Anda di halaman 1dari 9

SINOPSIS INOVASI

Nama Projek Inovasi e-SEBAJ (Step, Bright and Jump)


Nama Peserta Thiza Anak Rover

Jabatan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


Latar Belakang / Masalah Yang di Hadapi
a. Latar Belakang

Pada asasnya, permainan ketingting, lompat jauh dan lompat kijang memerlukan kemahiran
melakukan lompatan dan mendarat . Dalam permainan ketingting, lompat jauh dan lompat kijang ,
kemahiran melompat dan mendarat amat susah dikuasai oleh seseorang individu yang baru
menceburi permainan atau aktiviti tersebut. Bagi memudahkan seseorang individu menguasai
kemahiran melompat dan mendarat, satu set alat inovasi digital telah dicipta. Alat inovasi digital
itu adalah ‘e-SEBAJ’. Alat tersebut dapat membantu seseorang dapat menguasai kemahiran
melompat dan mendarat sama ada dalam permainan ketingting, lompat jauh dan lompat kijang.

b. Masalah Yang Dari Segi Perlaksaan Aktiviti

1. Sebelum alat inovasi ini dicipta atau diperkenalkan, seseorang individu yang hendak
melakukan kemahiran melompat dan mendarat sukar untuk menguasai kemahiran tersebut
dengan tepat. Selain itu, individu juga kurang berkeyakinan untuk melompat melepasi
halangan serta keliru terhadap penggunaan bahagian kaki ketika melakukan pendaratan.

2. Jurulatih dan guru tidak memiliki alat bantu mengajar yang lebih sistematik.

Maklumat Sokongan Yang Berkaitan :

Praktikum Fasa 1
PdP Tahun 4
Aktiviti Melompat Tali Pelbagai Aras

Refleksi PdP
- Terdapat 2 orang murid yang masih mengalami kelemahan dalam melakukan kemahiran
melompat sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

1
Dokumen Berkaitan :
Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Pendidikan Jasmani Tahun 4
a. Modul Kemahiran :
Olahraga Asas-Kemahiran Asas Lompatan
b. Standard Kandungan :
1.10 Berkebolehan melakukan kemahiran asas lompatan dengan lakuan yang betul.
c. Standard Pembelajaran :
1.10.1 Berlari dan melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua
belah kaki.
d. Standard Prestasi :
Tahap Penguasaan 1 - Boleh berlari dan melompat sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-
dua belah kaki dengan lakuan yang betul.
Objektif Inovasi
Objektif adalah seperti berikut:

 Menyediakan bahan bantu belajar permainan ketingting, lompat jauh dan lompat kijang
(kemahiran melompat dan mendarat) agar memudahkan pembelajaran seseorang
individu.
 Menyediakan sejenis alat yang dapat memperbaiki kesalahan yang dilakukan dari segi
teknik lakuan melompat dan mendarat.
 Mempertingkatkan kemahiran melompat dan mendarat dalam kalangan murid.
Inovasi yang dihasilkan
a. Alat Yang Di gunakan:

1. Karpet kedudukan kaki bernyala (Pergerakan kaki semasa melompat dan mendarat).
2. Media Player ( rakaman pergerakan)
3. Graf Pergerakan (merakam kesalahan)

b. Keberkesanan Kos :
- e-SEBAJ adalah produk yang menggunakan bahan-bahan kitar semula dan beberapa alat
Elektronik.

2
- Kos perbelanjaan :

Item Seunit Jumlah


Lampu L.E.D RM2.00 x 2 RM 4.00
Wayar RM 1.00 x 2 meter RM 2.00
Perumah Bateri RM 1.50 RM 1.50
Bateri 9v RM 1.00 RM 1.00
Punat Button RM 2.50 x 2 RM 5.00
Go Pro Cam/ Telefon - -
Bimbit
Karpet - -
Tapak Kasut - -
Silotap RM 2.50 RM 2.50
Jumlah Keseluruhan : RM 16.00

Jadual 1 : Jumlah kos perbelanjaan alat inovasi berelektronik e-SEBAJ.

Berdasarkan Jadual 1; kos penghasilan e-SEBAJ adalah berpatutan dan dapat memberi
kesan kepada penggunanya terumata sekali bagi murid yang mempunyai masalah dalam
teknik melompat dan mendarat.

c. Impak Inovasi :

- Membantu penyampaian pembelajaran dan pengajaran murid secara berkesan.


- Menarik minat murid untuk belajar.
- Mudah untuk dikendalikan dari segi masa.
- Selamat untuk digunakan dan tidak memberikan ancaman kecederaan kepada penggunanya.

3
Alatan Inovasi :

Pedal Pad Wayar Perumah Bateri

Punat Button Lampu L.E.D

Telefon Pintar

Kumpulan Sasaran

Murid Tahun 4 SK. Niup, Kota Samarahan


Pelaksanaan Inovasi

Inovasi ini telah dicuba oleh 30 orang murid Tahun 4 SK Niup, Kota Samarahan, Sarawak.

4
Keputusan Pelaksanaan Kemahiran Melompat Sebelah Kaki dan Mendarat Dengan Kedua-
dua Belah Kaki

Berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca, guru menggunakan senarai semak sebagai analisis
keputusan penggunaan alat e-SEBAJ terhadap murid tahun 4.

a. Senarai Semak Kemahiran Melompat Sebelah Kaki dan Mendarat dengan Kedua-dua Belah
Kaki.

Kemahiran Percubaan 1 Percubaan 2


Melompat Sebelah Kaki 27/30 murid 28/30 murid
(Kanan/Kiri)
Mendarat Dengan Kedua-dua 28/30 murid 29/30 murid
Belah Kaki

Jadual 1, menunjukkan keputusan ujian pra melalui senarai semak bagi kemahiran melompat
sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

Berdasarkan Jadual 1, terdapat di antara 27 daripada 30 orang murid dapat melakukan


kemahiran melompat sebelah kaki manakala 3 orang tidak dapat melakukan kemahiran tersebut
pada Percubaan 1. Selain itu, pada Percubaan 2 di mana seramai 28 orang daripada 30 orang
murid dapat melakukan kemahiran tersebut manakala 2 orang murid masih tidak dapat
melakukan kemahiran tersebut. Peningkatan adalah sebanyak 1 orang murid yang berjaya
memperbaiki kelemahan mereka. Seterusnya, bagi kemahiran mendarat dengan kedua-dua belah
kaki di mana seramai 28 orang daripada 30 orang murid dapat melakukan kemahiran tersebut
pada Percubaan 1 manakala 2 orang murid tidak dapat melakukan kemahiran tersebut dengan
tepat. Namun pada Percuabaan 2, terdapat peningkatan sebanyak 1 orang murid yang berjaya
memperbaiki kelemahan dalam kemahiran tersebut dan seorang masih tidak dapat melakukan
kemahiran yang kedua.

5
Gambar Pelaksanaan Kemahiran Melompat Sebelah Kaki dan Mendarat Dengan Kedua-dua
Belah Kaki Bagi Murid Tahun 4 Sk Niup, Kota Samarahan dengan Menggunakan Alat e-
SEBAJ.

Guru menunjukkan demonstrasi kemahiran


melompat sebelah kaki dan mendarat dengan
menggunakan kedua belah kaki tanpa alat e-
SEBAJ.

Guru mendemonstrasikan kemahiran


menggunakan alat e-SEBAJ.

Gambar 1

Kelemahan yang dikenalpasti adalah murid


mendarat menggunakan sebelah kaki.

Murid yang lemah dalam kemahiran melompat


sebelah kaki dan mendarat menggunakan
kedua-dua belah kaki di ajar dengan
menggunakan alat e-SEBAJ.

Gambar 2

Kelemahan yang dikenalpasti adalah murid


kurang yakin untuk melompat melepasi
halangan .

Murid yang lemah dalam kemahiran melompat


sebelah kaki dan mendarat menggunakan
kedua-dua belah kaki di ajar dengan
menggunakan alat e-SEBAJ.

Gambar 3
6
Berdasarkan pelaksanaan kemahiran melompat sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua
belah kaki iaitu Gambar 1, 2 dan 3 di mana 2 orang murid iaitu murid lelaki dan perempuan
mengalami masalah terhadap teknik kemahiran yang diajarkan. Kedua-dua orang murid ini dipilih
untuk terlibat dalam penggunaan alat e-SEBAJ sebagai alat dalam memperbetulkan kesalahan
teknik dalam kemahiran yang di ajar. Kedua-dua murid ini mempunyai kelemahan dalam
kemahiran yang diajar. Murid A (lelaki) mempunyai kelemahan dalam kemahiran melompat
dengan sebelah kaki manakala Murid B (perempuan) mempunyai kelemahan ketika mendarat
menggunakan kedua-dua belah kaki.

Berikut merupakan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam kemahiran melompat sebelah
kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

a. Ujian Pra

Murid A - Lelaki
Kemahiran Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3
Melompat Sebelah Kaki
(Kanan/Kiri)
Mendarat Dengan Kedua-dua
Belah Kaki

Jadual 2 ; Keputusan Ujian Pra Kemahiran Melompat Sebelah Kaki dan Mendarat Dengan
Kedua-dua Belah Kaki Murid A (Lelaki)

Murid B - Perempuan
Kemahiran Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3
Melompat Sebelah Kaki
(Kanan/Kiri)
Mendarat Dengan Kedua-dua
Belah Kaki

Jadual 3 ; Keputusan Ujian Pra Kemahiran Melompat Sebelah Kaki dan Mendarat Dengan

7
Kedua-dua Belah Kaki Murid B (Perempuan)

b. Ujian Pasca

Murid A -Lelaki
Kemahiran Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3
Melompat Sebelah Kaki
(Kanan/Kiri)
Mendarat Dengan Kedua-dua
Belah Kaki

Jadual 4 ; Keputusan Ujian Pos Kemahiran Melompat Sebelah Kaki dan Mendarat Dengan
Kedua-dua Belah Kaki Murid A (Lelaki)

Murid B – Perempuan
Kemahiran Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3
Melompat Sebelah Kaki
(Kanan/Kiri)
Mendarat Dengan Kedua-dua
Belah Kaki

Jadual 5 ; Keputusan Ujian Pasca Kemahiran Melompat Sebelah Kaki dan Mendarat Dengan
Kedua-dua Belah Kaki Murid B (Perempuan)

Prosedur Penggunaan Alat e-SEBAJ :

a. Guru menunjukkan demonstrasi teknik melompat sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua
belah kaki.

b. Murid melakukan teknik lakuan seperti yang ditunjukkan oleh guru.

c. Guru melakukan pemerhatian dan mengesan kesalahan teknik lakuan yang dilakukan
oleh guru.

d. Murid akan berada atau berdiri di atas alat e-SEBAJ.

8
e. Kaki kiri akan difleksikan ke belakang manakala kaki kanan dikekalkan lurus.

f. Bahagian tapak kaki (Ball Of Feet) sebelah kanan akan menyentuh pedal dan bahagian
lutut di bengkokkan menbentuk huruf V.

Gambar 1 : Bahagian tapak kaki atau ‘ ball of feet ’.

Sumber : Anatomy Regions Of The Right Foot : Asklepios Medical Atlas.,2016.

g. Kedua-dua belah tangan dibawa lurus ke belakang dan mata memandang kehadapan.
h. Setelah memijak pedal, lampu dibahagian hadapan akan bernyala.

i. Murid dikehendaki melompat melepasi halangan dan mendarat pada kawasan yang
bernyala.

j. Pergerakan dirakam dengan menggunakan telefon pintar disertai sambungan kepada


komputer peribadi dan rakaman diubahsuai dengan graf pergerakan dan media player.

Tanda-tanda kejayaan

1. Guru-guru pelatih dan murid telah mencapai kejayaan dalam menguasai kemahiran
melompat dan mendarat.
2. Dapat memberi pendedahan mengenai teknik yang betul dalam melakukan lompatan dan
pendaratan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan guru.

Anda mungkin juga menyukai