Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK FOTOGRAFI KURSUS BINA INSAN GURU

PISMP SEMESTER 3
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS
Pada 5 Mac 2015 yang lalu, seramai 100 orang guru pelatih dari unit PISMP
Pendidikan Muzik, Unit Pemulihan, Unit Sains, Pengajian Cina, dan Pengajian Melayu
ambilan Januari 2014 telah melaksanakan Kursus Bina Insan Guru (BIG) di Sekolah
Kebangsaan Kuala Telang. Kursus tersebut telah diiringi oleh dua orang pensyarah
pembimbing, iaitu Encik Shukri bin Yaacob dan Encik Sarudin bin Md Amin.
Satu mesyuarat agung telah diadakan pada 15 Januari 2015 untuk melantik rakanrakan yang berkemampuan untuk menjadi ahli jawatankuasa kali ini. Dengan sukacitanya
dimaklumkan bahawa Chew Wan Han, Tan See Chiong, dan Caryn Chua Yi Ting telah
dilantik sebagai AJK Fotografi. Pada pendapat kami, jawatan ini memainkan peranan yang
penting kerana kami perlu mangambil gambar sepanjang kursus ini berlangsung untuk
kegunaan laporan dokumentasi kemudian.
Kursus ini telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Kami telah
menjalankan kursus ini bersama para peserta sambil mengambil gambar pada setiap sesi
aktiviti. Gambar-gambar yang ditangkap termasuklah gambar sebelum kursus BIG bermula
dan gambar semasa kursus BIG dijalankan. Beratus-ratus gambar telah ditangkap dengan
menggunakan telefon bimbit kami. Kebanyakan kenangan terindah sempat ditangkap untuk
dijadikan memori yang tidak akan dilupakan.
Telefon bimbit yang dibawa tidak mengalami sebarang kehilangan atau kerosakan.
Semua gambar telah dimuat atas laman sesawang Facebook untuk disimpan oleh para
peserta masing-masing.
Sekian, terima kasih.

AJK Fotografi

Disediakan oleh,

--------------------------(CHEW WAN HAN)

--------------------------(Tan See Chiong)

--------------------------(Caryn Chua Yi Ting)


AJK Fotografi,
Kursus Bina Insan Guru
PISMP SEMESTER 3.
LAMPIRAN

Gambar kumpulan PISMP ambilan Januari 2014 bersama guru-guru SK Kuala Telang.

AJK Fotografi

Anda mungkin juga menyukai