Anda di halaman 1dari 13

PENGGUNAAN LITAR ARTICT DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN

KEUPAYAAN MURID UNTUK MENGHASILKAN LUKISAN DENGAN


GARISAN DAN KADAR BANDING YANG BAIK

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN ISMADI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

2016

BAB 1 PENDAHULUAN
Pengenalan
Pendidikan Seni Visual diajar di sekolah bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Penggunaan strategi yang sesuai dengan isi kandungan pengajaran adalah digalakkan
untuk memupuk minat murid. Pengenalan pelbagai strategi pengajaran seperti Teori
Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Kontekstual, Konstruktivisme,
Pembelajaran Akses Kendiri, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), Belajar Cara Belajar, dan Pembelajaran Masteri adalah
selaras dengan visi dan misi Pendidikan yang berhasrat untuk menyempurnakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Murid sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui
persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan yang melibatkan hands-on atau
praktikal amat menyeronokkan bagi murid. Ini dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk
menghasilkan sesuatu yang kreatif.
Penggunaan Model Konstruktivisme dilihat menjurus kepada Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah yang disediakan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyatakan tumpuan utama Pendidikan
Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu : pemerhatian secara
aktif, interaksi yang kritis kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara
mudah , dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Menurut sumber (R. Hutter, 2016), lukisan adalah seni atau teknik menghasilkan
imej pada permukaan biasanya kertas dengan menggunakan dakwat, grafik, kapur, arang,
atau krayon. Lukisan ini adalah hasil gabungan titik-titik di mana membentuk satu garisan
yang dapat menimbulkan satu objek atau sesebuah gambaran. Kebanyakan inidividu ada
menyatakan bahawa kemahiran lukisan adalah satu perkara yang sukar untuk dihasilkan
dan ianya adalah hasil daripada bakat semulajadi seseorang. Pada hakikatnya,kemahiran
menghasilkan lukisan ini dapat dibentuk melalui latihan secara kerap. Menurut Rebecca
Chamberlain seperti dinyatakan dalam (Thornhill, 2012), kebanyakan orang mungkin tidak
mahir kerana mereka tidak membuat latihan yang cukup dan bimbang dengan kegagalan
awal.

Menghasilkan lukisan yang tepat dan realistik adalah sukar (Hammond, 2015). Satu
kajian mendapati lukisan akan menjadi lebih buruk apabila seseorang mencuba
menghasilakan lukisan dengan cepat (Dounskaia & Goble, 2011). Hal ini kerana bahagian
otak manusia yang bertanggungjawab untuk melukis dan mengiktiraf kesempurnaan adalah
berasingan, supaya mereka mempunyai masa yang sukar untuk bekerja bersama-sama
untuk menghasilkan lingkaran sempurna (Dounskaia & Goble, 2011).

Latar Belakang Kajian


Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan
penggunaan Litar Artic dalam pengajaran teknik lukisan di kalangan murid Tahun 5 di SK
Sidam B. Pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah secara tradisinya lebih
kepada lukisan dan mewarna secara bebas sahaja. Murid tidak didedahkan kepada teknik
melukis dengan menggunakan kadar banding yang tepat. Perkara ini berlaku kerana ramai
kalangan guru Pendidikan Seni Visual tidak mendapat latihan secara formal dalam mata
pelajaran tersebut semasa di Maktab Perguruan. Dari pemerhatian pengkaji di beberapa
buah sekolah yang pernah pengkaji mengajar, kebanyakan masa Pendidikan Seni Visual
digunakan untuk menambah bilangan waktu mengajar mata pelajaran teras untuk tujuan
peningkatan keputusan peperiksaan.
Kajian ini juga diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada pengkaji untuk
mencari kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan keberkesanan
pencapaian objektif pengajaran. Kurikulum Pendidikan Seni Visual juga penting dalam
pembentukan nilai dan sahsiah murid selaras dengan matlamat dan objektif Falsafah
Pendidikan Negara. Proses pembelajaran yang disertakan dengan minat dan keyakinan
yang tinggi akan dapat membantu murid untuk lebih berusaha untuk mencapai kejayaan.
Hal ini adalah kerana pembelajaran itu merupakan aktiviti yang melibatkan tindak balas
antara mental, fizikal dan rohani kepada murid-murid.
Menurut Shahabuddin, Dr. Rohizani, dan Mohd. Zohir (2003), pembelajaran adalah
proses yang dapat mengubah sikap dan tingkah laku murid secara berterusan yang dapat
mendorong mereka untuk memajukan diri sendiri hasil daripada ilmu dan kemahiran yang
diperolehi. Oleh yang demikian, keinginan dan minat terhadap pembelajaran adalah elemen
yang penting yang perlu dipupuk dalam murid untuk membantu mereka mencapai
kemajuan. Adalah sukar untuk menerapkan ilmu dan kemahiran kepada murid jika murid itu
sendiri tidak berminat untuk belajar. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik dan
pendekatan supaya murid berasa seronok dan berminat untuk terus mempelajari sesuatu
yang diajar.

Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria
dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan
seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan
pentaksiran. Murid belajar melalui pengamatan dan seterusnya disimpan di benak fikiran
mereka. Sesuatu pengalaman yang diperolehi akan digunakan apabila murid menghadapi
situasi yang ada persamaan dengan apa yang telah dipelajari. Penggunaan Litar Artict
memberi fokus terhadap pengalaman sedia ada murid untuk membina idea yang baru.
Murid perlu diberi peluang untuk membuat latihan secara cuba-jaya supaya dapat
membandingkan hasil kerja terdahulu dan yang terbaru. Secara tidak langsung, murid akan
dapat membina keyakinan diri sendiri dalam penghasilan sesuatu karya seni.

BAB 2 FOKUS KAJIAN


Huraian Fokus Kajian
Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara
visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titiktitik , lorekan dan gurisan digunakan
untuk merakam idea atau imej diatas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Masalah
utama yang timbul ketika menjalankan aktiviti lukisan, murid gagal menghasilkan karya
lukisan yang sesuai dengan tahap mereka. Dalam erti yang lain, kebanyakan murid tidak
dapat menghasilkan karya lukisan dengan garisan dan kadar banding yang sesuai.
Bedasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap masalah ini, saya telah
memikirkan satu intervensi yang dapat membantu guru dan pelajar untuk mengatasi maslah
tersebut. Kaedah intervensi saya ini menggunakan alat yang diberi nama Litar Artict
(Lampiran 2). Artict adalah akronim bagi perkataan Art dan Ict. Litar Artict ini merupakan satu
permukaan yang menggunakan konsep huruf, nombor, garisan grid dan titik. Setiap garisan
grid ini mempunyai nombor dan huruf iaitu garisan grid menegak diwakili oleh nombor dan
garisan grid melintang diwakili oleh huruf. Setiap silangan garisan grid ini akan terdapat satu
titik yang kelihatan seperti papan litar. Alat ini adalah berkonsepkan hasil gabungan daripada
papan litar, grid kertas graf, nombor dan huruf.
Litar Artict ini mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri di mana setiap murid
perlu mengetahuinya dahulu sebelum alat ini digunakan. Sebelum menggunakan alat ini,
murid perlu diterangkan tentang penggunaan garisan grid, cara melukis di atas Litar Artict
ini, cara membaca kod grid, kegunaan setiap titik yang wujud dan jenis lukisan yang ingin
dihasilkan. Penggunaan alat ini dapat mengatasi masalah murid dalam menghasilkan karya
lukisan dengan garisan dan kadar banding yang sesuai. Litar Artict ini memudahkan murid
dalam menghasilkan sesebuah karya lukisan kerana pada permukaan alat ini terdapat

garisan grid di mana garisan ini amat membantu murid dalam mengenalpasti saiz tanpa
perlu menggunakan pembaris.
Penggunaan garisan grid ini juga mampu membolehkan murid membaca keadaan
sesebuah objek dengan objek yang lain melalui pengiraan jumlah lingkungan garisan grid
tersebut. Misalnya, objek yang kecil seperti kerusi akan menggunakan garisan ruang grid
yang lebih kecil dan objek yang besar sedikit memerlukan ruang garisan grid yang sedikit
lebih besar. Dengan cara ini, murid secara tidak langsung dapat menganggarkan kadar
banding yang sesuai mengikut objek. Penggunaan nombor dan huruf dalam alat tersebut
adalah bagi memudahkan guru memberi arahan untuk menetapkan saiz ruang bagi sesuatu
objek dengan lebih mudah dan murid secara tidak langsung mampu untuk memahami
kawasan ruang tersebut dengan lebih baik. Alat ini juga merupakan salah satu alat yang
tidak terikat, ini bermaksud bahawa murid tidak perlu menganggap alat ini sebagai acuan
tetapi alat ini lebih kepada membantu murid dapat penghasilan sesebuah lukisan. Lukisan
adalah secara spontan dan alat tersebut hanya untuk membantu mempertingkatkan
penggunaan garisan dan kadar banding yang sesuai.
Litar Artict ini berupaya untuk meningkatkan tahap penghasilan karya lukisan murid
dengan penggunaan garisan dan kadar banding yang betul. Di samping itu, penggunaan
alat ini juga mampu meningkatkan tahap minat murid dalam menghasilkan lukisan. Hal ini
kerana alat ini merupakan satu alat yang kelihatan seperti satu litar atau permainan dan
cara susunan garisan grid yang wujud tersebut agak menarik. Oleh kerana terdapatnya
garisan grid, nombor dan huruf, ini membolehkan murid melaksanakan karya lukisan
dengan lebih jelas dan faham terutamanya daripada aspek penggunaan ruang di dalam
sesebuah lukisan. Guru juga mudah untuk memberi penerangan penggunaan ruang yang
dikehendaki dan titik-titik dalam karya ini dapat membantu guru menjelaskan kepada murid
kawasan lukisan yang perlu diperbaiki dan murid mudah untuk membuat pembetulan atau
penambahbaikan dalam karya lukisan. Selain itu, alat ini juga menepati konsep jenis pelajar
iaitu daripada aspek visual kinestetik, auditori, visual.

BAB 3 PELAN TINDAKAN


Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan meninjau keberkesanan penggunaan
Litar Artict

dalam pengajaran dan pembelajaran teknik lukisan dengan menggunakan

kaedah kualitatif untuk mendapatkan data kajian. Menurut McNiff (1988), kajian tindakan
merupakan satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui
perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalam mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalanamalan. Pengkaji telah menggunakan model penyelidikan tindakan berdasarkan model
Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menggariskan empat fasa perkembangan iaitu
Fasa 1 menyediakan pelan tindakan untuk memperbaiki keadaan yang sedang berlaku,
Fasa 2 bertindak mengikut pelan tersebut, Fasa 3 mengumpul dan menganalisa data dan
Fasa 4 memerhati kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ia berlaku
dan membuat refleksi. Tempoh penyelidikan tindakan ini dilaksanakan adalah selama 8
minggu.

Pelaksanaan Pelan Tindakan


Pelan Tindakan : Penggunaan Litar Artict Dapat Membantu Meningkatkan
Keupayaan Murid Untuk Menghasilkan Lukisan Dengan Garisan dan Kadar Banding Yang
Baik
Langkah /

Tindakan Guru

Tindakan Murid

Rasional

Aktiviti

Merancang

Guru
ujian

menjalankan
awal

Mengenalpasti

mengenalpasti

aspek proses

permasalahan

pengajaran dan

dalam lukisan

bagi
murid

pembelajaran untuk
ditingkatkan.

Satu

sesi

dilaksanakan
kelas

dalam

melibatkan

semua murid semasa


proses
dan

pengajaran
pembelajaran

Murid

menghasilkan

Mengenalpasti tahap

sebuah karya lukisan

pencapaian

bedasarkan tema yang

dalam menghasilkan

diberikan oleh guru.

lukisan.

murid

PSV.
Mengenalpasti

murid

yang

dalam

lemah

penghasilan lukisan.

Tindakan
Memperkenalkan
teknik
menghasilkan
lukisan dengan
tepat.

Guru

menmbuat

Mendedakan kepada

demonstrasi

Murid

menghasilkan

demonstrasi

lukisan

dibuat oleh guru

dengan

teknik

dan

melihat
yang

murid dengan kaedah


menghasilakan
lukisan yang betul.

kadar

banding

dengan

tepat
Tindakan

Proses

intervasi

bermula

Guru mendedahkan

Murid

kepada

penerangan

murid

mendengar
dan

tentang asas seni

arahan guru dengan

reka kepada murid

teliti

Untuk
kefahaman

memberi
kepada

murid tentang lukisan.


Untuk mengenalpasti

di dalam kelas.
Sejauhmanakah

Pendedahan Teknik

Guru mnterangkan

Murid

Lukisan

tentang unsur-unsur

permukaan

seni

Artict.

Penerangan
tentang tajuk
lukisan.
Mendedahkan
teknik lukisan Litar
Artict.

dan

prinsip

diagihkan
Litar

murid

untuk
Murid

menghasilkan

menggunakan

permukaan Litar Artict

lukisan.

mengikut arahan yang


Guru mendedahkan
tajuk

telah diberikan.

lukisan

Mengagihkan

kepada murid agar

permukaan Litar

murid

Artict kepada

gambaran

murid.

jelas.

Mengaplikasikan

Guru menerangkan

litar Artict.

cara menggunakan

mendapat
yang

Artict

Murid

yang

ditemubual
individu
proses
data.

Litar
dapat

mengatasi masalah

rekaan yang terlibat


di

permukaan

terlibat
secara
sebagai

pengumpulan

Mengumpul data

permukaan lukisan
Litar Artict kepada
murid.

Pemerhatian

Guru membuat

Pemerhatian

pemerhatian dengan

secara teliti

teliti sepanjang

terhadap murid

proses intervasi

yang terlibat

dijalankan.

tentang

Pemerhatian
murid

yang

terhadap
terlibat

secara teliti sepanjang


proses

untuk

melihat

tindak balas murid.

Pemerhatian terhadap
keberkesanan
menggunakan
Artict

Litar
untuk

meningkatkan
kemahiran

keberkesanan Litar

banding

Artict

penggunaan

kadar
dan
garisan

murid.
Penambahbaikan
Refleksi

Setelah selesai

untuk

intervensi, guru akan

diperlukan

Refleksi terhadap

membuat refleksi

hasil

kekuatan dan

kekuatan dan

memenuhi

kelemahan

kelemahan

spesifikasi kajian

keseluruhan

sepanjang proses.

dan kitaran yang

proses. Analisis

sama

data hasil daripada

Oleh itu, saya dapat

pemerhatian

melaksanakan
penambahbaikan

Pelaksanaan aktiviti

bagi kitaran yang

yang lebih baik.

kedua.

Laporan Penulisan

Refleksi aktiviti
samada berjaya atau
sebaliknya dan saya

diulang.

aktiviti
jika
tidak

akan

perlu mengenalpasti
kelemahan dan
kekuatan daripada
aktiviti yang
dijalankan.

Subjek tertakluk kepada perubahan semasa proses PdP


Jadual 2 : Pelan Tidankan

BAB 4 PENGUMPULAN DATA


Dalam kajian ini, saya telah merancang untuk mendapatkan dua jenis data iaitu data
kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif ini kebanyakannya adalah daripada cara sesuatu
karya lukisan dihasilkan seperti penggunaan garisan dan kadar banding yang sesuai.
Menurut (Goh, 2013) menyatakan bahawa proses pengumpulan data kualitatif termasuklah
gambar, audio dan video rakaman. Menurut (Goh, 2013) lagi beliau menyatakan bahawa
data kualitatif boleh dijelaskan dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan,
min dalam bentuk graf, carta dan jadual. Data yang diambil adalah berdasarkan empat jenis
kaedah iaitu ujian, temu bual, soal selidik dan rekod jurnal untuk memastikan kesahan dan
keaslian triangulasi data yang diambil. Seperti yang dinyatakan oleh Stringer (2007),
triangulasi membolehkan pengkaji untuk menerangkan makna bagi mengenalpasti cara
yang berbeza sesuatu fenomena yang sedang dilihat. Oleh itu, dengan penggunaan teknik
yang berbeza dalam pengumpulan data, ini akan menjadikan sesuatu keputusan yang
dibuat lebih tulen dan sahih.

Ujian Diagnostik
Saya telah merancang ujian diagnostik sebelum (Lampiran 3) dan ujian diagnostik
menggunakan kaedah intervensi (Lampiran 4) berdasarkan gambar dan tajuk yang
diberikan. Ujian ini dilakukan sebelum pendedahan Litar Artict terhadap murid dengan
meminta murid melukis secara spontan di atas kertas putih. Bagi ujian yang seterusnya,

saya akan mengaplikasikan kaedah penghasilan lukisan berdasarkan penggunaan Litar


Artict. Kedua-dua kaedah yang diberikan ini adalah pada tahap kesukaran yang sama.
Fokus utama pengajaran adalah untuk membolehkan murid menghasilkan karya lukisan
dengan lebih baik melalui penggunaan garisan dan kadar banding yang sesuai. Oleh itu,
item ujian ini dilaksanakan untuk menilai samada murid menepati objektif ujian atau
sebaliknya.

Temu Bual
Dalam usaha untuk menyokong kajian, saya akan menggunakan protokol temu bual
sebagai salah satu daripada instrumen. Menurut Lauer (2006), proses temu bual ialah
kaedah pengumpulan data di mana pengkaji akan bertanyakan soalan dan merekod
jawapan

daripada responden. Lauer menjelaskan lagi bahawa temu bual adalah cara

terbaik bagi menilai persepsi seseorang, makna, takrif keadaan dan membina realiti. Secara
umumnya, menurut (Punch, 2009), terdapat tiga jenis temu bual dalam proses pengumpulan
data iaitu berstruktur, separa struktur dan tidak berstruktur. Di sini saya akan menggunakan
temu bual berstruktur terhadap responden yang lemah dalam kemahiran menghasilkan
lukisan.
Antara soalan-soalan yang dikemukakan adalah :
i.
ii.
iii.
iv.

Adakah kamu menyukai proses pengajaran pada hari ini?


Boleh kamu beritahu saya bagaimana?
Kamu rasa, kamu boleh melukis atau tidak?
Boleh kamu beritahu saya kenapa?

Soalan tambahan selepas pengajaran yang seterusnya :


i.

Bandingkan proses pengajaran yang lepas, mana yang lebih kamu suka sama

ii.

ada melukis secara spontan atau menggunakan Litar Artict?


Boleh kamu beritahu saya kenapa?

Pemerhatian
Dalam kajian ini, saya menggunakan rekod jurnal untuk saya membuat refleksi
semua kejadian yang saya lihat, dengar dan merasainya sendiri sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, saya cuba untuk mengingat semula
perkara-perkara yang penting untuk membolehkan saya lebih memahami kemahiran murid
saya dan dimasukkan dalam isu kajian saya. Seterusnya, rekod jurnal ini juga dapat

membantu untuk menjelaskan secara efektif keberkesanan menggunakan lukisan Litar Artict
dalam meningkatkan penguasaan murid dalam menghasilkan karya lukisan.
BAB 5 ANALISI DATA
Terdapat empat kaedah dalam pengumpulan data. Data-data ini menerangkan
semula bagaimana murid dapat meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan karya
lukisan menerusi kaedah kualitatif dan kuantitatif, kebiasaannya data statistik akan
digunakan. Kedua-dua kitaran ini mempunyai cara menganalisis data yang berbeza. Ujian
sebelum dan ujian selepas akan dibentangkan secara jadual. Bagi kaedah pemerhatian,
data yang diambil akan dibentangkan dalam bentuk jadual dan data sebelum dan selepas
akan diasingkan kerana dengan cara ini pencapaian sebelum dan selepas menggunakan
kaedah Litar Artict dapat dilihat dengan jelas. Seterusnya, bagi kaedah temu bual pula,
kedua-dua temu bual dilaksanakan pada akhir setiap kitaran atau sesi soalannya adalah
seakan-akan sama. Saya menggunakan soalan temu bual yang hampir sama kerana ini
dapat membantu saya untuk mentafsirkan data yang lebih baik pada akhir kitaran yang
kedua.
Ujian Diagnostik
Kedua-dua ujian ini (sebelum dan selepas) akan digunakan semasa proses
intervensi. Ujian sebelum akan dijalankan sekali dalam sesi pertama dalam kitaran pertama
dan ujian selepas juga akan dijalankan sekali selepas proses intervensi digunakan dalam
kajian ini. Skor murid dalam kedua-dua kajian ini akan dinilai menggunakan rubrik
permakahan (Lampiran 5). Skor bagi rubrik ini akan digunakan dan diterjemahkan dalam
bentuk jadual bagi menganalisis kemajuan prestasi murid dalam menguasai kemahiran
menghasilkan karya lukisan dengan kadar banding yang betul bagi setiap sesi.
Respoden

Ujian Sebelum

4/10

Ujian Selepas
Kaedah Litar Artict
8/10

Perbezaan Mata
2

B
6/10
8/10
2
C
6/10
8/10
2
D
2/10
6/10
4
Jumlah Skor
18
28
10
Mean
4.5
7.0
2.5
Jadual 3 : Menunjukan Perbezaan of skor ujian sebelum dan ujian selepas.

Temu Bual
Proses temu bual akan dilaksanakan pada setiap akhir sesi. Kaedah ini cuba untuk
menjawab soalan kajian. Soalan temu bual adalah berfokuskan tentang keberkesanan
kaedah Litar Artict dalam usaha meningkatkan kemahiran murid untuk menghasilkan karya
lukisan dengan kadar banding yang sesuai. Temu bual yang dilaksanakan adalah secara
separa berstruktur agar murid akan lebih selesa dan tidak terikat untuk menyuarakan
pendapat dan pandangan mereka mengenai aktiviti dengan menggunakan Litar Artict dalam
mengukur keupayaan mereka meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan karya lukisan.
Soalan-soalan temu bual akan disediakan awal dan setiap jawapan murid akan direkodkan.
Pemerhatian
Data yang diambil akan dipersembahkan semula dalam bentuk jadual. Kekerapan
perubahan akan dianalisis dalam setiap sesi. Oleh itu, guru akan merancang tahap
kemahiran lukisan untuk dilaksanakan oleh murid. Kaedah ini digunakan untuk menjawab
persoalan kajian dan keputusan akan dianalisis secara kualitatif.

BAB 6 KESIMPULAN KAJIAN

Bab ini menerangkan bagaimana data mentah yang diperolehi dari hasil kajian
diproses dan dianalisa. Pengkaji menggunakan soal selidik dan pemerhatian untuk
mengumpul data dan di proses menggunakan aplikasi MS Excell untuk
mendapatkan keputusan kajian.
6.2 Keputusan Kajian
6.2.1 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang pengetahuan
unsur seni dan prinsip rekaan.
YA/TIDAK

BILANGAN RESPONDEN

PERATUS(%)

YA

20

100%

TIDAK

0%

JUMLAH

20

100%

tentang

Jadual 6.2.1 Adakah anda tahu asas seni reka dan teknik menghasilkan lukisan?
Berdasarkan data yang diperolehi dari soal selidik, menunjukkan semua responden
menjawab YA untuk soalan tentang teknik lukisan dan asas seni reka. Ini disebabkan
kebanyakkan responden telah didedahkan dengan asas seni reka sejak dari Tahun 1 lagi.
Pengetahuan tentang asas seni reka merupakan pengetahuan paling penting dalam
Pendidikan Seni Visual terutama sekali dalam aktiviti lukisan. Ini menunjukkan responden
telah menggunakan pengetahuan sedia ada yang mereka pelajari dan digabungjalinkan
dengan pengetahuan
6.3 Rumusan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh manakah penggunaan litar Artict
dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menghasilkan sebuah lukisan
dengan

kadar

banding

yang

tepat,

menentukan

keberkesanan

pengajaran

guru

menggunakan litar artict dan menilai tahap penerimaan serta minat murid terhadap
Pendidikan Seni Visual khususnya dalam bidang lukisan.
Hasil kajian menunjukkan terdapat perubahan yang ketara dalam kalangan murid
setelah rawatan iaitu diajar dengan kaedah konstruktivisme selama lapan minggu. Dapatan
kajian diperolehi dari hasil soal selidik dan juga pemerhatian secara konsisten sepanjang
tempoh kajian. Responden yang terdiri dari murid Tahun 5 seramai 20 orang telah dipilih
secara rawak berdasarkan latar belakang pengetahuan sedia ada yang pelbagai.

BAB 7 REFLEKSI DAN IMPLIKASI


Dengan adanya kajian yang dijalankan oleh pengkaji untuk menentukan keberkesanan Litar
Artict dalam bidang lukisan maka adalah diharapkan agar menyusul lebih banyak lagi kajian
penyelidikan yang berkaitan dengan bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual
khususnya di peringkat sekolah rendah.
Kajian penyelidikan yang dijalankan merupakan asas untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran untuk menjalankan penyelidikan pada masa akan datang khasnya bagi mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual. Antara cadangan kajian seterusnya adalah penyelidikan
tentang keberkesanan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam meningkatkan
kemahiran dan minat murid terhadap apresiasi seni dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah. Kajian ini dilihat amat penting untuk mengukur sejauh mana kurikulum Dunia Seni
Visual yang digubal mampu meningkatkan minat murid dalam Pendidikan Seni Visual.

Anda mungkin juga menyukai