Anda di halaman 1dari 33

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM


KESIHATAN

Dsediakan oleh : En.Ismail bin Dikoh


JANGKITAN MIKROBIOLOGI
Bakteria
 bakteria boleh hidup dan membiak di mana sahaja
seperti di tanah, air, debu dan habuk.
 bakteria boleh menyebabkan penyakit berjangkit
seperti tibi, kolera, tifoid
 kebaikan kepada manusia. Bakteria dalam tanah
menggunakan nitrogen yang terdapat di udara
untuk tumbesaran; apabila bakteria tersebut mati
bahan organik akan dikeluarkan ke dalam tanahdan
menjadikan tanah lebih subur untuk menampung
tumbuhan dan hidupan lain
sambungan

 Dari segi bentuk atau morfologi, bakteria


boleh dibahagikan kepada:
(a) Cocci Berbentuk bulat dan berupa dalam
rantaian (stretococci), clumps atau
berkelompok (staphylococci) atau
berpasangan (diplococci).
(b) Bacilli atau berbentuk batang (rod-shaped).
(c) Spiral atau berbentuk lingkaran.
Virus
 dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop
elektron. Virus adalah mikrob yang hanya dapat
hidup dalam tisu-tisu hidup seperti dalam darah
atau bendalir seperti dalam badan manusia atau
haiwan.
 sejenis parasit iaitu ia tidak dapat membiak di luar
sel hidup dan kebanyakan virus tidak dapat hidup
lama di luar sel hidup.
sambungan
Virus menyerang atau memusnahkan sel-sel
hos/perumah dengan tiga cara aitu:
(a) Cytopathic effect (CPE) Berlaku apabila sesuatu
virus menjangkiti hos/perumah dan seterusnya
membunuh selnya. Sebagai contoh virus yang
dikenali sebagai adenovirus.
(b) Latency Satu peringkat di mana sesuatu virus
kelihatan tidak menimbulkan apa-apa kesan kepada
hos/perumah yang dijangkiti. Tetapi sebenarnya virus
tersebut berada pada peringkat pendam (dormant )
dan berpotensi untuk memusnahkan sel
hos/perumah.
sambungan

Sebagai contoh virus yang dikenali sebagai


virus Varicella-Zoster yang menyebabkan
penyakit kayap
(c) Transformation Satu kaedah di mana
virus boleh mengubah sel hos/perumah
kepada bentuk malignan (kanser). Contoh,
jangkitan virus Hepatitis B boleh
menyebabkan seseorang mendapat
penyakit kanser hati (liver carcinoma).
Kulat

 istilah perubatan disebut fungi


 Penyakit berkaitan kulat
 kurap.
 Penyakit yang menjangkiti keseluruhan sistem
badan, misalnya penyakit histoplamosis.
Protozoa

 Protozoa merupakan mikroorganisma yang


mempunyai sel eukaryotic.. Ia adalah lebih
besar daripada bakteria.
 penyakit kepada manusia ialah
 Plasmodium (penyakit malaria), Entamoeba
(penyakit amoebic dysentery) dan
Cryptosporidia (penyakit cirit-birit).
RANTAI JANGKITAN
 Menurut kamus perubatan Oxford (1996),
jangkitan bermaksud penaklukan badan oleh
mikroorganisma yang merbahaya (patogen)
seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.

Mekanisme Pertahanan
 Mekanisme pertahanan manusia terbahagi
kepada dua iaitu mekanisme pertahanan luaran
dan dalaman
Mekanisme Pertahanan Luaran

(a) Kulit
 Kulit berperanan sebagai pertahanan yang
menghalang atau mencegah organisma luar
memasuki tisu atau organ dalam badan.
(b) Membran mukus
 Ia bertindak sebagai lapisan penghalang yang
mencegah organisma daripada memasuki
tisu di dalam badan. Ia boleh membunuh
mikroorganisma yang tersentuh dengan
permukaan membran
Mekanisme Pertahanan Dalaman

 Terdapat beberapa cara mekanisme pertahanan


dalaman berfungsi melindungi
badan
(a) Phagocytosis
 Istilah ini merujuk kepada sel-sel tertentu dalam
badan bertindak memakan mikroorganisma asing
yang berjaya memasuki badan seseorang. Sel
tersebut mengeluarkan enzim untuk membunuh
dan menghadam mikroorganisma asing tersebut.
(b) Bacteriolysis

 Pertahanan jenis ini menggunakan sejenis


kaedah iaitu dengan melemahkan dinding luar
mikroorganisma asing. Apabila lapisan dinding
tersebut berada dalam keadaan lemah dan
rapuh, ia memudahkan air masuk ke dalamnya
sehinggalah mikroorganisma itu berada pada
peringkat dipenuhi air dan seterusnya pecah.
Kenal Pasti Lingkungan Jangkitan

Terdapat enam elemen utama dalam rangkaian


jangkitan
(a) Agen Penyebab
 Ia terdiri daripada mikroorganisma yang
merbahaya, juga dikenali sebagai patogen.
Patogen boleh wujud dalam bentuk virus,
bakteria, protozoa atau kulat tertentu yang
merbahayakan kesihatan manusia.
(b) Reservoir

 Tempat di mana patogen boleh hidup,


tumbesaran dan membiak. Antara tempat
atau sumber ini ialah manusia, serangga,
makanan, air, objek dan peralatan.
(c) Portal of Exit

 Elemen ini merujuk kepada cara sesuatu


patogen itu keluar dari sumber atau
perumahnya. Antara cara-caranya ialah
melalui bendalir dalam badan manusia
seperti darah, semen (air mani), air kencing,
najis, mukus dan sebagainya.
(d) Cara Transmisi

 Elemen ini menerangkan bagaimana patogen yang


keluar dari perumah mencari peluang untuk
memasuki atau menjangkiti hos/perumah yang
lain. Terdapat lima cara utama patogen boleh
memasuki perumah iaitu melalui:
(i) Sentuhan
 Terbahagi kepada dua iaitu melalui sentuhan
secara langsung dan tidak langsung.
sambungan

(ii) Air-borne atau melalui udara


 Cara ini melibatkan patogen masuk ke dalam badan seseorang
apabila udara yang tercemar dengan patogen itu masuk ke
dalam saluran pernafasan apabila seseorang itu bernafas. Cara
ini terbahagi kepada dua: secara titisan (droplets) dan titisan
nuklei (droplet nuclei). Secara titisan berlaku apabila patogen
itu berpindah kepada orang lain melalui pemindahan titisan air
liur semasa bercium (deep kissing), bersin, bercakap dan
batuk. Manakala dalam bentuk titisan nuklei, patogen berada
dalam titisan yang paling seni dan mudah disebarkan oleh
udara.
sambungan

(iii) Common vehicle atau bahan awam


 Pemindahan patogen melalui cara ini berlaku
apabila bahan-bahan menjadi pembawa
kepada patogen tersebut. Misalnya bahan
makanan, air, bekalan dan produk darah
tercemar atau peralatan perubatan yang
tercemar dengan patogen.
sambungan

(iv) Vektor
 Patogen dipindahkan atau dibawa oleh haiwan
(tikus, anjing) atau serangga (lalat, kutu, nyamuk,
lipas).
(v) Blood-borne atau melalui darah
 Pemindahan patogen melalui
pemindahan/sentuhan darah yang tercemar dengan
patogen seperti dalam jangkitan HIV dan Hepatitis
B.
(e) Portal of Entry

 Elemen ini melibatkan cara-cara patogen


memasuki badan hos/perumah. Antaranya
ialah melalui luka di kulit, membran mukus di
mata, saluran pernafasan,
(f) Susceptible Host

 Elemen ini merujuk kepada kerentanan atau


kesesuaian seseorang atau hos/perumah
kepada risiko jangkitan patogen. Ia berkaitan
dengan faktor umur, genetik, status
pemakanan, kebersihan diri, tahap stres,
tahap imuniti badan dan keseluruhan tahap
kesihatan seseorang.
Agen Pengawal

 antibodi.
MENCEGAH DAN MENGAWAL JANGKITAN

Teknik Aseptik (Aseptic Technique)


 Teknik aseptik ialah kaedah khusus serta prosedur
tertentu yang digunakan dalam keadaan yang
amat terkawal yang bertujuan mengelakkan dan
mencegah pencemaran oleh patogen atau lain-
lain mikroorganisma merbahaya. Teknik ini
banyak digunakan dalam bidang-bidang klinikal
seperti rawatan dan jagaan pesakit di klinik dan
hospital. Keadaan bebas patogen disebut sebagai
asepsis. Keadaan ini amat berguna di
Musnahkan Rangkaian Jangkitan

 Prinsip dalam kawalan jangkitan ialah


mencegah jangkitan dengan cara
 memutuskan atau memusnahkan rangkaian
jangkitan sesuatu penyakit.
 Langkah kawalan aseptik yang digunakan
untuk memutuskan dan memusnahkan
rangkaian jangkitan di hospital atau lain-lain
kemudahan kesihatan berdasarkan kepada
elemen rangkaian jangkitan :-
(a) Sumber Patogen (Reservoir)
 Melakukan pemeriksaan tahap kesihatan
seseorang personel kesihatan untuk memastikan
dia bebas daripada penyakit berjangkit. Personel
perubatan mesti mengamalkan amalan berjaga-
jaga yang standard (standard precautions) dalam
pengendalian pesakit dan peralatan.
 Misalnya menggunakan sarung tangan pakai
buang, penutup hidung (mask) , mencuci tangan
dengan sempurna, membuang bahan buangan
klinikal secara sempurna di wad/bilik rawatan
mengikut kategori dan sebagainya.
(b) Portal of Exit

 Amalan dan prosedur yang dapat mencegah


jangkitan patogen atau lain-lain
mikroorganisma pada elemen ini ialah
dengan mencuci tangan dengan betul dan
sempurna (amalan tujuh langkah cuci
tangan). Balutan atau dressing pada luka
hendaklah dibuat secara bersih.
(c) Mode of Transmission
 Mengamalkan amalan mencuci tangan dengan
betul dan sempurna dan pengendalian bahan
buangan klinikal yang selamat. Di samping itu,
pesakit yang mempunyai penyakit yang berisiko
tinggi untuk menjangkiti orang lain khasnya
personel dan pesakit lain hendaklah diasingkan
di wad pengasingan. Kaedah nyahkuman
(sterillization) peralatan-peralatan dan bekalan
perubatan juga merupakan salah satu langkah
untuk mengelakkan pesakit lain mendapat
jangkitan
Piawai Pengawasan

(a) Polisi dan Peraturan


 Setiap kemudahan kesihatan atau klinikal
seperti hospital dan pusat perubatan mesti
mempunyai satu garis panduan yang jelas
berkaitan dengan objektif polisi serta kaedah
untuk melaksanakannya atau untuk
mencapainya.
sambungan

(b) Kumpulan atau Jawatankuasa Pelaksana


Kawalan Jangkitan
 Mereka adalah kumpulan yang merangka,
membuat, melaksana, mengawasi dan
menilai keberkesanan sesuatu polisi atau
peraturan yang dibuat.
(c) Pendidikan dan Latihan

 Pengetahuan, kemahiran dan sikap setiap


personel merupakan perkara penting yang
akan menentukan kejayaan dan
keberkesanan sesuatu polisi atau peraturan.
(d) Kemudahan dan Kelengkapan

 Aspek piawai pengawasan yang melibatkan


aspek kemudahan dan kelengkapan ialah
penyediaan segala peralatan, kemudahan
dan teknologi yang dapat menyokong dan
membantu sesebuah hospital itu mencegah
segala jangkitan patogen yang boleh
memudaratkan pesakit, pelawat dan
personel.
(e) Persekitaran yang Bersih

 Amat penting mengekalkan tahap kebersihan


persekitaran yang tinggi di dalam dan di luar
hospital. Sebagai contoh: wad pengasingan,
dewan bedah, bilik mayat, dewan bedah post
mortem, wad rawatan rapi dan sebagainya.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai