Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Islam bermaksud menyerah diri kepada Allah S.W.T dengan mentauhidkannya dengan
penuh keyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganya. Islam
adalah satu agama yang syumul dan menyeluruh dari semua aspek kehidupan dunia dan akhirat.
(Mohd Izhar & Alias Azhar, 2010). Bukan itu sahaja, Islam juga menekankan hubungan manusia
dengan Allah S.W.T dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan,
keselamatan, kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Menurut Hassan, Mumin dan
Siti (2000), islam tidak boleh dinafikan sebagai satu pegangan dan cara hidup yang lengkap
merentasi semua lapangan hidup di dunia demi kebahagiaan pada hari akhirat kelak. Firman
Allah (s.w.t) dalam Al-Quran (3:19) bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai)
di sisi Allah ialah Islam”. Oleh yang demikian, umat manusia perlulah belajar dan menghayati ilmu
agama dengan lebih mendalam terutamanya berkaitan dengan ciri-ciri islam di mana ia akan
membantu dalam pembentukan kepribadian yang unggul dan dalam melahirkan individu yang
berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai