Anda di halaman 1dari 4

 Mubah adalah perkara yang tiada dosa jika ditinggalkan dan tiada pahala jika

dilakukan. Seperti: Makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya.


 Namun perkara-perkara mubah juga boleh menjadi sunat dan mendapat
ganjaran pahala sekiranya perkara-perkara mubah itu diniatkan dan disempurnakan
dengan baik kerana Allah Taala. Misalnya, seseorang yang membaca doa sebelum dan
sesudah makan dan minum serta berniat untuk mengharapkan makanan yang
dimakannya itu dapat memberi faedah kepadanya dan memakan dengan cermat dan
tidak bergopoh-gapah sudah tentu orang itu mendapat pahala sunat kerana berdoa
adalah perkara sunat dan memakan dengan baik adalah cara makan Rasulullah.
 Perkara Mubah juga boleh menjadi haram atau makruh sekiranya melakukan tanpa
etika sebagai seorang Islam yang baik misalnya, orang Islam yang memakan atau
minum secara berlebih-lebihan serta gelojoh adalah perbuatan yang tidak baik serta
boleh jatuh haram sekiranya makan dengan makanan dari sumber yang haram
ataupun makan sehingga boleh membahayakan kesihatan dirinya.
Contoh perbuatan harus

 memakai pakaian yang digemari tanpa melanggar hukum syarak

 memilih jenis makanan halal yang disukainya

 Memilih bidang pekerjaan yang berseuaian minat dan kelulusannya.


Makruh

• Makruh adalah salah satu daripada hukum Islam.


• Makruh adalah sesuatu perbuatan yang tidak mendapat dosa jika dikerjakan
tetapi akan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan.
• Sebagai contoh memakan makanan yang berbau busuk seperti jering, petai,
atau kerdas, belacan, durian, tempoyak, cencaluk, udang, ketam, ikan pekasam.
Dalil hukum makruh
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, katanya:

ِِ ْْ ََ ‫صالَةِ ْال‬
َ ‫ان ِِ ْن‬
ُ ََ ‫َّ ْي‬ ُ ‫اختِالٌَ يَ ْختَ ِل‬
َّ ‫سهُ ال‬ ْ ‫ ُه َو‬:‫ فَقَا َل‬،ِ‫صالَة‬ ْ ‫ع ِن‬
ِ ‫االلتِفَا‬
َّ ‫ت فِي ال‬ َ ‫سلَّ َم‬ َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ ُ ‫سأ َ ْلتُ َر‬
َ ِ‫سو َل هللا‬ َ
)‫(رواه الْخاري‬
Maksudnya: “Saya bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang menoleh
dalam sembahyang. Maka Baginda bersabda: “Ianya adalah satu curian, iaitu syaitan
mencuri (kekhusyu‘an) dari sembahyang seorang hamba dengan (perbuatan) menoleh itu”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Berkata Adzra‘ie Rahimahullah: “Jika dia senghaja melakukannya, sedangkan dia tahu
perbuatan menoleh itu adalah makruh, maka hukumnya haram, bahkan menjadi batal jika dia
melakukannya secara olok-olok (main-main).”
Jika seseorang menolehkan mukanya dan berpaling dadanya dari kiblat, maka batal
sembahyangnya.

Anda mungkin juga menyukai