Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI PROJEK MEGA :

MERENTAS DESA PERINGKAT SK ABG KADIR GEDONG SIMUNJAN 2016

NAMA
: AHMAD ZULHUSNI BIN ISMAIL
KUMPULAN : PISMP BAHASA ARAB JANUARI 2013
NO I / C
: 920913 14 - 6293
Pada 29 Julai 2016 yang lepas , guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Abg
Kadir Gedong Simunjan telah melaksanakan satu aktiviti sukan peringkat sekolah
iaitu Larian Merentas Desa sempena dengan Ambang Kemerdekaan yang akan tiba
pada bulan Ogos. Tempoh perlaksanaan aktiviti ini telah kami rancang dalam
tempoh 4 seminggu sepanjang tempoh kami melaksanakan Internship di sekolah
selama 4 minggu.
Antara objektif yang telah kami rancang dalam aktiviti ini antaranya adalah
untuk meningkatkan kebolehan , kemahiran dan bakat semulajadi murid yang sedia
ada. Selain itu, ia bertujuan untuk memupuk dan menyuntik semangat kesukanan
dalam diri murid di sekolah.
Acara ini dimulakan dengan pendaftaran iaitu seawal pukul 7.30 pagi. Sebuah
tempat pendaftaran disediakan iaitu mewakili kelas masing-masing. Kelas yang
terlibat adalah semua kelas tahap 2. Murid diminta untuk memakai baju mengikut
warna kelas masing-masing.
Selepas sesi pendaftaran selesai, semua warga sekolah yang terlibat dengan
larian serta tahap 1 diminta ke bahagian dataran sekolah untuk menjalankan sesi
memanaskan badan dan senamrobik. Aktiviti ini diketuai oleh rakan kami dari SK
Lebor Rumun. Aktiviti memanaskan badan bertujuan untuk menyediakan otot-otot
supaya mampu bergerak dengan baik semasa berlari. Sekiranya tiada aktiviti
pemanasan badan dilakukan, maka risiko untuk mendapat kecederaan seperti tisu
terkoyak dan sebagainya adalah tinggi. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan

dijalankan supaya semua warga sekolah dapat menjalankan aktiviti dengan


jayanya.
Selepas aktiviti memanaskan badan dijalankan, tibalah masa untuk acara
merentas desa dimulakan. tahun dibahagikan kepada lelaki dan perempuan.
Kumpulan pertama yang akan memulakan larian ialah tahun 4 perempuan,
sehinggalah tahun 6 lelaki.
Acara dimulakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada 12.30 pagi. Sepanjang
larian merentas desa diadakan, Ahli Jawatankuasa penganjur mengadakan rondaan
bagi memastikan murid mengambil laluan yang betul serta keselamatan terjaga.
Selain itu, mereka juga akan membantu sekiranya terdapat murid yang sakit atau
tidak dapat meneruskan acara. Ini membuktikan keselamatan terjamin.

Selepas menamatkan larian, guru pelatih diminta untuk tunggu di tempat


perhimpunan bagi upacara penyampaian hadiah. Penutup acara merentas desa ini
dirasmikan oleh guru besar SK Abg Kadir sendiri selaku . Pemenang diumumkan dan
dijemput ke hadapan.
Aktiviti merentas desa ini sememangnya aktiviti yang sangat sesuai untuk
dijalankan kepada warga sekolah. Ini kerana, murid kurang aktif dan lebih gemar
untuk bermain tanpa ada tujuan yang kukuh. Oleh itu, aktiviti ini dapat menjadikan
murid murid ini lebih aktif dan dapat mengenali alam sekitar.
Selain itu, hubungan guru sekolah , guru pelatih dan murid juga semakin
akrab. Ini kerana, guru pelatih dapat bekerjasama dengan guru sekolah sebelum
dan semasa aktiviti ini hendak dijalankan. Ahli jawatankuasa pengelolaan merentas
desa sudah pasti lebih kerap berjumpa dengan guru-guru lain untuk memastikan
aktiviti ini berjalan dengan lancar. Ini adalah satu impak yang positif dimana warga
sekolah saling mengenali dan ini dapat mengeratkan silaturrahim antara warga IPG.
Aktiviti ini juga dapat meningkatkan semangat kesukanan di antara warga
sekolah. Ini kerana, semasa larian, semua murid-murid berlumba-lumba untuk

menamatkan larian demi mendapatkan markah dan nombor untuk rumah kelas
masing-masing. Semangat inilah yang perlu ada dalam diri murid di sekolah.
Kelemahan yang saya dapati dalam aktiviti merentas desa ini ialah kawasan
pendaftaran yang tidak strategik. Pihak pengelola seharusnya menyediakan tempat
pendaftaran yang lebih luas supaya tidak terkeliru atau terlalu padat. Selain itu,
penyediaan minuman di stesen check point juga perlu ada untuk murid-murid.
Kelemahan lain yang saya dapati ialah kawasan zon penamat yang agak
sempit. Hal ini mungkin agak mengelirukan peserta kerana pengelola telah
membahagikan kawasan zon penamat kepada beberapa lorong. Perkara ini
seharusnya tidak perlu diadakan kerana ini akan mengganggu kelancaran larian
peserta.
Dari segi kekuatan pula, saya berasa bangga dengan penyertaan guru pelatih
dan juga semangat kesukanan yang tinggi dalam diri setiap guru dan murid. Di
samping itu, pihak pengelola juga begitu peka terhadap kebersihan kawasan
sekolah.
Namun begitu, kelemahan-kelemahan tersebut boleh dibaiki kerana ia di luar
kawalan pihak kami sebagai pengelola. Saya berharap supaya aktiviti ini dapat
diadakan secara berterusan sepanjang tahun kerana aktiviti ini banyak membawa
faedah kepada guru pelatih. Ia juga dapat membuka mata dan minda para guru
pelatih tentang pengelolaan acara merentas desa di sekolah nanti.

Anda mungkin juga menyukai