Anda di halaman 1dari 23

MODEL

KURIKULUM

M OHAM AD I KM AL HAQI M B I N M OHD


SUHAIMI
PENGENALAN MODEL ROBERT
GLASER
• Robert Glaser (1962) memperkenalkan model pengajarannya.
• Pengajaran Robert Glaser melibatkan empat elemen utama,
iaitu :
- Objektif pengajaran
- Pengetahuan sedia ada
- Kaedah mengajar
- Penilaian pencapaian.
• Semua elemen ini saling mempengaruhi antara satu sama lain
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Robert Glaser juga menekankan maklum balas pelajar sebagai


aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
CIRI-CIRI PENGAJARAN
 Objektif Pengajaran

• Objektif adalah aspek utama didalam model ini. Sama ada


objektif am ataupun objektif tingkah laku.

• Bidang (domain ) yang hendak diperkembangkan dalam diri


pelajar harus dikenali.eg:Kognitif, afektif,psikomotor.

• Objektif perlu sepadan dengan kebolehan pelajar.


• Aspek masa & persekitaran juga diambil kira.

• Kehendak hasil pencapaian yang dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar selepas


proses pengajaran berlaku.

• Hasil pencapaian merujuk kepada perubahan tingkah laku,perolehan, dan


penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar

• Robert Glaser menyatakan pengetahuan sedia ada adalah pintu bagi


tingkah laku kemasukan dalam proses pengajaran.
• Merujuk kepada kebolehan intelek ,aras motivasi,budaya pelajar.
KAEDAH MENGAJAR

• Satu siri aktiviti pengajaran yang sistematik dan berlandaskan teori pengajaran
pembelajaran.eg;Kaedah demonstrasi, kaedah projek dan bercerita.

• Kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia
ada.

 Penilaian

• Penilaian dijalankan untuk menentukan sama ada pelajar telah dapat mencapai objektif
yang telah ditentukan oleh guru atau tidak.

• Cara menilai: soal jawab, pemerhatian,ujian formal,& ujian tak formal.

• Hasil penilaian akan memberi maklum balas yang membolehkan guru mengesan kelemahan
dan kebaikan aktiviti pengajarannya.
STRATEGI
• Objektif Pengajaran
- Harus ditentukan sesuai dengan pegetahuan sedia ada mereka.

• Kaedah mengajar
- Harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada murid-
murid.

• Penilaian
- Harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan
punca-punca kelemahan yang telah dikenal pasti , agar guru dapat mengubahsuai
proses pengajarannya supaya keberkesanan pengajaran pada masa hadapan dapat
dipertingkatkan.
PERANAN KERANGKA

Objektif
pengajaran

Penilaian
Maklum Pengetahuan
balas sedia ada

Kaedah
mengajar
PENGENALAN MODEL KURIKULUM SLAVIN

• Slavin merupakan pencipta model


pembelajaran kooperatif.
• Beliau menyatakan bahawa model
pembelajaran kooperatif adalah
suatu model pembelajaran di mana
para pelajar/siswa bekerja dalam
kelompok-kelompok kecil untuk saling
membantu antara satu sama lain
dalam mempelajari sesuatu mata
pelajaran.
Model pembelajaran ini juga merupakan satu
sistem pembelajaran yang memberi
kesempatan kepada pelajar untuk bekerjasama
dalam tugas-tugas terstruktur.

Dengan kegiatan kooperatif, pelajar secara


individual mencari hasil yang menguntungkan
bagi seluruh anggota kelompoknya.
P R I N S I P D A S A R D A L A M P E M B E L A J A R A N K O O P E R AT I F

Setiap anggota kelompok bertanggungjawab atas segala sesuatu yang dikerjakan


dalam kelompoknya dan semua anggota kelompok memiliki tujuan yang sama.
Saling memberi kepimpinan antara anggota kelompok untuk belajar bersama.
Setiap anggota kelompok bertanggungjawab atas semua tugasan kelompok.

Ciri-ciri model pembelajaran kooperatif ialah:


1. Pelajar dalam kelompok bekerjasama menyelesaikan materi belajar sesuai
kompetensi dasar yang akan dicapai.
2. Kelompok dibentuk secara heterogen (pelbagai).
3. Penghargaan lebih diberikan kepada kelompok, bukan kepada individu.
11 STAIL PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN PJ
(MUSKA MOSSTON)
STAIL A (STAIL ARAHAN)
• Pengajaran dan pembelajaran sehala yang melibatkan guru dan
pelajar
• Guru membuat keputusan dan arahan atau perintah manakala
pelajar menjalankan dan mengikut keputusan.

• Mendapatkan tindakbalas segera


• Kepatuhan dan keseragaman terhadap perintah/arahan
• Penonjolan semangat berkumpulan
• Jimat masa, jamin keselamatan
STAIL B (STAIL LATIHAN)
• Guru memberi tugasan kepada pelajar dan pelajar melakukan
tugasan tersebut untuk satu tempoh masa yang tertentu
• Guru akan memerhati prestasi murid dan memberi maklum
balas kepada pelajar.

• Mewujudkan hubungan guru dengan pelajar, pelajar dengan


tugasan dan di antara pelajar sendiri
• Prestasi yang baik adalah berkaitan dengan masa dan
pengulangan tugasan
STAIL C (STAIL BERGANDINGAN)
• Pengajaran secara berpasangan
• Guru sebagai penyelia dan menyelesaikan konflik dalam stail ini.

• Melakukan tugasan seperti mana yang dikehendaki oleh guru


• Membincangkan tugasan terperinci dengan pasangan
STAIL D (STAIL SEMAK KENDIRI)

• Berdasarkan kepada kemahiran yang telah dipelajari, pelajar dikehendaki menilai kembali hasil
pelakuan yang telah dipelajari secara individu.

OBJEKTIF
• Meningkatkan keyakinan untuk menilai keupayaan kemahiran yang sudah dipelajari
• Menggunakan kriteria yang ditentukan bagi peningkatan kendiri.
STAIL E (STAIL GAYA PENINGKATAN)

• Merujuk kepada kepelbagaian tahap prestasi pada satu tugas yang sama.

OBJEKTIF
• Peningkatan pelajar dan penyertaan yang berterusan mengikut kemampuan pelajar
• Guru menentukan tugasan dan sebagai pembimbing
STAIL F (STAIL PENEMUAN
BERBIMBING)
• Intipati stail ini ialah soalan urutan yang dikemukakan guru boleh menghasilkan kepada set
tindakbalas dari pelajar.

OBJEKTIF
• Melibatkan pelajar ke arah proses penemuan sesuatu tindakan yang dikehendaki
• Menggalakkan daya kreativiti pelajar dalam melakukan tindakbalas yang dikehendaki
STAIL G (STAIL PENEMUAN
BERPUSAT)
• Melalui kaedah ini pelajar akan membuat keputusan sendiri untuk mengatasi masalah yang
diberikan oleh guru berdasarkan kepada sebab, logic, fikiran kritik dan cuba jaya.

OBJEKTIF
• Melibatkan pelajar ke arah proses penemuan baru bagi jawapan yang tepat
• Membina kemahiran penemuan berdasarkan sebab dan logik
STAIL H (STAIL HASILAN BERCAPAH)

• Kaedah ini lebih menumpukan kepada perkembangan idea pelajar dan pengajaran berpusat
kepada pelajar dan pengajaran berpusat kepada pelajar serta memberi kebebasan kepada
pelajar untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru.

OBJEKTIF
• Membolehkan pelajar mencari idea berdasarkan pengetahuan sedia ada
• Membolehkan pelajar mencari alternative-alternative daripada apa yang telah diperolehi
STAIL I (STAIL PROGRAM INDIVIDU
REKABENTUK PELAJAR)
• Program yang direkabentuk oleh pelajar. Stail ini memberi kebebasan kepada pelajar dalam
merancang dan mennetukan objektif pengajaran yang hendak dicapai berdasarkan perbincangan
dengan guru.

OBJEKTIF
• Pelajar dapat mernacang dan menetukan hala tuju sendiri berdasarkan persetujuan dan
perbincangan guru.
• Guru mengawal dan mengesahkan program dan aktiviti yang dirancang berdasarkan matlamat
yang hendak dicapai
STAIL J (STAIL PEMBELAJARAN
TERDORONG)
• Pada peringkat ini pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran prestasi tingggi, hanya terdapat
sebahagian topik kemahiran yang kurang dikuasainya.

OBJEKTIF
• Hanya sesuai bagi pelajar yang berkemahiran tinggi. Pelajar dapat merancang dan menentukan
hala tuju sendiri berdasarkan dorongan dan galakkan guru.
• Menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan kepuasan yang tinggi
STAIL K (STAIL GABUNGAN)

• Stail gabungan melibatkan gabungan dua atau lebih kaedah atau stail pengajaran dalam satu sesi
pengajaran dalam satu sesi pengajaran.

OBJEKTIF
• Menghasilkan suatu kaedah PDP yang paling berkesan berdasarkan beberapa stail pengajaran
yang dikenalpasti amat sesuai untuk digunakan
• Suasana PDP yang menarik, unik dan mencabar psikomotor, kognitif dan afektif.
TERIMA KASIH ;)

Anda mungkin juga menyukai