Anda di halaman 1dari 2

Nama : NUR NASHA AMALINA BINTI NASIR

Unit : PLPPIP2011/052/KIC
Refleksi Perkhemahan Pengakap
Pada tarikh 31 hb hingga 2 hb yang lalu telah diadakan satu perkhemahan bagi
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 KLM-23 Kirkby International College bagi unit
beruniform pengakap semester 3. Beberapa orang yang berpergawai tinggi yang
berpengalaman dan berpengatuhaan luas dalam berpengakap seperti Puan Kamaliah
dan beberapa orang pegawai yang lain. Banyak pengajaran yang kami dapat dalam
perkhemahan ini.
Semasa pengemahan selama 3 hari ini terdapat pelbagai pekara yang saya
kesan seperti memberikan input dan pekara yang perlu diketahu dalam diri seorang
pemgakap. Protokol dalam dewan, adat istiadat bendera, merancang program dan
peranan sebagai pemimpin pengakap telah diajar di kursus tersebut. Ini adalah
pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna sekali dalam hidup saya.
Selain itu, kami telah diajar cara cara untuk merancang sesebuah program
dalam pengakap. Perancangan sangat penting dalam setiap aktiviti agar perkara yang
dijalankan berkeyakinan serta ikhlas. Aktiviti yng dijalankan juga perlu direkod supaya
dijadikan rujukan pada masa masa yang akan datang. Setiap program yang dijaankan
memang memberikan kebaikan dan pengetahuan kepada ahli pengakap yang lain.
Walaubagaimanapun terdapat juga kelemahan dalam perkhemahan ini dimana
apabila memasak masih ada QM yang bertugas tidak membersihkan semula tempat
sehingga menyusahkan QM seterusnya. Selain itu, makanan yang disediakan lambat
dan tidak cukup pada hari pertama.
.

Kelemahan yang perlu dan sepatutnya dielakkan ialah tIdak menepati masa.
Saya dapat memerhatikan bahawa peserti kurang menepati masa menyebabkan sesi
bagi kursus terpaksa diadakan lebih lewat sehinggakan tidak sempat menghabiskan
sesi tertentu kerana tidak mencukupi masa. Oleh it, para peserta perkhemahan
pengakap perlulah berusaha untuk menepati masa dalam perkhemahan dan program
yang akan datang.
Kesimpulannya, perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1
KLM-23 Kirkby International College yang telah diadakan telah memberikan banyak
pengetahuan dan pengalaman yang penting kepada bakal-bakal pemimpin pengakap.
Di harap setiap yang dipelajari akan digunakan oleh guru pelatih semasa di sekolah
nanti dan disampaikan dengan sebaik mungkin kepada ahli-ahli pengakap yang baharu
kelak.

Anda mungkin juga menyukai