Anda di halaman 1dari 2

Laporan Kejohanan Olahraga IPG Kampus Ipoh

Pada hari Khamis bersamaan 06 March 2014 yang lalu, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh telah mengadakan kejohanan olahraga tahunan ke 29. Kejohanan
olahraga tahunan ini telah diadakan di padang sekolah. Semua guru pelatih tidak
ketinggalan untuk menyertai kejohanan olahraga yang amat menyeronokkan itu.
Kejohanan Olahraga kali ini dianjurkan oleh unit K dan ia dijayakan dengan begitu
meriah. Kejohanan Olahraga ini merupakan satu projek yang harus kami mengelola
untuk Sem 5 ini. Disebabkan unit K mempunyai banyak kelas ia memudahkan kami
untuk membahagikan kerja antara kami dan menjayakan sukan kali ini dengan jayanya.
Setelah mengadakan perjumpaan antara kelas-kelas unit K, kelas kami diarahkan untuk
menjadi sebagai AJK Makanan.

Setelah kelas kami dijadikan AJK Makanan kami mengadakan satu perjumpaan
antara ahli kelas kami. Kami membahagikan tugas antara kami supaya semuanya
berjalan dengan lancar. Contohnya kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan
diberikan kerja.Antaranya ialah satu kumpulan mengagihkan sarapan pagi untuk
pensyarah dan ada kumpulan diarahkan untuk mengedarkan makanan tengahari
kepada semua pelatih setelah habisnya acara sukan. Kami menyediakan makanan
untuk dua sesi bagi kejohanan olahraga kali ini. Sesi pertamanya adalah sarapan pagi.
Sarapan pagi ini hanya disediakan untuk pensyarah dan tetamu sahaja.

Manakala sesi kedua adalah makanan tengahari. Makanan tengahari ini


diberikan kepada semua guru pelatih yang hadir pada hari tersebut. Sarapan pagi yang
disediakan untuk pensyarah adalah 3 jenis kuih dengan air mineral. Pada masa yang
sama para pelatih guru juga diberikan roti dan air mineral. Sarapan pagi untuk pelatih
disedikan oleh sayap masing-masing. Dan ini menyebabkan AJK Makanan tidak
menyediakan sarapan pagi untuk pelatih. Sebagai AJK Makanan kami hanya
menyediakan sarapan untuk pensyarah sahaja.

Manakala, makanan tengahari pula ialah Nasi Ayam. Sarapan dan makanan
tengah hari kami tempahkan di Kantin IPG Kampus Ipoh. Bagi sarapan pagi kami
tempah 3 jenis kuih dan ia dibungkus sekali. Kami menempahkan 80 bungkusan
sarapan pagi untuk pensyarah. Pada pagi hari sukan itu, pihak kantin menghantar
makanan tersebut ke Padang. Setelah itu, kumpulan pelajar dari kelas kami yang
diarahkan untuk mengedarkan sarapan pagi itu mengedarkan sarapan kepada para
pensyarah yang hadir pada hari tersebut.

Setelah itu, kami mengedarkan makanan tengahari setelah habisnya penutupan


kejohanan olahraga iaitu lebih kurang pada pukul 12.30pm. Kami menempahkan 850
bungkusan makanan untuk para pelatih guru. Disebabkan kejohanan olahraga ini
berlangsung pada hari khamis, ada pelatih guru yang vegetarian pada hari tersebut.
Kami juga memberikan keutamaan terhadap pelatih-pelatih tersebut dengan menempah
makanan vegetarian untuk pelatih yang vegetarian pada hari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai