Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN

Program Ekspedisi Gunung Tahan melibatkan 20 orang pelajar dari Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan dari Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Semester 3 Ambilan Januari 2011. Pelaksanaan program ini adalah berasaskan kepada
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pengurusan dalam melaksanakan aktivitiaktiviti GERKO Unit Beruniform. Justeru, guru pelatih harus berhadapan sendiri
dengan pengalaman berekspedisi di Gunung Tahan agar mampu menyesuaikan diri
dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran. Melalui aktiviti yang dirancang,
guru pelatih dapat mengenal diri (real self) dan mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara
berterusan.
Gunung Tahan mempunyai ketinggian 2187 meter yang merupakan gunung tertinggi
di Semenanjung Malaysia. Gunung ini digazetkan sebagai Taman Negara yang diurus
oleh Jabatan Perhilitan, Taman Negara Tahan. Terdapat tiga laluan atau trek untuk ke
Gunung Tahan iaitu Trek Merapoh, Trek Kuala Tahan dan Trek Kuala Koh (seperti
lampiran)

2.0

TUJUAN

Program Ekspedisi Gunung Tahan bertujuan melahirkan guru-guru yang mempunyai


daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan
insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan
berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah pembina generasi negara.
Selain itu, program ini merangkumi aktiviti-aktiviti lasak yang menguji kemantapan
fizikal, jasmani dan rohani guru pelatih yang mampu mengubah persektif kerjaya guru
sebagai seorang pendidik pasif.

3.0

OBJEKTIF
3.1 Melatih siswa guru menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan
sesuatu
3.2 Menguji ketahanan mental dan fizikal siswa guru
3.3 Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara
berkumpulan
3.4 Membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan
3.5 Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti
pendidikan dengan masyarakat
3.6 Melahirkan rasa kecintaan terhadap alam semulajadi
3.7 Merapatkan hubungan silaturahim antara siswa guru

4.0

JUSTIFIKASI

Tujuan program ekspedisi ini dilaksanakan di Gunung Tahan, Pahang kerana Gunung
Tahan adalah salah satu daripda gunung yang tertinggi di Malaysia. Justeru, ia satu
cabaran kepada kami untuk menjejakkan kaki ke sana. Selain itu, pelbagai kemudahan
telah disediakan oleh pihak Taman Negara bagi membantu melancarkan perjalanan
pendakian.
Dengan melaksanakan aktiviti fizikal seperti ini, kami menjadi siswa guru yang
mempuyai stamina yang kuat dan bekerja dalam satu pasukan. Bekerja dalam satu
pasukan dapat membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Di samping itu,
kami dapat mengamalkan semangat kerjasama, dan tanggungjawab. Malah, kami juga
dapat menghayati konsep kerjasama iaitu bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Apabila kami merancang, mengendali, dan memulakan program pendakian, kami
dapat menyemai sikap berakauntabiliti dan amanah. Kami dapat menunjukkan
kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti persekitaran. Selain itu, kami
juga dapat menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti dan
pihak berkaitan. Tambahan pula, kami turut dapat menunjukkan komitmen dalam
melaksanakan peranan.

5.0

TARIKH
(i)
(ii)

6.0

Tarikh : 10 hingga 14 Jun 2012


Hari : Ahad hingga Khamis

BILANGAN HARI

Aktiviti ini hanya dijalankan selama lima (5 ) hari dan empat (4 ) malam sahaja.

7.0

TEMPAT

Gunung Tahan, Pahang.

8.0

BILANGAN PESERTA

Jumlah peserta yang akan menyertai Program Ekspedisi Gunung Tahan ini adalah
seramai 19 orang yang terdiri daripada ahli Unit Beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM). Para peserta akan diiringi oleh 5 orang pensyarah pengiring , 2 orang
guide dan 3 orang pensyarah sokongan.

9.0

KEWANGAN

9.1 Sumber Peruntukan


PERKARA
Peruntukan sendiri

KETERANGAN
RM 138.17 x 24 orang

JUMLAH (RM)
3316.08

JUMLAH (RM)

3316.08

9.2 Pelaksanaan
Kaedah pelaksanaan : Menjalankan aktiviti kecergasan fizikal.
BIL.
1.

2.
3.
4.
5.

LATIHAN FIZIKAL
Jogging
-Wajib kepada setiap individu yang
terlibat
Mendaki Bukit Kg.Lingai, Batu
Rakit, Kuala Terengganu
Mendaki Bukit Kg.Lingai, Batu
Rakit, Kuala Terengganu
Mendaki Bukit Kg.Lingai, Batu
Rakit, Kuala Terengganu
Latihan
insentif,
taklimat
keselamatan mengenai pendakian
dan alatan yang perlu dibawa

KETERANGAN
Setiap petang

25/26 April 2012


(Rabu/Khamis)
2/3 Mei 2012
(Rabu/Khamis)
9/10 Mei 2012
(Rabu/Khamis)
24/25/26 Mei 2012
(Khamis/Jumaat/Sabtu)

9.3 Pengangkutan
(i) Perjalanan pergi dari institut ke Sungai Relau, Pahang.
Bas IPG Kampus Dato Razali Ismail
(ii) Perjalanan pulang dari Sungai Relau ke institut.
Bas IPG Kampus Dato Razali Ismail

9.4 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan


PERKARA
Bayaran 1 guide/12
orang
-24 orang
Pengangkutan 4x4

Permit Taman Negara


Sewa
perkhemahan

Makanan

Wang kecemasan

tapak

KETERANGAN
RM 950 (seorang guide)
RM 950 x 2

RM 1900

RM 24 (seorang peserta)
RM 24 x 24

RM 576

RM 1 (seorang peserta)
RM 1 x 24

RM 24

RM 1 (satu malam)
RM 1 x 4
RM 4 x 24

RM 4
RM 96

RM 20 (sehari)
RM 20 x 24

RM 480

RM 10 (seorang peserta)
RM 10 x 24
JUMLAH (RM)

10.0

JUMLAH(RM)

RM 240
RM 3316

KEPERLUAN PERALATAN (STOR IPG KDRI)


Pinjaman peralatan dari Stor IPG KDRI adalah seperti berikut :
Bil.
1
2
3
4
5

Peralatan
Khemah
Flying sheet
Ground sheet
Dapur
Parang

Kuantiti
3
3
3
3
3

11.0

TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama (Sabtu, 10 Jun 2012)


8.00 pagi - Tiba di Pejabat Taman Negara Sg. Relau.
8.30 pagi - Persiapan dan isytihar barang untuk dibawa ke ekspedisi.
10.00 pagi - Bertolak ke Kuala Juram (starting point) dengan 4 wheel drive.
10.45 pagi - Tiba di Kuala Juram. Taklimat ringkas tentang ekpedisi daripada guide.
11.30 pagi - Memulakan ekpidisi ke kem pertama (Kem Kor).
4.00 ptg - Tiba di Kem Kor, membuat persiapan untuk malam pertama.
7.30 malam Solat qasar dan jamak maghrib & isya.
9.00 malam - rehat dan tidur.

Hari Kedua (Ahad,11 Jun 2012)


6.00 pagi - Bangun pagi, solat subuh.
6.30 pagi - Persiapan sarapan dan packed lunch.
8.30 pagi - Bertolak Kem Kubang.
12.00 tghr Berhenti rehat/makan tengahari
3.00 ptg - Tiba di Kem Kubang, bersiap mendirikan khemah.
5.00 ptg - Aktiviti bebas.
7.30 malam Solat qasar dan jamak maghrib & isya.
9.00 malam Rehat dan tidur.

Hari Ketiga (Isnin,12 Jun 2012)


6.00 pagi - Bangun pagi, solat subuh.
6.30 pagi - Persiapan sarapan dan packed lunch
8.30 pagi Bertolak dari Kem Kubang ke Puncak Gunung Tahan.
10.30 pagi Tiba di permatang untuk rehat/ makan tengahari.
11.30 pagi Meneruskan perjalanan.
2.00 ptg Tiba di Kem Botak. Rehat dan solat qasar dan jamak zuhur&asar.
3.00 ptg Bertolak ke Puncak Gunung Tahan (last check point)
5.00 ptg Tiba di Puncak Gunung Tahan. Persiapan untuk bermalam.
7.00 malam Solat qasar dan jamak maghrib&isya.
9.00 malam Rehat dan tidur.

Hari Keempat (Selasa,13 Jun 2012)


6.00 pagi - Bangun pagi, solat subuh.
6.30 pagi - Persiapan sarapan dan packed lunch.
8.30 pagi Bertolak turun terus ke Kem kor.
12.30 tghr Berhenti rehat/makan tengahari di Kem Kubang. Solat qasar dan jamak
zuhur&asar.
1.30 ptg Bertolak ke Kem kor.
6.00 ptg Tiba di kem Kor. Bersiap khemah untuk bermalam.
7.00 malam Solat qasar dan jamak maghrib&isya.
9.00 malam Rehat dan tidur.

Hari Kelima (Rabu,14 Jun 2012)


6.00 pagi - Bangun pagi, solat subuh.
6.30 pagi - Persiapan sarapan dan packed lunch.
10.00 pagi Bertolak ke starting point, Kuala Juram.
2.00 ptg - Tiba di Kuala Juram. Menunggu 4 wheel drive untuk ke pejabat Taman
Negara Sg. Relau.
4.00 ptg Tiba di pejabat. Isytihar barang yang telah dibawa.
5.00 ptg Ekspedisi tamat. Bersiap untuk bertolak pulang ke Institut.
6.00 ptg Bertolak pulang.

12.0

URUSETIA KURSUS

JAWATANKUASA INDUK :
Pengerusi I : Encik Ghulam Sarver bin Mobarak Ali
Pengerusi II : Encik M.Saifullah bin Awang Ibrahim
Penasihat : Encik Zaharim bin Tawang
Setiausaha : Encik Yunus bin Yusof
JAWATANKUASA KERJA :
Pengerusi I : Ahmad Nizam bin Yahya
Pengerusi II : Muhammad Amirul bin Yusak
Timbalan Pengerusi : Wan Mohd Yusri bin Wan Hamzah
Setiausaha : Nur Syakirah bt Mohd Nafis
Bendahari: Muhammad Aizat bin Abdul Aziz
Jawatankuasa Peralatan : Muhammad Fahmi bin Zakaria
Jawatankuasa Pengangkutan : Muhammad Afham bin Bidin
Jawatankuasa Makanan : Mohammad Farhan bin Mat Ghahit

Jawatankuasa Kebajikan dan Kecemasan : Muhammad Syafiq bin Suhaimi


13.0

PENUTUP

Program Ekspedisi Gunung Tahan ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim dan
daya ketahanan yang tinggi serta dapat diterapkan kepada setiap peserta bagi
menempuh cabaran akan datang. Diharapkan aktiviti ini juga dapat mengingkatkan
sahsiah diri sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan
insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme
yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Para pendidik adalah wahana yang boleh
menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru. Di samping itu, dengan
terlaksananya Program Ekspedisi Gunung Tahan ini, kami dapat memenuhi keperluan
pro forma Kokurikulum-Unit Beruniform dan seterusnya melayakkan kami untuk
diiktiraf sebagai guru siswazah yang berkualiti kelak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

..
(NUR SYAKIRAH BT MOHD NAFIS)
Setiausaha,
Program Ekspedisi Gunung Tahan,
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM),
IPG Kampus Dato Razali Ismail

Disemak oleh,

..
(ENCIK YUNUS BIN YUSOF)
Penasihat,
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM),
IPG Kampus Dato Razali Ismail

Diluluskan oleh,

...................................................................
(EN. GHULAM SARVER BIN MOBARAK ALI)
Pengarah,
Insitut Pendidikan Guru,
Kampus Dato Razali Ismail.
Ulasan:

____________________________________________________________
____________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai