Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

a) Kekuatan Projek

Setelah selesai menjalankan projek sukan tahunan, saya dapati terdapat banyak
kekuatan di dalam projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan baik sekali.Diantara
kekuatannya ialah kebolehan saya dalam mengndalikan mesyuarat bersama guru
sebanyak tiga kali dengan baik setelah mentor saya menyerahkan segala tugasan).Maka
saya boleh menambahkan ilmu pengetahuan dalam pengendalian sesuatu mesyuarat serta
dapat menjalankan dengan baik suatu aktiviti tahunan yang penting.

Selain daripada itu, saya juga dapat mengenali secara mendalam tentang guru-
guru-guru besar,para pentadbir dan pekerja di sekolah ini amat bekerjasama dan memberi
komitmen yang amat baik dalam menjayakan projek ini. Ahli jawatankuasa yang dilantik
telah melaksanakan tugas mereka dngan baik. Tugas-tugas yang diberikan dapat
dilaksanakan dengan baik sekali kerana kesema guru yang terdapat di sekolah ini
mempunyai kemahiran yang tertentu dalam bidang masing-masing. Daripada tugas
persiapan tempat hinggalah ke disiplin mrid dapat dikawal dengan begitu baik sekali.

Sekolah saya ini juga mempunyai segala alatan yang lengkap untuk menjalankan
aktiviti seperti ini dan juga tidak ada masalah dalam hal kewangan untuk membeli alatan
baru. Perkara ini juga memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan projek
saya ini. Ini adalah kerana ia sedikit sebanyak telah memudahkan kerja saya dalam
persediaan mejalankan projek ini.

Kekuatan projek ini yang seterusnya ialah dengan adanya sukan tahunan seperti ini
ia akan melahirkan pelajar yang berani dan yakin pada diri sendiri dengan tindakan mereka.
Bukan mudah untuk membina keyakinan diri. Dengan adanya pertandingan seperti ini sudah
tentu akan memberi ruang kepada pelajar untuk menampilkan diri di hadapan khalayak
ramai dan secara tidak langsungnya akan membina keyakinan diri murid tersebut ketika itu
dan seterusnya pada masa akan datang.

Melalui projek ini saya juga dapat mengenalpasti terdapat ramai murid sekolah ini
yang berbakat di dalam suatu permainan yang tertentu dan berkawad kaki memberi arahan
(Komanden) dalam perbarisan rumah sukan. Ini mungkin adalah kerana mereka ini sering
didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh para guru yang dijalankan pada
waktu kokurikulum.
b )Kelemahan Projek

Walaupun Projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayany, namun ia juga
terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya ialah permukaan padang
yang kurang rata disebabkan murid sering jatuh. Selain itu, oleh disebabkan cuaca yang
tidak menentu disebabkan hujan lebat, maka semasa larian murid tidak dapat dilakukan
dengan baik. Mereka pula kurang selesa dan mula bising. Kedaan ini juga telah
mengurangkan keselesaan tempat duduk para penonton yang mana dalam kalangan murid-
murid terpaksa duduk sekeliling tapak perhimpunan manakala guru dan ibu–bapa duduk di
bangku di kaki lima yang telah disediakan. Kekurangan khemah juga salah satu aspek yang
perlu dititikberatkan kerana ada dalam kalangan ibu bapa yang masih berdiri di hujan kerana
khemah yang disediakan amat kurang.

Selain daripada itu, dari segi tempoh latihan yang agak terhad,iaitu hanya dua hari
sahaja kerana gangguan hujan lebat pada waktu petang. Ini ditambahkan pula murid-murid
tidak dibenarkan berlatih pada waktu pagi. Perkara ini telah menyebabkan kekakangan
masa terhadap peserta yang mana kehadiran mereka pada waktu petang adalah terhad
kerana sebahagian daripada mereka tinggal agak jauh dari sekolah dan tidak mempunyai
pengangkutan ke sekolah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi kelemahan- kelemahan tersebut pertamanya pemeberian masa yang


mencukupi untuk latihan perlukan dititikberatkan supaya mereka betul-betul bersedia dalam
pertandingan tersebut dan secara langsungnya akan memberi saingan yang sengit dalam
pertandingan akan datang. Para pelajar juga harus berusaha sendiri demi mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang dan bukannya hanya bergantung pada guru semata-mata.

Penambaikan yang seterusnya ialah pihak pentadbir haruslah memberi persetujuan


untuk mengadakan latihan pada waktu pagi selama satu atau dua jam.Ini akan dapat
membantu para penasihat dalam melatih peserta meraka jika latihanya tidak dapat dijalnkan
pada waktu petang. Penambahbaikan yang saya rasa boelh dilakukan lagi ialah dari segi
penyertaan. Pada masa akan datang pihak penganjur boleh memperluaskan lagi
penyertaan dengan menjemput peserta-peserta dari sekolah yang berdekatan untuk sama-
sama menyertai dalam pertandingan mahupun pertandingan permainan ataupun kawad kaki
ini supaya akan memberi satu saingan yang lebih menarik dan lebih meriah.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, pada keseluruhan projek boleh dikatakan amat berjaya walaupun


terdapat serba sedikit kelemahan yang dianggap masih boleh dipertingkatkan lagi. projek ini
telah banyak memberi manfaat kepada saya serta semua pelajar di sekolah ini sama ada
sebagai peserta atau pun sebagai penonton.Sebagai peserta sudah tentu mereka akan
terasa diri mereka teruja dengan larian di khalayak ramai. Ada yang merupakan kali pertama
terlibat di khalayak ramai dan ini sudah tentu akan memberi satu kenangan yang tidak dapat
lupakan sepanjang hayat mereka.

Saya juga mempelajari cara menguruskan pengurusa sekolah disesebuah tempat.


Selain itu, saya juga empelajari cara menyesuaikan diri di sekolah yang sebegini. Selain itu,
saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah keran pihak
pengurusa sekolah bayak membantu saya bagi menjayakan program ini dengan lancar dan
teratur.

Anda mungkin juga menyukai