Anda di halaman 1dari 8

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tahun

: 4 Al-Siddiq

Bidang

: Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti

: Asemblaj

Tema

: Objek Buatan Manusia

Tajuk

: Bekas Alat Tulis

Masa

: 60 minit (11.45 - 12.45 tengahari)

Media

: Alat

- pisau, gunting

Bahan

- kertas warna, botol air, cakera padat, pita pelekat,


bunga riben, klip kertas, pensel warna

Bahan Bantu Mengajar

: Bekas alat tulis sebenar, bekas alat tulis buatan sendiri, laptop,
speaker

EMK

Standard Kandungan

: Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, dan kepelbagaian yang
terdapat pada objek buatan manusia dalam penghasilan arca teknik asemblaj.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan
teknik dalam aktiviti menghasilkan arca teknik asemblaj.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan arca
teknik asemblaj.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.

Standard Pembelajaran
3.1 Persepsi Estetik

:
Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni
visual yang ada pada arca teknik asemblaj.

3.1.1 Unsur seni


3.1.1.1 Bentuk - konkrit
3.1.1.2 Ruang - nyata
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Kepelbagaian - bahan dan warna.

3.2 Aplikasi Seni

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,


media, serta proses dan teknik dalam penghasilan arca teknik
asemblaj.

3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media


3.2.1.1

Alat

- pisau, gunting

3.2.1.2

Bahan - kertas warna, botol air, cakera padat, pita pelekat, bunga
riben, klip kertas, pensel warna.

3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
3.2.2.1 Teknik - asemblaj

3.3 Ekspresi Kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman


bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam
penghasilan arca teknik asemblaj.

3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif


3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan arca
teknik asemblaj.

3.4 Apresiasi Seni

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan


dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.

3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan


3.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik (5 minit)

Guru menunjukkan bekas alat tulis


sebenar.
Guru menunjukkan bekas alat tulis
buatan sendiri sebagai contoh
asemblaj.
Guru bertanyakan perbandingan
antara dua bekas alat tulis.
Guru memberi definisi asemblaj.
Guru membincangkan bahasa seni
visual yang terdapat pada bekas alat
tulis buatan sendiri sebagai contoh
asemblaj.

ILUSTRASI AKTIVITI

Aplikasi Seni (10 minit)

Guru menerangkan tentang media iaitu


alat dan bahan yang akan digunakan.

Langkah 1
Guru memotong sebahagian botol air
dengan menggunakan pisau atau
gunting.

Langkah 2
Guru menggunting botol air pada
bahagian atas dan diletakkan klip
kertas untuk mengklip kertas memo.

Langkah 3
Guru menghias bekas alat tulis yang
dihasilkan itu dengan menggunakan
kertas warna, riben bunga, dan pensel
warna secara kreatif.

Langkah 4
Guru melekatkan botol yang telah
dipotong pada cakera padat dengan
menggunakan pita pelekat.

Ekspresi Kreatif (30 minit)

Murid disediakan dengan bunga riben


oleh guru.
Murid memanipulasikan bahan secara
kreatif.
Murid memotong sebahagian botol air
dengan menggunakan pisau atau
gunting .
Murid menggunting botol air pada
bahagian atas dan diletakkan klip
kertas untuk mengklip kertas memo.
Murid menghias bekas alat tulis yang
dihasilkan itu dengan menggunakan
kertas warna, riben bunga, dan pensel
warna secara kreatif.
Murid melekatkan botol yang telah
dipotong pada cakera padat dengan
menggunakan pita pelekat.
Guru memberi arahan supaya
mengendalikan gunting dan pisau
dengan sebaiknya demi mengelakkan
kecederaan.
Guru memantau dan membantu muridmurid yang menghadapi masalah
melakukan asemblaj bekas alat tulis.

Apresiasi Seni (10 minit)

Murid mempamerkan karya yang


dihasilkan dan murid menyatakan
bahasa seni visual.
Murid menyatakan perasaan selepas
menyiapkan asemblaj bekas alat tulis.

Penutup:

Murid menyanyikan
Macam Cantik Je.

lagu

bertajuk

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


(P&P)

24/ 30 murid dapat mengenal, memahami dan


menyatakan bahasa seni visual yang ada
pada arca teknik asemblaj iaitu bentuk -

konkrit, ruang - nyata, kepelbagaian - bahan


dan warna. 22/ 30 murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan proses dan
teknik dalam penghasilan arca teknik
asemblaj.

Anda mungkin juga menyukai