Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AJK DOKUMENTASI

Pada 12 Mac 2014 satu lawatan ilmiah telah dilakukan oleh kami, pelajar Unit PJPK 1 dan 2, KOHORT 2, PPG, IPG Kampus Raja Melewar ke Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang. Saya Mohd Azmi Bin Idris bersama Lee Sok Moi telah ditugaskan sebagai Ahli Jawatankuasa Dokumentasi. Antara bidang tugas utama kami ialah mengambil gambar dan rakaman video sebelum, semasa dan selepas lawatan ilmiah ini berlangsung.

SEBELUM. Beberapa hari sebelum lawatan ilmiah ini dijalankan kami telah mengadakan perbincangan tentang perincian tugasan kami. Kami memilih peralatan kamera dan alat perakam video yang akan kami gunakan untuk mengambil gambar dan merakam video sepanjang lawatan ilmiah tersebut. Kami perlu membuat persiapan yang rapi untuk memastikan peralatan yang kami pilih berada dalam kondisi yang baik dan berfungsi sebaiknya. Selain daripada kamera dan alat perakan video, kami juga perlu memikirkan alatan sampingan untuk memastikan kualiti gambar dan video yang diambil berada dalam kualiti yang kami ingini. Oleh itu kami turut menyediakan lampu limpah (flash) dan kaki kamera (tripod). Kami turut melakukan pemeriksaan terhadap alatan tambahan ini untuk memastikan ianya dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Lampu limpah (flash) memerlukan bateri yang berkualiti untuk menghasilkan cahaya yang cukup ketika mengambil gambar di tempat yang kurang cahaya. Untuk itu kami memilih bateri berjenama energizer. Ini kerana kami yakin dengan kemampuan bateri ini yang mampu bertahan lebih lama berbanding bateri yang lain. Setelah semua alatan yang dipilih berfungsi dengan baik, kami berbincang tentang keutamaan gambar yang perlu diambil sepanjang lawatan ilmiah itu pula. Hasil perbincangan itu kami mengambil kata sepakat yang kami akan mengambil gambar sebelum bas bertolak, gambar sepanjang perjalanan dari IPG Kampus Raja Melewar ke SSM Gambang, gambar sepanjang lawatan ilmiah di SSM Gambang, prasarana yang terdapat di SSM Gambang dan perjalanan pulang ke Seremban.

SEMASA

Tarikh 12 Mac yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Kami berkumpul di garaj bas IPG Kampus Raja Melewar seawal jam 6.30 pagi. Lebih kurang jam 7.20 pagi setelah semua ahli rombongan telah sampai di tempat berkumpul, baspun bertolak ke SSM Gambang. Dijangkakan perjalanan ini mengambil masa lebih kurang empat jam. Sejurus sebelum bas bergerak meninggalkan IPG, Encik Aidil mengetuai bacaan doa sebagai memohon restu dari Allah S.W.T agar perjalanan kami dilindungi daripada sebarang musibah yang tidak diingini. Apabila doa dibaca bermulalah tugas kami iaitu mengambil gambar ketika doa dibaca. Rombongan kami telah berhenti di pekan Serting untuk minum pagi. Kami sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan kami semua. Setelah selasai menikmati juadah perjalanan kami bersambung semula. Setelah hampir empat jam perjalanan akhirnya kami sampai di SSM Gambang pada pukul lebih kurang 11.45 pagi. Alhamdulilillah, syukur perjalanan kami berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Sampai sahaja di SSM Gambang, kami telah mengambil gambar pintu masuk SSM Gambang yang pada pandangan kami sangat menarik. Tertulis di dinding batu Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang dan di atasnya pula dihiasi dengan deretan bendera negeri-negeri di Malaysia. Lensa kamera kami tidak berhenti disitu. Kami segera mengambil beberapa pemandangan yang menarik di SSM Gambang dari dalam bas yang masih bergerak menuju ke bangunan pentadbiran Sekolah Sukan Malaysia, Gambang. Antara pemandangan yang menjadi tumpuan lensa kami ialah astaka, padang bolasepak, gymnasium dan bangunan pentadbiran SSM Gambang. Bas berhenti sebaik sahaja di bangunan pentadbiran SSM Gambang. Kami segera turun dari bas dan mengambil gambar ahli rombongan yang turun daripada bas. Situasi ini sangat menarik dan gambar sangat menggambarkan perasaan seronok ahli rombongan yang kali pertama menjejakkan kaki di SSM Gambang. Kami kemudiannya disambut oleh staf akademik SSM Gambang yang kemudiannya membawa kami ke Bilik Mesyuarat SSM Gambang untuk mendengar taklimat dari pihak pentadbiran SSM Gambang. Sementara menuju ke bilik mesyuarat itu, lensa kami tidak duduk diam, ada sahaja sudut-sudut pemandangan di SSM Gambang itu tidak terlepas daripada lensa kamera kami. Apabila memasuki bilik mesyuarat kami terus merakamkan kemesraan pengetua SSM Gambang yang ramah menyambut kedatangan kami. Kami AJK

Dokumentasi terus memasang tripod dan alat perakam video kerana taklimat dan sessi soal jawab akan berlangsung. Kami tidak mahu terlepas merakamkan sessi ini kerana ini adalah agenda terpenting lawatan kami ke SSM Gambang. Alhamdulillah kami berjaya merakamkan sessi taklimat dan soal jawab ini dengan baik tanpa sebarang masalah. Kami juga merakamkan pelbagai riak wajah dan kemesraan warga SSM Gambang dan ahli rombongan IPG Kampus Raja Melewar. Selesai sessi taklimat dan soal jawab, kami dibawa menikmati juadah makan tengah hari yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Kami sempat juga merakamkan aksi-aksi menarik ketika ahli rombongan menikmati juadah. Kami juga sempat merakamkan gambar kemesraan antara tuan rumah dan ahli rombongan. Agenda kami diteruskan lagi dengan menunaikan solat Zohor di Surau AlKhautsar. Perjalanan yang jauh antara kantin dengan surau tersebut memberi peluang kami merakamkan gambar-gambar yang menarik seperti asrama putera dan puteri, klinik dan surau itu sendiri. Kami sangat seronok mengambil gambar kerana sememangnya SSM Gambang sangat indah dan sukar dilepaskan dari sasaran lensa kami. Selesai menunaikan solat, kami dibawa melawat ke klinik SSM Gambang. Klinik ini juga menempatkan rawatan fisioterapi untuk atlet-atlet yang mengalami kecederaan. Kami dibawa melihat bilik rawatan. Kami mengambil gambar suasana bilik dan alat rawatan seperti cold treatment dan hot treatment. Kami sangat senang dan berpuas hati dengan penerangan ahli fisioterapi, Encik Jackie yang ramah dan memberikan rawatan spontan kepada ahli rombongan kami iaitu Encik Fitri yang mengalami kecederaan otot lutut. Semuanya tidak terlepas dari lensa kamera kami. Dari klinik kami bergerak melawat Gymnasium SSM Gambang. Kami melihat prasarana yang cukup lengkap di gym tersebut. Malangnya, hari lawatan kami pada hari Rabu kerana tiada latihan atlet pada hari tersebut. Oleh itu, kami tidak dapat merakamkan aksi-aksi atlet SSM Gambang. Namun begitu, kami sangat teruja melihat kemudahan atlet yang serba lengkap di gymnasium tersebut. Akhir sekali lokasi lawatan kami ialah Astaka SSM Gambang. Kami mengambil beberapa gambar yang menarik ketika berada di astaka tersebut. Cuaca yang sangat cerah pada hari tersebut dapat memberikan kami cahaya yang terbaik dan sememangnya SSM Gambang mempunyai sudut-sudut yang sangat menarik dirakamkan. Setelah hampir setengah jam di astaka kamipun bergerak menuju ke bas untuk pulang semula ke Seremban. Kami mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Encik Ikmal yang menjadi jurupandu lokasi kami sepanjang berada di SSM Gambang.

SELEPAS Beberapa hari selepas pulang dari lawatan ilmiah ini kami AJK dokumentasi sekali lagi berkumpul untuk melihat hasil-hasil kerja kami. Kami memilih gambar-gambar yang menarik untuk diberikan kepada setiausaha lawatan, Puan Salina Hamdan untuk dilampirkan dalam laporan nanti. Kami memilih yang terbaik yang dapat menggambarkan keberkesanan lawatan kami. Apa yang penting ialah kami ingin menunjukkan objektif lawatan ini tercapai melalui rakaman-rakaman gambar yang telah kami ambil.

Disediakan oleh

_______________________ (EN. MOHD AZMI BIN IDRIS) Ahli jawatankuasa Dokumentasi Lawatan Ilmiah SSM Gambang

Anda mungkin juga menyukai