Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

MOHD AZMI BIN IDRIS (741116145323)

Mengajar kemahiran olahraga Lompat Jauh adalah satu cabaran yang hebat kepada seorang guru. Ini kerana seorang guru Pendidikan Jasmani perlulah memastikan pergerakan yang diajar adalah betul supaya apa yang dilakukan oleh murid tidak mendatangkan mudarat kepada mereka. Apa yang lebih musatahak lagi teknik-teknik pergerakan itu adalah betul supaya mereka tidak melakukan teknik-teknik yang salah sehingga berlarutan menjadi tabiat yang kekal sedangkan teknik-teknik itu adalah salah. Memandangkan betapa beratnya beban seorang guru Pendidikan Jasmani saya sentiasa berhati-hati supaya apa yang saya ajar tidak dikategorikan sebagai salah atau songsang. Kemahiran melompat jauh adalah satu aktiviti yang sukar kepada mereka yang tidak pernah mencuba acara Lompat Jauh. Sebagai persiapan saya mencari klip-klip video di You Tube tentang latihan asas kepada mereka yang baru hendak mencuba melompat jauh. Melalui tontonan video itu barulah saya mengetahui ansur maju untuk memastikan kemahiran melompat jauh dapat ditingkat kepada murid-murid saya. Walaupun saya pernah memasuki acara lompat jauh suatu masa dahulu, saya tetap mahu menambah ilmu supaya saya tidak tersalah mengajar kepada anak murid saya. Pada langkah permulaan saya dan rakan cuba membawa aktiviti melompat itu sendiri sebagai cara kami meningkatkan kadar nadi murid kami. Kami meminta mereka melompat setempat. Pergerakan ini dilakukan berulang kali sehingga kami yakin kadar nadi mereka telah meningkat. Saya melihat aktiviti ini sangat bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Namun kelemahan kami ialah ingin melakukan aktiviti dengan cepat sehingga ada murid yang kami lihat belumpun menunjukkan kadar nadinya telah meningkat. Aktiviti regangan juga berjalan dengan baik. Langkah permulaan kami menunjukkan terlebih dahulu teknik melompat yang betul kepada murid-murid saya. Kami sedaya upaya menunjukkan cara melompat yang betul supaya mereka melakukan lompatan dengan teknik yang betul. Mungkin kerana masa yang terhad kami mengharapkan mereka dapat memahami apa yang kami cuba sampaikan. Ini mungkin kelemahan kami kerana agak terburu-buru mengejar masa sedangkan pemahaman murid itu yang lebih utama. Pada langkah pertama iaitu pengajaran individu kami meminta murid melompat melepasi jarak sejauh 1 meter seorang demi seorang sambil kami memerhatikan teknik lompatan mereka. Lompatan yang dilakukan berulang kali sebanyak lima kali sehingga kami berpuas hati dengan teknik lompatan mereka. Ini merupakan ansur maju untuk meningkatkan kemahiran lompatan mereka.

Selepas tamatnya langkah pertama pengajaran kami memasuki langkah kedua iaitu perkembangan seterusnya. Kami membahagikan murid kepada dua kumpulan dan mengulangi aktiviti melompat sama seperti langkah pertama tadi. Cuma kami meningkatkan tahap kesukaran melompat itu kepada dua halangan yang jarak lompatannya sejauh 2 meter. Kami kemudiannya menambahkan jarak kepada 3 meter pula. Kebaikannya kami dapat meningkatkan lagi keupayaan melompat di kalangan murid kami. Namun aktiviti yang kami rancang kelihatan begitu menarik kerana ada di kalangan murid menunjukkan riak muka yang masam apabila diminta mengulangi lompatan mereka. Ini dapat dilihat pada gambar di bawah.

Pada aktiviti permainan kecil, kami merangka satu permainan melompat di mana dua kumpulan perlu bersaing untuk memenangi pertandingan itu. Setiap ahli di dalam kumpulan akan melakukan lompatan melepasi halangan yang mempunyai jarak yang tertentu. Walaupun aktiviti ini nampak menarik tapi kami silap. Sepatutunya kami membawa anak murid kami terus ke tempat sebenar acara lompat jauuh iaitu tapak berpasir. Di sini telaj berlaku kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru. Pengalaman merasai sendiri aktiviti melompat jauh di tempat yang betul adalah satu pengalaman yang sangat berharga kepada murid-murid kami. Seperti yang ditunjukkandi dalam gambar.

Aktiviti penutup kami bertanya kepada murid tentang kefahaman tentang aktiviti pembelajaran pada hari itu. 22 orang murid daripada 22 orang murid menjawab dengan betul. Saya bersyukur kerana pengajaran kami berjaya mencapai objektifnya walaupun ada beberapa perkara perlu kami beri perhatian dan perbaiki pada masa akan datang. Cuma kami sepatutnya memberikan lembaran kerja agar kemampuan kefahaman individu dapat kami kesan dengan lebih tepat lagi. Aktiviti menyejukkan badan juga menarik perhatian murid-murid kami. Mereka melakukannya dengan riang. Kami menerangkan kenapa mereka perlu melakukan aktiviti menyejukkan badan. Ini satu kepuasan kepada kami apabila murid-murid mendengar arahan dan seronok dengan pengajaran dan pembelajaran mereka. Semoga apa yang telah lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari itu dapat meningkatkan lagi kemahiran kami mengajar olahraga lompat jauh.

Anda mungkin juga menyukai