Anda di halaman 1dari 3

PERBANDINGAN FALSAFAH POLITIK AL-FARABI DAN PLATO.

Al-Farabi dikatakan dipengaruhi oleh falsafah Greek terutama di dalam


falsafah politik Plato dan Aristotle. Watt berpendapat falsafah politik Al-Farabi dari
sudut umumnya disifatkan sebagai berasas atau bersumber dari Republic and The
Laws oleh Plato. De Boer dalam kajiannya telah menyimpulkan bahawa Al-Farabi
berteori mengenai konsep ketua negaranya adalah sama seperti yang diutarakan
oleh Plato iatu ahli falsafah yang menjadi ketua atau pemimpin.
Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan di antara falsafah politik AlFarabi dan Plato. Falsafah politik Al-Farabi lebih bertunjangkan Islam sebagai asas
dalam pemikiran falsafahnya manakala Plato lebih kepada pemikiran idealisme.
Seterusnya perbezaan antara teori kemasyarakatan dan kenegaraan Al-farabi dan
Plato ialah Al-Farabi berpendapat bahawa masyarakat atau negeri diistilahkan
sebagai kamilah sughra, kamilah Wusta dan kamilah Uzma. Kamilah Sughra
bersamaan dengan konsep city sebagai satu unit politik yang terkecil yang lebih
jelas disebut polis. Sementara itu Plato tidak memberikan satu skop kenegaraan
yang luas seumpama itu. Beliau hanya sekadar memerhatikan negara atau negeri
Greek atau wilayah-wilayahnya sahaja. Konsep kenegaraanya ternyata masih
tertakluk pada batasan-batasan sempit geografi. Bangsa manusia atau keturunan
yang lain daripada Greek dianggap sebagai kaum barbar yang lebih rendah
tarafnya.
Perbezaan antara teori keadilan Al-farabi dan Plato ialah Al-farabi
mmbentangkan persoalan sejagat yang lahir bersama wujudnya manusia. Pada
tanggapan Al-farabi, keadilan adalah terdiri daripada dua paksi iaitu lurus dan
melintang. Beliau berpendapat bahawa paksi lurus iaitu keadilan Allah. Keadilan ini
sebenarnya berkait rapat dengan sifat-sifat lain atau hakikat Allah S.W.T. dalam kitab
Al-Madinah al-Fadilah telah menerangkan tentang sifat-sifat Allah S.W.T yang
berlainan daripada sebarang makhluk. Allah menjadi sebab kepada kewujudan alam
ini dengan perkataan lain, alam ini adalah bukti mutlak tentang kewujudan Allah
S.W.T yang beliau sebut dalam istilah falsafah al-mawjud al-Awwal. Manakala paksi
melintang pula ialah keadilan sosial. Dalam perancangan dan pembinaan sebuah
negara, keadilan adalah salah satu daripada idea perjuangan yang utama selain
masalah persamaan, kemerdekaan, dan sebagainya. Keadilan dalam konteks

masyarakat lebih tepat lagi disebut keadilan sosial. Menurut Plato plato pula konsep
keadilan ialah suatu dari sifat kemanusiaan. Beliau berpendapat bahawa keadilan
wujud dalam keadaan harmoni dengan jiwa manusia. Dengan itu, negara kota yang
ideal menyelaraskan kepentingan dan matlamat manusia yang berbeza dan
pelbagai. Bagi beliau lagi untuk mewujudkan keadilan sosial, setiap bidang haruslah
mengamalkan konsep keadilan dimana setiap warga negara kota ideal ini bukan
sahaja mengamalkan keadilan dalam erti kata memberi sumbangan terbaik kepada
masyarakat dan menikmati khidmat terbaik dari semua pihak.
Sistem sosial juga mempunyai perbezaan antara tokoh falsafah politik AlFarabi dan Plato. Menurut Plato, beliau mengemukakan sistem komunis dan yakin
terhadap kemampuan sistem ini dalam mengubah dan memperbaiki institusi sosial
dan struktur pemerintahan Greek iaitu di mana terhapusnya institusi keluarga iaitu
satu daripada unit-unit masyarakat dan negara. Secara ringkasnya sistem ini
menerangkan tentang larangan hak milik peribadi iaitu harta dan keduanya ialah
penghapusan

kelamin.

Manakala

menurut

Al-farabi,

di

dalam

teori

kemasyrakatannya telah menekankan konsep keluarga(al-Manzil) sebagai satu unit


masyarakat yang terkecil. Penegasan Al-Farabi ini menunjukkan bahawa beliau tidak
mahu ummah dibentuk menurut ciri-ciri sosial Plato itu. Pendekatan Al-Farabi ini
lebih mendekati pendekatan islam daripada Plato yang berunsur Komunisme
Dari aspek politik pula, Al-Farabi juga mempunyai idea-idea tersendiri dalam
perancangan teori politiknya. Al-Farabi mengambil lunas-lunas islam dan diterapkan
dalam falsafah politiknya. Al-Farabi telah bertindak memisahkan antara sebuah
negara dengan negara yang lain berasaskan faktor-faktor pemikiran iaitu ideologi
dan tingkahlaku atau dengan kata lain akhlak ummahnya. Hakikat ini berlainan
dengan pendekatan Plato yang menjadikan perlembagaan itu sebagai kriteria dan
penilaian. Bagi pendapat Plato, bagi mencapai masyarakat sempurna bentuk
pemerintahannya ialah aristokrasi iaitu satu pemerintahan yang terbaik, para
cendekiawan memerintah dengan bijaksana dan penuh keadilan. Manakala Al-farabi
pula telah memilih pendekatannya sendiri dengan menetapkan faktor ideologi dan
akhlak rakyat sebagai faktor penentu dalam pengelasan ini.
Perbezaan dari segi teori ketua negara menurut pendapat Al-Farabi, beliau
tidak bersetuju dengan aristokrasi seperti yang disukai Plato kerana dalam sistem ini

seorang pemimpin yang berkuasa. Bagi Al-farabi, jika tidak terdapat sifat-sifat yang
berbilang itu, ia perlu diganti oleh orang lain. Pengganti itu jika dua orang perlu
memiliki syarat-syarat tertentu jika tidak juga terdapat pada dua orang sebaliknya
ada pada satu kumpulan manusia, maka kumpulan tersebut adalah barisan
pemimpin yang baik dari negara itu. Ertinya beliau tidak menghadkan seorang
sahaja secara keseluruhan untuk menjadi pemimpin.

Anda mungkin juga menyukai