Anda di halaman 1dari 12

Sejarah acara Lari jarak Sederhana

Sejarah lari jarak jauh sederhana tidak tertulis secara tepat dan terperinci sejak
manusia mula berlari sebagai prestasi atau untuk kejohanan.

Namun begitu, terdapat versi yang mengatakan lari jarak jauh ini bermula daripada
bangsa Yunani yang sedang dilanda peperangan antara kaum Yunani dan Persia di
kota Marathonas, Pulau Egina Yunani.

Lari pecut merupakan asas kepada acara- acara lari dalam olahraga, sudah tentu
segala aspek dan taktik mengenai lari pecut ini, boleh dijadikan panduan umum untuk
acara-acara lari yang lain.

Bentuk latihan lari jarak sederhana juga adalah hampir sama, hanya teknik larian agak
berbeza.
Teknik perlakuan kemahiran acara Lari Jarak Sederhana (800m)

Permulaan

Peserta-peserta ditentukan lorong masing-masing melalui undian. Peserta mara ke


garisan permulaan masing-masing. Permulaan larian ialah gaya berdiri. Peserta berlari
dalam lorong masing-masing hanya untuk 100m pertama sahaja. Pelari lorong pertama
mempunyai kelebihan iaitu dapat melihat pergerakan setiap peserta-peserta lain kerana
kedudukan peserta-peserta lain adalah di hadapannya. Selepas peserta melepasi 100m
pertama, mereka akan memotong masuk ke lorong pertama. Peserta di lorong luar
hendaklah berusaha secepat mungkin memotong masuk mengikut satu garisan lurus.

Semasa Larian

Pergerakan kaki

Menggunakan permulaan cara berdiri memberi peluang pada kaki untuk diletakkan
paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan bebas bergerak serentak dengan
pergerakan kaki. Pengakatan kaki yang baik akan menghasilkan satu sudut di antara
paha kaki yang dapat menghasilkan jarak jangkauan kaki tanpa melangkah terlalu jauh.
Elakkan jarak jangkauan kaki yang terlalu jauh. Untuk membantu mempercepatkan
pusingan dan jangkauan kaki, dada mestilah dalam kedudukan mendepan dengan
lengan supaya tangan menghayun supaya dapat memberi kuasa kepada seluruh
badan. Pelari mengangkatkan kaki hingga ke punggung untuk melajukan pergerakkan
kakinya ke depan tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Apabila pelari hendak
menukar kakinya semasa berlari, seeloknya seluruh tapak kakinya dapat menyentuh
trek pada masa yang sama. Cara ini dapat menjimatkan tenaga untuk diguna dalam
menghabiskan larian yang selebihnya. Kaki mestilah bergerak ke depan graviti badan
dan mendarat dengan tapak kaki, terutamanya pada peringkat penyokongan larian.
Lutut jangan diangkat terlalu tinggi semasa berlari supaya peringkat melangkah semula
dapat dipercepatkan dan tenaga dapat dijimatkan.Perkara yang terpenting ialah kaki
dan tangan mestilah berada dalam satu rentak yang seimbang. Contohnya, tangan
pelari hendaklah dalam keadaan lurus di antara pertengahan badan hingga ke
punggung tepinya. Lutut diangkat untuk membuat langkah haruslah tidak terlalu tinggi
supaya satu gerakan bebas dan licin dapat dihasilkan.

Pergerakan badan dan tangan

Semasa berlari, badan hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala selari
dengan torso serta dalam situasi tegak dan seimbang. Jangan menoleh ke belakang
kerana ini akan ganggu pergerakan dan tidak dapat mengimbangkan diri. Tujukan
pandangan ke depan dengan jarak lebih kurang 10 meter. Rentak antara kaki dan
tangan perlu diberi perhatian. Kaki mempunyai 3 fungsi utama iaitu menyokong kaki,
menggerakkan badan ke hadapan dan memulakan setiap gerakan setelah satu
peringkat drive selesai. Tangan pula berpusing dan saling berganti dengan kaki pada
arah yang berlainan. Misalnya, kaki kanan bertindak sebagai tenaga penggerak ke
depan, siku tangan kiri bergerak ke belakang. Hayunan tangan dan kaki yang
berlawanan amat penting untuk menambahkan kelajuan. Bahu mesti berada dalam
keadaan lurus dan rotasi lengan tangan mesti berlaku di sini serta bahu digerakkan ke
hadapan sedikit daripada badan. Lengan dan bahu dalam keadaan lembut dan tenang
untuk mengelakkan tekanan terhadap leher dan rahang yang mengakibatkan keletihan
tangan.
Teknik Larian Di Selekoh

Pada bahagian selekoh, semakin laju pelari berlari, semakin kuat kuasa
“centrifugal”. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk
mengimbangkan kuasa “centrifugal”, pelari seharusnya merendahkan badan ke arah
dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus manakala tangan kanan menyilang badan
mengarah ke dalam.

Penamatan Larian

Bahagian torso harus sampai dahulu ke garisan


penamat.

Aplikasi Sains Dalam Larian 800m

Bagi 200m pertama, pelari mesti berlari sedaya upaya untuk mencapai jarak
yang jauh. Seseorang pelari yang berada di lorong luar pada peringkat permulaan
dapat memotong masuk ke lorong dalam untuk memendekkan jarak larian dan
menjimatkan tenaga. Pelari perlu mengetahui kebolehan diri sendiri dan kebolehan
serta kelemahan pelari yang lain. Seseorang pelari mestilah bersedia dari segi mental
dan fizikal. Untuk mencapai kedua-dua aspek ini, seseorang ahli sukan hendaklah
menjalankan latihan dengan lebih kerap dan konsisten. Gabungan daripada latihan
pecut, ketahanan dan rentak dapat menjadikan seseorang pelari lebih bersedia untuk
menghadapi rintangannya. Latihan pecut penting pada saat-saat terakhir larian 800
meter. Berlari mengikut rentak sendiri merupakan langkah yang bijak. Seseorang pelari
yang mempunyai daya pecut yang tinggi tetepi stamina lemah haruslah mengekalkan
kedudukan tempat pertama dari permulaan hingga ke akhir acara larian.

Peraturan-Peraturan

Permulaan

Setiap peserta akan ditentukan lorong masing-masing mengikut undian. Pelari


lorong pertama dianggap paling baik kerana dapat melihat setiap pergerakan yang
dilakukan oleh peserta-peserta yang lain memandangkan kedudukan mereka adalah di
hadapan mengikut lorong. Garisan bermula mestilah melengkung supaya semua
peserta bermula pada jarak yang sama. Blok permulaan tidak diperlukan kerana
peserta dilepaskan dalam keadaan berdiri. Peserta tidak dibenarkan menyentuh lantai
dengan tangannya. Selepas melepasi 100 meter pertama (kon akan diletak untuk
mengingati pelari untuk cut-in), mereka akan memotong masuk ke lorong dalam. Pelari
yang berada di lorong paling luar perlu memotong masuk mengikut satu garisan lurus.
Pastikan ketika memasuki lorong dalam, pelari tidak mengganggu pelari-pelari lain,
masuk ke lorong dalam secepat mungkin. Hal ini dapat memendekkan jarak larian. Jika
pelari lain memotong kamu, beri ruang supaya pelari yang lebih pantas itu dapat berlari
dengan selesa.
Peralatan Acara

Dalam acara 800 meter, pelari boleh bertanding sama ada memakai kasut
(spikes) atau tidak memakai kasut. Berlari dengan kasut adalah lebih baik kerana dapat
cengkaman yang kuat pada trek. Kasut yang dipakai mestilah mengikut spesifikasi
antarabangsa yang telah ditentukan. Setiap kasut hanya dibenarkan menggunakan
sejumlah 6 paku dengan panjangnya tidak melebihi 25mm (1 inci) dengan diameter
paku tidak boleh melebihi 4mm (0.16 inci). Ini adalah penting untuk mengelakkan
peserta menggunakan kasut untuk tujuan yang lain.

Baju dan seluar yang dipakai mestilah ringan dan tidak serap air supaya tidak
wujud halangan ketika berlari. Pakaian mestilah bersih dan tidak lutsinar serta tidak
menjolok mata apabila pakaian peserta menjadi basah. Pakaian peserta yang tidak
senonoh boleh dibatalkan penyertaannya. Hal ini kerana pakaian peserta yang tidak
sesuai akan mengganggu konsentrasi peserta yang lain. Bagi setiap pelari, nombor bib
mestilah dilekatkan pada baju dan seluarnya (dada, belakang & paha) supaya mereka
senang dikenal pasti oleh pengadil. Pistol digunakan untuk melepaskan pelari dan
perakam waktu untuk mencatat masa. Blok permulaan tidak diperlukan kerana pelari
dilepaskan dalam keadaan berdiri.
Teknik perlakuan kemahiran acara Lari Jarak Sederhana (1500m)

Permulaan

Permulaan bagi acara 800m dan 1500m adalah sama iaitu dengan cara berdiri.
Kaki pelari diletakkan paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan dapat
bergerak bebas serentak dengan pergerakan kaki. Permulaan larian dilakukan oleh
pegawai pelepas di tempat permulaan. Arahan ke garisan, sedia dan tembakan pistol
akan dilepaskan. Sekiranya terdapat peserta yang bergerak sebelum tembakan pistol
dilepaskan, pegawai pelepas akan melepaskan tembakan kedua untuk menghentikan
perlumbaan. Tempat permulaan bagi acara 1500m ialah pada lengkung kedua trek
400m. Peserta memulakan larian pada satu garis condong, kedudukan peserta
ditentukan oleh undian. Pelari pada lorong dalam mempunyai kelebihan kerana tidak
perlu menukar lorong atau memasuki lorong dalam. Sebalik sahaja dilepaskan peserta
akan cuba berlari di lorong dalam. Ada juga peserta di lorong luar yang berlari lurus
dalam keadaan memecut dan pada jarak tertentu akan memasuki lorong dalam.
Semasa Larian

Bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari.
Kombinasi antara kaki hingga punggung akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk
bergerak dengan lebih pantas. Latihan secara sistematik adalah penting bagi
menyesuaikan diri dengan acara tersebut. Latihan adalah untuk memastikan
penyesuaian fisiologi badan untuk keperluan acara tersebut

Apabila kaki sebelah kanan bertindak sebagai penggerak ke hadapan, siku


tangan kiri akan bergerak ke belakang. Apabila kaki kanan memulakan pergerakan
baharu ke hadapan, tangan kiri juga turut melakukan reaksi yang sama untuk
memulakan pergerakan atau tindakan ke belakang. Hayunan kaki dan tangan adalah
penting serta dilakukan secara berlawanan untuk pelari meningkatkan kepantasan.
Pelari juga perlu menumpukan perhatian,tenang dan bersahaja supaya mempunyai
tenaga simpanan yang akan digunakan untuk membuat pecutan.

Penamatan Larian

Dalam suatu perlumbaan, biasanya pelari bermatlamat untuk membaiki masa


ciptaannya dan mendapat kedudukan terbaik semasa berlari. Justeru bagi mencapai
matlamat, pelari perlulah mengetahui dan memahami kebolehan lawannya serta
mempunyai strategi sendiri. Pelari harus berlari dalam kelajuan yang sama bagi
menamatkan larian dan apabila sampai di pusing ketiga iaitu 220-400 meter terakhir,
pelari mesti memecahkan diri daripada kumpulan yang mengekorinya untuk memberi
semangat kepada diri sendiri dan memberi satu kesan psikologi kepada pesaing. Cara
menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian lain iaitu menolak torso ke
hadapan untuk mencecah tali penamat lebih dahulu daripada pelumba lain.

Peraturan-Peraturan

Perkara-perkara Yang Boleh Mengakibatkan Larian Terbatal


Setiap peserta yang memulakan larian sebelum arahan dilepaskan oleh pelepas
akan diberi amaran atau dianggap terbatal penyertaannya. Jika orang yang sama
mengulangi kesilapan maka dia akan dikeluarkan daripada menyertai acara tersebut.
Pelari yang sengaja berlari di luar trek akan dibatalkan penyertaannya kecuali dia
ditolak. Bagi orang yang melakukan perbuaran tolak-menolak maka penyertaannya juga
akan dianggap sebagai penyertaan yang tidak sah.

Pemegang Rekod Dunia Acara Larian 800 meter


Pencapaian:
David Rudisha

Nama sebenar: David Lekuta


Rudisha

Dilahirkan pada 17 Dec 1988 (26


tahun)

24 tahun mendapat rekod dunia


Jarmila Kratochvilova

Dilahirkan pada 26 Jan 1951 (63 tahun)

Tahun 1983, pecah 800m rekod dunia


dengan masa 1:53.28.

Selepas itu, beliau menetapkan rekod


dunia 47.99 dalam 400m.

32 tahun mendapat rekod dunia


Rekod Dunia Acara Larian

Anda mungkin juga menyukai