 hari
10 Penulisan laporan kajian
1 minggu
10 Pembentangan dapatan kajian (Pemurnian laporan)
1 minggu

10.0 Rujukan


LAMPIRAN

Jadual Pencapaian murid dalam kaedah SALAM
Bil NAMA MURID
PENCAPAIAN (markah dalam %)
U1 U2 U3 U4 U5 U6
1 Ahmad Idris Bin Lasehe 20
2 Muhammad Azim Haiqal Bin Mohd Azmi 18
3 Muhammad Firdaus Bin Gusnaldi 21
4 Muhammad Hasif Syahmie Bin Zainal 25
5 Muhammad Syamim Bin Mohd Yusof 20
6 Afidah Lillah Binti Senin 13
7 Kasih Nurlaila Binti Khaidir 11
8 Nabihah Binti Norizan 24
9 Nur Iszety Azirah Binti Ismail 10
10 Nurul Aleya Binti Ahmad Rusli 15
11
Syaripah Noorazwana Binti Said Budy
Hady 20

Anda mungkin juga menyukai