Anda di halaman 1dari 17

LAPORAN KESELURUHAN

MALAM PERSIAPAN EKSPEDISI GUNUNG TEBU (17 APRIL 2014)

Kami bertolak dari IPG KDRI pada pukul 2.30 petang dan kami sampai di Lata Belatan pada pukul 5
petang. Alhamdulillah segala persiapan yang dirancang berjalan dengan lancar. Segala kelengkapan
yang dibawa dan segala kelengkapan yang disenaraikan telah diasingkan kepada kumpulankumpulan yang terlibat. Sebagai persediaan bagi kami untuk naik ke Gunung Tebu, kami diminta
menyediakan makanan untuk makan malam dan juga menyediakan makanan untuk packed lunch iaitu
makanan tengah hari semasa berada dalam perjalanan menuju ke puncak. Kami memulakan
persediaan ini dari pukul 7 petang sehinggalah pada pukul 10.30 malam.Untuk menunaikan solat
fardu maghrib dan isya.kami secara berjemaah menunaikan solat fardu maghrib dan isya di musolla
Lata Belatan. Setelah menyediakan makanan, kami disarankan untuk tidur awal sebagai tenaga
sampingan kepada kami untuk menaiki Gunung Tebu.

HARI PERTAMA (JUMAAT, 18 APRIL 2014)

1 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

8.30 PAGI - TAKLIMAT DAN PERSIAPAN PESERTA DAN BERTOLAK KE HUTAN LIPUR LATA
BELATAN, BESUT TERENGGANU.

Pada hari pertama iaitu Hari Jumaat bersamaan 18 Mac 2014. Keadaan semua
perserta dalam keadaan yang baik, positif dan bersemangat. Pada ketika ini,
telah disertakan taklimat pada pagi oleh En .Yunus iaitu pensyarah Bulan Sabit
Merah mengenai langkah-langkah keselamatan dan lain-lain.Selepas diadakan
taklimat oleh beliau, sebelum memulakan perjalanan,semua peserta beramairamai membaca doa agar ekspedisi ini berjalan dengan lancar dan semua
keadaan peserta dalam keadaan yang baik semasa pergi dan balik.

9.00 PAGI - MEMULAKAN PERJALANAN MENDAKI GUNUNG TEBU

2 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

Selepas mendengar taklimat daripada En.Yunus. Kami memulakan perjalanan


kami ke Puncak gunung Tebu. Kami bertolak dengan semangat yang membara
dan mental yang tabah untuk sampai ke destinasi yang dituju. Untuk sampai ke
puncak, akan ada beberapa checkpoint untuk dilalui sebelum sampai ke puncak.
Perjalanan yang pertama mungkin tidak ada cabaran, tetapi cabaran seterusnya
akan menguji ketahanan mental masing-masing.Selepas bertolak dari Lata
Belatan, mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke Sungai Cakah Dua.

3 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

9.40 PAGI- SG CHAKAH DUA

Setelah sampai ke checkpoint yang pertama iaitu Sg Cakah Dua. Para pelajar
berehat selama 30 minit untuk menunggu peserta-peserta yang lain untuk
sampai ke puncak. Bagi sesiapa yang ingin menambah tenaga, mereka
dikehendaki menjamah makanan sampingan seperti coklat ataupun roti untuk
dijadikan bekalan sampai ke puncak. Keletihan pada awalnya memang sudah
terasa dan para pelatih guru sekalipun menguatkan semangat dalam diri untuk
meneruskan perjalanan ke puncak. Trek dari permulaan agak landai dan sedikit
meninggi. Dari check point satu, perjalanan diteruskan sehingga ke check point
ke 2 yang dikenali sebagai Batu Mat Hassan. Dari permulaan hingga ke check
point Batu Mat Hassan peserta telah mendaki sejauh 4.106 Km.

4 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

11.00 PAGI

- BERHENTI DI POS BATU MAT HASSAN

Bermula dari check point Batu Mat


Hassan, trek pendakian mula mencanak
tinggi dengan kecerunan 70 sehingga
80 darjah ketinggian yang betul-betul
menguji ketahanan mental dan fizikal
para pelatih guru. Pendakian diteruskan
sehingga ke check point ke 3 yang
dikenali sebagai Jendela Pandang. Untuk
meneruskan pendakian tersebut, sememangnya ia menguji kekuatan mental dan
fizikal. Untuk mendaki gunung, bukan kekuatan fizikal sahaja diuji tetapi mental
juga dijui secara langsung untuk menentukan kekuatan kita untuk sampai ke
puncak. Semasa di Batu Mat Hassan, para pelatih guru berehat sejenak
membuang keletihan sebelum meneruskan lagi perjalanan menuju ke puncak
Gunung Tebu.

1.30 TENGAH HARI-MELIHAT PEMANDANGAN DI JENDELA PANDANG

5 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

Dari Jendela Pandang trek pendakian masih meninggi dan pelatih guru

akan

berjumpa pula check point LWP (Last Water Point). Dari LWP jarak yang tinggal
untuk sampai ke puncak ialah lebih kurang 2 km dengan trek pendakian yang
terus mencanak hingga ke puncak. Semasa berada di Jendela pandang,
sesetangah guru pelatih mengambil kesempatan untuk mengambil gambar
sebagai tanda kenang-kenangan semasa mendaki Gunung Tebu. Sekalipun
pemandangan tinggi dapat dilihat di sini. Tetapi perjalanan masih perlu
diteruskan sehingga ke titik peluh yang terakhir. Baki perjalanan masih lagi
berbaki 2000 Meter dan perjalanan masih perlu diteruskan. Pemandangan di sini
sungguh indah dan jelas kelihatan sebuah bukit yang tersergam indah di
hadapan bersebelahan dengan Gunung Tebu.

2.10-PETANG-PUNCA AIR

6 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

Setelah

melalui

Jendela

Pandang,

para

pelatih

berehat

sebentar

sambil

menunaikan perkara yang wajib dan perlu dilaksanakan iaitu solat. Di sini, para
pelatih

secara

berjemaah

menunaikan

solat

Zohor

untuk

mendapatkan

keberkatan dan juga kekuatan menuju ke puncak yang dituju. Punca air yang
terletak di sini jaraknya ialah 120 meter di mana para pelatih hendaklah
menuruni cerun bukit untuk mendapatkan air. Air yang digunakan adalah untuk
mengambil air sembahyang dan juga untuk menghidangkan makanan dan
perkara-perkara

yang

lain.

Setelah

menunaikan

solat

secara

berjemaah,

perjalanan diteruskan lagi dengan kekuatan yang penug di dalam hati dan dada
untuk menuju ke destinasi yang dihajati.

3.00 PETANG- MENERUSKAN PERJALANAN MENUJU KE PUNCAK

7 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

Selepas menunaikan solat dan berehat sebentar di Punca Air. Kami meneruskan
perjalanan kami ke puncak. Dikatakan perjalanan berbaki 30 minit tetapi
bergantung kepada keadaan pendaki itu sendiri. Dengan semangat kental yang
kuat dan ketabahan hati yang teguh, kami meneruskan juga pendakian kami ini
walaupun kami terpaksa melintasi halangan hujan

lebat. Kelengkapan telah

dipasang dengan rapi pada muatan yang diangkat masing-masing. Bagi sesiapa
yang membawa Hiking Bag, disertakan waterproof untuk mengelakkan beg yang
dibawa dibasahi dengan air hujan. Namun, ada yang membawa beg yang telah
basah dengan air hujan. Tetapi, ini adalah dugaan yang kita patut tempuhi dan
kita perlulah hadapi dengan ketabahan. Dengan berbaki kekuatan yang ada
dalam diri, ekspedisi yang diketuai oleh Muaz Hakimi meneruskan perjalanan
sehinggalah sampai ke puncak.

5.00-SAMPAI DI PUNCAK GUNUNG TEBU

8 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

Akhirnya

semua

peserta

berjaya

sampai ke puncak Gunung Tebu pada


jam 4.25 petang iaitu kira-kira 7 jam pendakian dari jangkaan masa 8 jam.
Peserta terakhir yang sampai ialah pada jam 5.00 petang dan masih melebihi
dari jangkaan masa bergerak dalam kumpulan yang besar. Keceriaan terserlah di
setiap muka para pelatih guru yang berjaya sampai di puncak. Di kesempatan
ini,Ajk fotografi iaitu Khairul Amir Bin Zainuddin mengambil gambar sebagai
tanda kenang-kenangan bersama dengan para pelatih guru yang telah berjaya
menawan puncak Gunung tebu. Ranking untuk sampai di puncak adalah tidak
penting, apa yang penting ialah kekuatan mental individu untuk sampai di
puncak adalah indikator kita untuk menjadi seorang guru.Tetapi, puncak gunung
bukanlah tempat untuk membuat khemah, tempat untuk dijadikan campsite
telah tersedia di belakang puncak yang mungkin mengambil masa selama 30
minit untuk sampai dari puncak Gunung Tebu ke Campsite.

5.30 PETANG-MEMBUAT PERSIAPAN MENDIRIKAN KHEMAH DAN SOLAT ASAR

9 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

Setelah mengambil masa selama 40 minit dianggarkan dari Puncak Gunung tebu
ke Campsite. Kami diarahkan oleh ketua iaitu Mohd ariffudin Bin Zulkanai selaku
ketua bagi program ini untuk mendirikan khemah. Khemah yang didirikan adalah
untuk mengelakkan para pelatih guru berada dalam keadaan yang sejuk semasa
tidur dan juga sebagai pelindung kepada hujan. Berkat usaha pimpinan Mohd
Ariffuddin dan juga kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pelatih guru BBSM
Semester 3, terhasillah khemah yang mereka dirikan sebagai pelingung kepada
cuaca hujan dan kesejukan yang sangat sejuk. Bagi sesiapa yang tidak terlibat
dengan memasang khemah, mereka dikehendaki pergi ke punca air yang terletak
100 meter dari Campsite untuk mendapatkan air. Air yang diambil adalah untuk
kegunaan dalam masakan, ambil air sembahyang dan juga rutin kesihatan
individu. Selepas mereka mengambil air dan memasang khemah, kami beramairamai secara berjemaah bagi yang sempat menunaikan Fardu Solat Asar di atas
Ground Sheet. Imam yang mengimami Solat Asar adalah Mohd Asad Bin Che
Cob.

10 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

7.30 MALAM -SOLAT MAGHRIB & ISYA DAN MAKAN.

Setelah selesai menunaikan Solat Asar. Para pelatih guru yang dibahagikan
kepada 7 kumpulan dikehendaki memasak untuk dijamu kepada rakan-rakan
dalam kumpulan masing-masing. Dalam aktiviti ini, terserlah bakat masingmasing dalam mencapai objektif dalam kumpulan masing-masing. Bagi kaum
lelaki, tidak semestinya mereka pandai mengangkat benda yang berat, tetapi
ada yang mempunyai kepakaran dalam bidang memasak seperti gambar di atas
yang membantu rakan sepasukanya untuk menguruskan makanan. Berkat
kerjasama setiap ahli pasukan yang tidak putus-putus memberikan segala yang
terbaik, akhirnya terhasillah apa yang mereka usahakan selama ini. Bagi yang
memasak ,alhamdulilah kerana mereka telah memasak makanan yang mereka
bawa dari bawah dan hasilnya sungguh lazat dek kerana nikmat keletihan dan
nikmat kerjasama berpasukan itu sendiri. Setelah menjamu selera, kami secara
berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isya. Seterusnya membuat aktiviti
persendirian seperti tidur dan sebagainya.

11 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

HARI KEDUA (SABTU,19 APRIL 2014)


6.00 PAGI

- BANGUN PAGI, SOLAT SUBUH,TAZKIRAH.

Setelah bangun pada waktu Subuh, para pelatih guru PBSM diminta menyiapkan
makanan packed lunch dan mengemas khemah. Hal ini kerana para pelatih guru
telah bersedia untuk turun dari puncak Gunung Tebu pada waktu yang terdekat
ini. Untuk mengemas khemah, masa yang diperuntukkan adalah selama 2 jam
iaitu dari waktu Subuh sehingga pukul 8 Pagi.
Bagi menu makanan pada waktu pagi, ada sesetengah kumpulan yang membuat
cengkodok manakala ada sesetengah kumpulan memasak nasi. Pada waktu pagi
ini, sememangnya pemandangan yang indah dapat dilihat pada gambar satu di
mana kami dapat menghayati alam ciptaan Tuhan yang indah ini. Alhamdulillah,
dari pagi jumaat sehinggalah ke pagi Sabtu,kami berada dalam keadaan yang
tenang sekalipun kami terpaksa menempuhi cabaran yang besar semasa menaiki
Gunung Tebu.

12 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

8.30 PAGI

- TAKLIMAT EN.YUNUS

Selepas menyiapkan segala juadah makanan dan bersiap-siap segala barang


keperluan untuk turun. Kami diminta untuk tunggu di atas campsite untuk
mendengar taklimat daripada En.Yunus Bin Yusuf. Taklimat yang disampaikan
beliau adalah berkaitan dengan faktor keselamatan dan faktor disiplin yang harus
diterapkan dalam individu guru pelatih itu sendiri.Beliau berkata, semasa
menuruni cerun-cerun yang terdapat di Gunung Tebu, pelatih dilarang sama
seklai melompat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada lutu dan pada
bahagian kaki. Apabila menghadapi masalah pada bahagian kaki, ia akan
menyebabkan kelancaran aktiviti ini terjejas kerana kesilapan yang ditanggung
olehseorang telah menyebabkan masalah kepada semua orang. Alhamdulillah,
taklimat yang diberikan oleh En.Yunus diterima dengan baik dan dipraktikkan
oleh guru pelatih semasa menuruni Gunung Tebu. Selepas mendengar taklimat,
para pelatih guru menuju ke Puncak Gunung Tebu untuk sesi penggambaran.

13 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

9.00 PAGI

- SESI PENGGAMBARAN DI PUNCAK GUNUNG TEBU

Genggam Bara Api Biarlah menjadi Arang itulah pepatah yang mampu
diungkapkan

kepada

semua

peserta

dan

individu

yang

terlibat

dalam

menjayakan ekspedisi ini dengan jayanya. Sesi penggambaran ini berlangsung di


Puncak Gunung Tebu.

14 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

9.30 PAGI - MULA BERGERAK TURUN KE KAKI HUTAN LIPUR,LATA BELATAN .

Setelah mengikuti sesi penggambaran di Puncak Gunung Tebu, para pelatih guru
meneruskan perjalanan balik mereka untuk balik ke IPG KDRI. Dengan perasaan
yang sedih dan gembira bercampur baur dalam setiap ungkapan hati seseorang.
Untuk perjalanan balik dari puncak Gunung Tebu, masa yang dijangka untuk
turun ialah 2/3 daripada masa untuk menuju ke Puncak. Dengan kekuatan fizikal,
mental setiap individu ,mereka meneruskan perjalanan turun dari puncak gunung
Tebu dengan penuh bersemangat. Jelas terpancar senyuman dari salah seorang
pelatih guru yang terdapat pada gambar di atas yang menunjukkan respon positif
terhadap ekspedisi ini. Untuk turun dari puncak. Laluan yang digunakan adalah
laluan yang sama semasa menaiki gunung Tebu dan akan melalui beberapa
Chekpoint iaitu Punca Air, Batu Mat Hassan dan Sg Chakah Dua. Dalam ekspedisi
ini, untuk golongan runner seperti Azmi Che Anawa dan Khairul Amir telah
sampai di Lata Belatan pada pukul 1.15 Tengah hari diikuti dengan masa 1.30
yang telah dicatat oleh saya sendiri iaitu Firdaus Razi dan Ramsyam jani selaku
AJK Laporan dan juga Fun Rider semasa turun dari puncak Gunung Tebu. Untuk
15 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

turun, dijangka mengambil masa selama 5 jam dar jangkaan masa 7 jam bagi
keseluruhan peserta yang turun dari puncak Gunung Tebu ke Lata Belatan.

4.00

PTG -SAMPAI/BERSIAP UNTUK BERGERAK PULANG KE IPG KDRI.

Pada pukul 1.15 tengah hari merupakan masa terawal dan pukul 3.20 petang
merupakan masa yang terakhir bagi peserta untuk turun ke Lata Belatan. Jelas
kelihatan kegembiraan dan keceriaan dialami pada setiap peserta yang berjaya
menuruni Gunung Tebu ke Lata Belatan. Tepat pada pukul 3.40 petang, kami
semua telah bersedia untuk balik ke IPG KDRI. Untuk perjalanan balik,bas telah
bertolak dari Lata Belatan ke IPG KDRI pada pukul 3.50 Petang. Sebagai akhir
kalam daripada saya, Pengalaman telah mengajar kami erti kerjasama dalam
pasukan semasa menyediakan makanan dalam kumpulan, pengalaman juga
telah mengajar kami erti perpaduan dalam komuniti yang saling bekerjasama
antara satu sama lain semasa ekspedisi ini berlangsung, pengalaman juga
mengajar kami sifat berdikari untuk berdikari walau apapun jua keadaan yang
menduga, dan yang terakhir pengalaman juga telah mengajar kami apakah itu
16 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

erti persahabatan yang erat antara satu sama lain, iaitu bekerjasama dalam
segala aspek dan juga mengeratkan hubungan silaturrahim yang terjalin antara
kami semua.
Sekian sahaja daripada selaku ketua Ajk Laporan.

17 Laporan Latihan Menyelamat Di Hutan, Gunung Tebu(18-19 April 2014)

Anda mungkin juga menyukai