Anda di halaman 1dari 3

Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Nik Daud, Ayer Lanas, Tanah Merah, telah diadakan pada pagi hari

20 dan 21 April 2012. Ini adalah temasya sukan sekolah yang pertama saya ikuti dan turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang. Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada warga sekolah atau masyarakat sekeliling. Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program dan sebagainya membantu melancarkan temasya sukan sekolah. Perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan. Idea-idea yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Kerjasama kakitangan sekolah dalam bermesyuarat membantu guru yang

dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan guru berkenaan dalam menyempurnakan buku program tersebut. Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan antara guru-guru, murid-murid ibu bapa dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra.Melalui aktiviti kesukanan ini semangat bermuafakat dapat diterapkan dan menjadi satu kebiasaan. Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat memuaskan. Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu murid-murid agar lebih bersedia pada hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru ini juga menaikkan semangat murid-murid untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara. Selain itu, temasya sukan ini juga membantu guru untuk mengenalpasti murid yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid berkenaan untuk melangkah keperingkat yang lebih tinggi, samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Dengan berlangsungnya temasya sukan ini, bakat dan kebolehan murid akan lebih terserlah dan dapat dilihat.Murid yang berkebolehan dan berbakat akan dilatih untuk menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.Contohnya mewakili daerah dan negeri.Penglibatan aktif murid dalam aktiviti sukan dapat membantu mereka menjadi insan yang berdisiplin dan tidak mudah berputus asa. Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah adalah antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan dari pihak luar. Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam alatan-alatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya alatan untuk acara lontar peluru. Kerosakan alatan rosak yang mana memerlukan penggantian semula dengan alatan yang baru. Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara juga menjadi satu masalah apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis sehingga terpaksa meminjam daripada pihak luar. Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak sekolah sama-sama memandang serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik. Dari segi kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah beberapa orang guru terutamanya bagi mata pelajaran matematik dan sains, dengan penambahan ini bukan sahaja masalah kekurangan guru matapelajaran dapat diatasi malah tenaga mereka ini boleh digunakan untuk majlis-majlis sekolah contohnya temasya sukan sekolah. Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin timbul apabila hari berkenaan. Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap sekolah, namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain. Kekurangan ini perlu diatasi dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir kerana ia sangat penting apabila sekolah ingin mengelola sesuatu majlis.

Sungguhpun begitu, pengalaman merancang dan melaksanakan temasya sukan memberi satu pengalaman baru dan kepuasan kepada diri saya.Walaupun terdapat kekurangan dan kelemahan, namun ia tidak menghalang daripada program ini berjalan dengan lancer dan mengikut seperti mana jadual yang ditetapkan.Bagi saya guru yang paling berkesan ialah belajar daripada kegagalan dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di masa hadapan.Temasya sukan tahunan ini banyak memberi kebaikan dan faedah kepada seluruh warga sekolah.Semangat berkerjasama dan bertolak ansur berjaya dipupuk di kalangan murid dan kakitangan sekolah. Oleh yang demikian, program seperti ini wajar diadakan setiap tahun untuk memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan bakat masing-masing dan sebagai batu loncatan untuk mereka lebih berjaya di masa depan.Penglibatan murid yang aktif selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu satu murid satu sukan dan memenuhi kehendak kerajaan iaitu mewujudkan murid yang terbaik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Seterusnya menuju ke arah merealisasikan dasar kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju 2020.

Anda mungkin juga menyukai