Anda di halaman 1dari 22

SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan

untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno. Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Jika dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno, sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, dan sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Hal Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan pesertapeserta yang mengambil bahagian. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya. Terdapat usaha negara-negara lain selain daripada Greek yang mula menunjukkan minat untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu tahun 1850 di Oxford University Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan tahun 1876

antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ahli-ahli olahraga dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi peserta-peserta tersebut, walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta

dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan saingan. Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah. Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya. Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya.Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturanperaturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU) atau Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

PERALATAN UNTUK OLAHRAGA Pada zaman dahulu, soal mengenai peralatan tidak begitu diambil perhatian yang serius oleh atlet serta persatuan olahraga yang terlibat. Kadang-kadang wujud situasi di mana atlet memakai kasut biasa, dan ada kalanya berlari berkaki ayam, selain memakai seluar pendek dan baju-T atau singlet. Namun begitu, seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi, pelbagai jenis peralatan berkaitan olahraga dicipta. Sebagai contoh, apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung abad ke-19, spikes terus menjadi peralatan penting para pelari acara pecut sehingga para pelari merasakan spikes adalah suatu yang penting bagi mereka. Secara umum, terdapat beberapa perlatan yang diperlukan untuk olahraga seperti berikut:1. Kasut Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung pada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang ringan. 2. Blok permulaan Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi bagi kebanyakan pelari blok ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok

permulaan yang sesuai. 3. Pakaian sukan Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu mengenakan pakaian yang sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan terbesar dunia, para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu. Bagaimanapun, setiap peserta dibolehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukan

mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca televisyen tidak lama dahulu, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oleh para

olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak mengganggu pergerakan dan larian mereka. 4. Peralatan sampingan

Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting, namun sebagai olahragawan, sesuatu yang mempunyai kaitan dengan mereka

hendaklah diberi perhatian. Bagi peralatan ini pula harus mengandungi barangan seperti tuala, Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol minuman dan sebagainya.

Olahraga terbahagi kepada 3 kategori iaitu Balapan (Track), Padang (Field) dan Acara Khas (Special Event).

Olahraga

Acara Balapan (Track)

Pecut

Jarak Sederhana

Jarak Jauh

Lari Berganti ganti

Lari Berpagar

Lari Berhalangan

100 meter

800 meter

3000 meter

4x100 meter

100 meter

3000 meter

200 meter

1500 meter

5000 meter

4x200 meter

110 meter

400 meter

10,000 meter

4x400 meter

400 meter

Acara Padang (Field)

Lompatan

Lontaran

Lompatan Jauh

Lompatan Kijang

Lompatan Tinggi

Lompatan Bergalah

Lontar Peluru

Melempar Cakera

Merejam Lembing

Acara Khas (Special Event)

Heptathlon 7 acara (wanita)

Dekathlon 10 acara Lelaki

Maraton Jarak 42,195 m

Merentas Desa Bebas

Lumba Jalan Kaki

5, 10,15, 20, 50 km

KEPERLUAN DAN PERALATAN

garisan mula 200 m

lurus

84.39m

Trek dan permulaan acara-acara olahraga

Kasut berpaku enam

TEKINK DAN KEMAHIRAN Lari Pecut / Sederhana / Jarak Jauh

Lari Berpagar

Lari Berganti-ganti

Lompat Tinggi

Lompat Jauh

Lompat Kijang

Merejam Lembing

Ukuran Gelanggang Rejam Lembing

PERATURAN 1. Lembing mesti dipegang dengan cara menggenggamnya. 2. Lembing mesti direjam melalui atas bahu. 3. Perejam tidak boleh membelakang tempat rejaman sehingga lembing direjam. 4. Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut: (a) Selepas rejam, menyentuh kawasan di luar landasan lari termasuk garisan (b) Rejaman di luar sektor dan terkena pada garisan sektor. (c) Keluar melalui bahagian hadapan landasan lari selepas lembing jatuh (d) Lembing tercacak belakang dahulu. 5. Lembing yang semasa rejaman dibuat atau lembing berada di udara, rejaman adalah dikira sah. 6. Pemakaian sarung tangan adalah tidak dibenarkan.

Melontar Peluru

PERATURAN 1. Peluru dilontar dari bahu dengan satu tangan sahaja. 2. Kedudukan tangan yang melontar peluru tidak boleh rendah daripada kedudukan tangan semasa memegang. 3. Lontaran dibuat dari dalam bulatan. 4. Pembatalan berlaku; (a) Jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan. (b) Jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melontar (c) Bila pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan. (d) Pelepasan peluru yang tidak betul: i. Semasa melontar kedudukan tangan lebih rendah daripada tangan sebelum lontaran dibuat ii. Jika tidak dibawa ke belakang bahu, tangan yang melontar (e) Bila pelontar melebihi masa 1 minit yang dibenarkan 5. Jika pelontar perlu melakukan lontaran dua kali berturut-turut, maka masa 2 minit dibenarkan di antara dua lontaran tersebut. 6. Bendera kuning diangkat 15 saat sebelum tempoh yang dibenarkan tamat. 7. Hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas satu pusingan lontaran dibuat.

Jarak diukur sehingga bahagian dalam bendul bulatan. Pita mesti melalui pusat bulatan. Jarak direkod 0.01 m terhampir, di bawah jarak diukur.

JENIS ACARA UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM


Kelas Acara 100 m 200 m 400 m 800 m 1500 m 2000 m berhalang 3000 m berhalang 3000 m 5000 m 3 km lumba jln kaki 5 km lumba jln kaki 10 km lumba jln kaki 80 m L/Berpagar 100 m L/Berpagar 110 m L/Berpagar 200 m L/Berpagar 400 m L/Berpagar 4 x 100 m 4 x 200 m 4 x 400 m L/Tinggi L/Jauh L/Kijang L/Bergalah Lontar Peluru Lempar Cakera Merejam Lembing Tukul Besi Heptathlon Pentathlon Jumlah Acara 21 21 8 20
X X X X X X X X X X

Lelaki Kelas 1 > 18 th


X

Perempuan Kelas 3 > 12 th


X

kelas 2 > 15 th
X

Kelas 1 > 18 th
X

kelas 2 > 15 th
X

Kelas 3 > 12 th
X

Terbuka

Terbuka
X

(0.762 m)
X X

(0.762 m) (0.84 m) (0.762 m)

(0.992m)

(0.914m)
X X

(0.84m)
X

(0.762 m) (0.762 m)

(0.914m)
X X X

Terbuka
X X X

Terbuka
X X

(5.45 kg)
X

(4.55 kg)
X

(2.72 kg)

(4 kg)
X

(4 kg)
X

(2.72 kg)

(1.5 kg)
X

(1 kg)
X

(1 kg)
X

(1 kg)
X

(700g)

(600g)

(600g)

(600g)

Terbuka
(5.45 kg)

Terbuka
(4 kg)

Terbuka Terbuka 20 8

Sumber : Peraturan-peraturan Pertandingan Permainan, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai