Anda di halaman 1dari 7

CONTOH REFLEKSI AKTIVITI SUKAN TAHUNAN GERKO

RELEKSI
  
Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan PULAPAH telah diadakan pada
pagi hari Khamis, 22 FEBRUARI 2007. Ini adalah temasya sukan sekolah
yang pertama saya ikuti dan turut menjayakannya sebagaimana yang
dirancang.
Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya
dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada
warga sekolah atau masyarakat sekeliling. Antara kelebihannya adalah
kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru S.K.PULAPAH. Persediaan awal
seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program dan sebagainya
membantu melancarkan temasya sukan sekolah.
Perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan. Idea-idea
yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut
keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting
bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.
Kerjasama kakitangan sekolah dalam bermesyuarat membantu guru
yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih
awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga
menyukarkan guru berkenaan dalam menyempurnakan buku program
tersebut.
Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, pihak
pentadbiran sekolah dan pihak PULAPOL mejadikan setiap aktiviti berjalan
dengan lancar dan dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan
antara guru-guru, murid-murid ibu bapa dan masyarakat setempat menjadi
lebih rapat dan mesra. Contohnya apabila pihak sekolah memohon bantuan
untuk menggunakan tenaga pengadil PULAPOL dan bantuan kecemasan dari
Pusat Kesihatan PULAPOL untuk temasya ini, memandangkan kakitangan
sekolah yang tidak mencukupi, dengan jemputan ini, ia mendatangkan
beberapa faedah yang sangat penting bagi menjalinkan satu ikatan
silaturahim antara warga S.K.PULAPAH dan warga PULAPOL di samping
mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru.
Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat
memuaskan. Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu murid-
murid agar lebih bersedia pada hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru
ini juga menaikkan semangat murid-murid untuk menjadikan pasukan masing-
masing bergelar juara.
Selain itu, temasya sukan ini juga membantu guru untuk
mengenalpasti murid yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu
murid berkenaan untuk melangkah keperingkat yang lebih tinggi, samada
peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti
mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan
sekolah adalah antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu
majlis. Tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran yang terhad
menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu aktiviti sehingga terpaksa
meminta bantuan daripada pihak PULAPOL.
Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam
alatan-alatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya
alatan untuk acara lontar peluru. Kerosakan alatan rosak yang mana
memerlukan penggantian semula dengan alatan yang baru.
Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara juga menjadi satu
masalah apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis sehingga
terpaksa meminjam daripada Pusat Latihan Polis Air Hitam (PU:LAPOL).
Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak sekolah sama-sama
memandang serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya dengan
cara yang baik. Dari segi kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah
beberapa orang guru terutamanya bagi mata pelajaran matematik dan sains,
dengan penambahan ini bukan sahaja masalah kekurangan guru
matapelajaran dapat diatasi malah tenaga mereka ini boleh digunakan untuk
majlis-majlis sekolah contohnya temasya sukan sekolah.
Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak
sekolah perlu memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan
baik sebelum sesuatu aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang
mungkin timbul apabila hari berkenaan.
Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap
sekolah, namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain.
Kekurangan ini perlu diatasi dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir
kerana ia sangat penting apabila sekolah ingin mengelola sesuatu majlis.
Sungguhpun begitu, sepanjang saya di tempatkan di sekolah ini,
temasya sukan kali pertama ini cukup membantu saya dalam mengendalikan
sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Pengalaman ini cukup bermakna untuk saya gunakan untuk
masa-masa akan datang.
CONTOH REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
Sebagai mukadimah saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan
terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-
rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform.
Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya
sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan
program ini. Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan para peserta
Perkhemahan Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan
program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan
terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Kent yang
telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisiplin dan
berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang
sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat
yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada
masaakan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah
tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.Kami telah
menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Pusat Kokurikulum,
Kem Malanggang Tuaran pada 1 hingga 4 Julai 2013. Pelbagai aktiviti yang
menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada di sana. Di sana saya
dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya
dalam pelbagai hal. Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru
pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Januari 2012. Pada
tahun ini, perkhemahan Unit Beruniform yang disertai oleh lima unit
(Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Puteri Islam).
Aktiviti perkhemahan yang diadakan adalah bertujuan untuk mempersiapkan
ahli-ahli dalam unit beruniform untuk menjadi seorang bakal pemimpin yang
berkualiti. Selain itu, bakal guru pelatih akan didedah kandungan pelaksanaan
aktiviti perkhemahan sebagai persiapan di sekolah. Sebelum perkhemahan ini
diadakan, ahli jawatankuasa bagi unit beruniform Pengakap dan KRS telah
dilantik untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti sepanjang perkhemahan di Pusat
Kokurikulum, Kem Malanggang. Perkhemahan ini telah diketuai oleh saudara
Zahiruddin Juatin dan ahli yang menyertai seramai 26 orang. Kami telah
berbincang mengenai perkara-perkara penting dan meneliti satu perkara agar
tidak akan ada yang tercicir atau ketinggalan. Setiap ahli jawatankuasa telah
melakukan tugas masing-masing dengan sikap penuh bertanggungjawab.
Pengalaman yang dapat saya peroleh adalah cara pengurusan untuk
mengendalikan perkhemahan ini kerana semua aktiviti dirancang oleh ahli-
ahli Pengakap dan KRS sendiri dan dipantau oleh pensyarah-pensyarah
bimbingan. Saya telah dilantik sebagai ketua aktiviti explorace pada malam
kedua perkhemahan tersebut. Saya juga berperanan sebagai Timbalan
Setiausaha yang membuat buku program dan jadual aktiviti untuk
perkhemahan. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya dalam memikul
tanggungjawab tersebut. Saya juga mendapati kerjasama antara semua
rakan-rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan
perkhemahan ini. Pada 1 Julai 2013, tepat jam 7 pagi kami telah berkumpul di
hadapan Dataran IPG Kampus Kent. Kami telah diberikan taklimat ringkas
oleh kem komandan sebelum bertolak ke tapak perkhemahan. Seterusnya,
pengerusi perkhemahan membahagikan semua unit beruniform untuk menaiki
bas yang telah disediakan agar tidak berlaku kekeliruan. Sampai sahaja kami
di tapak perkhemahan pula kami telah diberikan taklimat mengenai cara-cara
mendirikan khemah oleh pegawai pusat kokurikulum KemMalanggang.
Sebaik sahaja taklimat selesai, kami terus mendirikan khemah mengikutunit
beruniform masing-masing dan tapak khemah lelaki dan perempuan
dipisahkanbagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak dapat dijangka.
 
Pengalaman pertama yang saya peroleh pada aktiviti pertama adalah
aktiviti orienteering. Sepanjang saya berkhemah walhal sewaktu di sekolah
pun saya tidak pernah melakukan aktiviti sebegini di mana kami dikehendaki
masuk ke dalam hutan berpandukan bearing yang telah diberikan. Aktiviti ini
merupakan perkara baharu dalamhidup saya. Kami melakukan aktiviti ini
secara berkumpulan di mana kami dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu
Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Pada aktiviti malam pertama pula, kami telah
mengikut aktiviti yang dikenali ‘Malam Burung Pungguk’. Aktiviti ini amat
mencabar dari segi mental, fizikal dan rohani dalam kalangan kami. Kami
dibawa masuk ke dalam hutan dengan keadaan mata yang ditutup kain dan
dipisahkan antarasatu sama lain. Kami telah ditinggalkan di kawasan dalam
tempoh yang agak lama kerana menunggu giliran untuk dibawa masuk ke
dalam secara berpasang-pasangan. Ketika ini, saya berasa amat takut
dengan keadaan diri saya di dalam gelap. Walaubagaimanapun, aktiviti
tersebut berjaya dilaksanakan tanpa menghadapi sebaranggangguan.
Seterusnya, pada hari kedua adalah merupakan aktiviti kembara hutan yang
mencabar mental dan fizikal. Kami dikehendaki masuk ke dalam hutan
dengan memakai uniform penuh unit uniform masing-masing dan membawa
segala peralatan untuk aktiviti ikhtiar hidup di dalam hutan. Kami berasa
sangat letih kerana terpaksa masuk ke dalam hutan tebal dan laluan trek
yang agak panjang dan jauh. Tidak cukup dengan itu, apabila sampai di tapak
persinggahan, kami telah diberikan tugasan untuk menangkap beberapa ekor
ayam yang telah dilepaskan oleh pensyarah dan memasak segala bahan-
bahan yang disediakan untuk makan tengah hari kami. Aktiviti ini sangat
mencabar tetapi hasilnya amat memuaskan kerana kami dapat melihat
kesungguhan dan kerjasama dalam kalangan ahli-ahli kumpulan.
Pengalaman tersebut amat bermakna dan tidak dapat saya lupakan. Kami
juga telah menjalankan aktiviti explorace pada waktu malam dan aktiviti
tersebut telah diketuai oleh saya sendiri. Semasa aktiviti ini dijalankan, setiap
ahli kumpulan saling bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang
diberikan tanpa berputus asa. Aktiviti ini juga telah mengeratkan silaturahim
dalam kalangan kami.Pada hari ketiga pula, aktiviti water tubbing juga
merupakan pengalaman yangmenyeronokkan dan sangat bermakna pada diri
saya.
Kami telah bergabung bersama unit beruniform Bulan Sabit Merah
dalam menjalankan aktiviti air ini. Langkah keselamatan perlu diambil bagi
mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Seterusnya,
pegawai daripada pusat kokurikulum kem tersebut telah memberikan ilmu
pengetahuan yang berguna kelak kepada kami mengenai aktiviti ini. Kami
diajar untuk duduk di atas tube getah dan mengikut arus sungai yang agak
deras pada ketika itu. Aktiviti tersebut amat menyeronokkan dan dapat
menghilangkan kepenatan seharian berada di dalam hutan pada hari kedua.
Manakala pada waktu malam pula, aktiviti diteruskan dengan malam
kebudayaan yang merupakan acara kemuncak bagi perkhemahan ini. Majlis
ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent, pensyarah bimbingan
dan semua ahli unit beruniform. Terdapat 5 persembahan yang masing-
masing diwakili oleh unit beruniform perkhemahan tersebut. Kesemuanya
amat menghiburkan hati dan dapat mengurangkan penat yang kami rasai.
Segala pahit manis kami tempuhi bersama-sama. Kami melakukan semua
aktiviti yang dijalankan dengan baik sekali tanpa mengira bangsa, agama dan
status fizikal badan seseorang. Semua ahli akan mencuba sedaya upaya
untuk menyelesaikan aktiviti tersebut. Nilai-nilai murni dapat kami peroleh
dalam kesemua aktiviti ini seperti nilai kerjasama, kejujuran, tanggungjawab,
setia kawan, keyakinan, disiplin, menghargai masa dan tolong-menolong. Hal
ini akan memberikan impak yang positif kepada kami kerana ia dapat
mengeratkan silaturahim dalam kalangan kami.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti
perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif
kepadadiri saya di mana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda
baru dalam hidup. Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah
berjaya mengikuti kesemua aktiviti dengan jayanya. Saya akan bawa ilmu
yang telah dipelajari kepada anak-anak murid saya di sekolah kelak. Banyak
perkara yang telah saya pelajari dari segi jasmani,emosi, rohani, intelek dan
sosial semasa perkhemahan ini. Saya dapat memupuk sikap bertolak ansur,
sifat sabar, setia kawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan
ialah antara perkara yang dapat saya pelajari di sini dan saya percaya ianya
tidak boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih
berdisiplin dan berketerampilan di masa hadapan dan juga guru yang
cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai