Anda di halaman 1dari 3

CONTOH REFLEKSI AKTIVITI SUKAN TAHUNAN GERKO

RELEKSI
Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan PULAPAH telah diadakan pada
pagi hari Khamis, 22 FEBRUARI 2007. Ini adalah temasya sukan sekolah yang
pertama saya ikuti dan turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang.
Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya dapati
ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada warga
sekolah atau masyarakat sekeliling. Antara kelebihannya adalah kerjasama yang
ditunjukkan oleh guru-guru S.K.PULAPAH. Persediaan awal seperti perancangan
aktiviti, jadual latihan, buku program dan sebagainya membantu melancarkan
temasya sukan sekolah.
Perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan. Idea-idea
yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut
keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.
Kerjasama kakitangan sekolah dalam bermesyuarat membantu guru yang
dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih awal dan
tidak

membebankan

dengan

perkara-perkara

yang

remeh

sehingga

menyukarkan guru berkenaan dalam menyempurnakan buku program tersebut.


Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbiran
sekolah dan pihak PULAPOL mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar
dan dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan antara guru-guru,
murid-murid ibu bapa dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra.
Contohnya apabila pihak sekolah memohon bantuan untuk menggunakan
tenaga pengadil PULAPOL dan bantuan kecemasan dari Pusat Kesihatan
PULAPOL untuk temasya ini, memandangkan kakitangan sekolah yang tidak
mencukupi, dengan jemputan ini, ia mendatangkan beberapa faedah yang
sangat penting bagi menjalinkan satu ikatan silaturahim antara warga
S.K.PULAPAH dan warga PULAPOL di samping mengeratkan hubungan antara
ibu bapa dan guru-guru.

Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat memuaskan.


Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu murid-murid agar lebih
bersedia pada hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru ini juga menaikkan
semangat murid-murid untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara.
Selain itu, temasya sukan ini juga membantu guru untuk mengenalpasti
murid yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid berkenaan
untuk melangkah keperingkat yang lebih tinggi, samada peringkat daerah,
negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti
mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah
adalah antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga
pengajar dan kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah
mengelola sesuatu aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak
PULAPOL.
Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam
alatan-alatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya
alatan untuk acara lontar peluru. Kerosakan alatan rosak yang mana
memerlukan penggantian semula dengan alatan yang baru.
Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara juga menjadi satu masalah
apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis sehingga terpaksa meminjam
daripada Pusat Latihan Polis Air Hitam (PU:LAPOL).
Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak sekolah sama-sama
memandang serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya dengan cara
yang baik. Dari segi kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah beberapa
orang guru terutamanya bagi mata pelajaran matematik dan sains, dengan
penambahan ini bukan sahaja masalah kekurangan guru matapelajaran dapat
diatasi malah tenaga mereka ini boleh digunakan untuk majlis-majlis sekolah
contohnya temasya sukan sekolah.
Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah
perlu memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik
sebelum sesuatu aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin
timbul apabila hari berkenaan.

Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap


sekolah, namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain.
Kekurangan ini perlu diatasi dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir
kerana ia sangat penting apabila sekolah ingin mengelola sesuatu majlis.
Sungguhpun begitu, sepanjang saya di tempatkan di sekolah ini, temasya
sukan kali pertama ini cukup membantu saya dalam mengendalikan sesuatu
acara dan mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Pengalaman ini cukup bermakna untuk saya gunakan untuk masa-masa akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai