Anda di halaman 1dari 8

Sekolah merupakan institusi yang amat sinonim dengan para pelajar.

Sekolah diwu judkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan insan yang seimba ng dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidik an Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu meny ediakan modal insan yang akan menggalas tugas meneraju negara pada masa akan dat ang. Mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika pelajar menunjukkan rasa sayang akan sekol ah masing-masing. Pada pendapat saya, pelbagai cara boleh dilakukan oleh pelaja r untuk menyayangi sekolah. Seseorang pelajar membuktikan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak merosak kan harta benda yang disediakan oleh pihak sekolah. Harta benda sekolah seperti meja, kerusi, tandas, telefon, peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga deng an baik. Hal ini kerana harta benda sekolah merupakan aset negara yang perlu di kongsi secara bersama oleh warga sekolah keseluruhannya. Jika pelajar melakukan vandalisme, iaitu merosakkan harta benda sekolah, kerajaan terpaksa menyediakan sejumlah peruntukan untuk membaiki kerosakan tersebut. Hal ini sudah tentu aka n merugikan kerajaan kerana peruntukan yang disalurkan untuk sektor lain terpaks a distruktur semula untuk membaik pulih kerosakan yang diakibatkan oleh sikap se gelintir pelajar ini. Senario ini sangat merugikan kerana peruntukan tersebut s epatutnya boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan lain kepada pelajar agar mereka dapat belajar dengan sempurna. Jadi jelas menunjukkan bahawa menjaga har ta benda sekolah dengan baik merupakan cara yang boleh ditunjukkan oleh murid se bagai tanda menyayangi sekolah. Selain itu, mematuhi peraturan sekolah juga merupakan salah satu cara membuktika n rasa sayang akan sekolah. Peraturan yang digubal oleh pihak sekolah adalah un tuk mendidik pelajar supaya berdisiplin dan menjadi insan yang sentiasa patuh pa da peraturan walau di mana-mana sahaja mereka berada. Namun begitu, segelintir pelajar menganggap mereka bebas untuk melakukan sesuatu dan berasa besar diri ji ka mampu mencabar kreadibiliti pihak sekolah menangani karenah disiplin mereka. Tanggapan sedemikian adalah salah kerana peraturan yang digubal mampu membina ja ti diri yang kukuh. Peraturan yang dirangka sebenarnya adalah untuk menyediakan satu situasi yang harmoni serta mengelakkan pelajar terlibat dengan salah saku disiplin kerana boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam ke las. Sebagai contoh, jika pelajar terlibat dalam kes gaduh, sudah tentu pelajar tersebut akan dikenakan tindakan disiplin seperti digantung persekolahan. Kes tersebut secara tidak langsung telah menggelapkan masa depan dan maruah pelajar terbabit serta nama baik sekolah jika kes itu diketahui umum. Oleh itu, pelaja r perlu mematuhi peraturan supaya nama baik sekolah dapat dijaga sekali gus menu njukkan rasa sayang pada sekolah. Di samping itu, menaikkan nama sekolah di pentas nasional dan antarabangsa juga merupakan cara yang boleh ditunjukkan untuk menyayangi sekolah. Selain bertangg ungjawab menjaga nama baik sekolah, pelajar juga perlu menaikkan nama sekolah de ngan menempa kejayaan-kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh pelajar dapat menaikkan imej sekolah pada kaca mata komuniti. Sekolah-sekolah lain akan menjadikan kejayaan itu sebagai p enanda aras bagi mereka mencipta kejayaan yang sama. Lebih manis lagi, sekolah akan diberikan penghargaan oleh pihak kementerian atas kejayaan yang diraih. Se bagai contoh, kejayaan Nik Nur Madihah yang telah menempa 21A telah mengharumkan nama sekolah yang masih menjadi sebutan sehingga kini. Jika tidak mampu mengha rumkan nama sekolah dalam bidang akademik, pelajar masih boleh menjadi contoh de ngan melonjakkan diri dalam arena sukan seperti Pandalela Rinong yang menjadi ke banggaan warga sekolahnya. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar boleh menunjukkan cara menyayangi sekolah mereka dengan cara menaikkan nama sekolah. Kesimpulannya, pelajar wajib memperlihatkan rasa sayang akan sekolah mereka. M ereka perlu menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah tempat mereka bel

ajar asas jatuh bangun dalam kehidupan dan membina masa depan. Jadi, tugas menj aga nama baik sekolah perlu menjadi tanggungjawab utama pelajar. Jangan jadi se perti kera mendapat bunga yang tidak tahu menghargai sesuatu yang bernilai. -----------------------------------------------------------------------------Pendahuluan: Arena sukan - membantu Malaysia memahat nama di mata dunia - saban tahun atlet M alaysia menyertai pelbagai kejohanan/acara sukan bertaraf antarabangsa - tidak d apat dinafikan prestasi mutu sukan negara masih rendah/merosot meskipun banyak w ang telah dibelanjakan Isi-isi: Antara puncanya termasuklah latihan yang dijalankan kurang berkesan untuk menyer lahkan prestasi atlet - atlet gagal mengatur strategi yang baik/ gaya permainan mudah dibaca oleh pihak lawan. Atlet kurang latihan - berlatih hanya apabila menjelang sesuatu perlawanan - ti dak konsisten - kurang persefahaman atau keserasian (terutama bagi atlet berpasu kan) - tidak dapat memberi persembahan yang terbaik Pemain/atlet negara kurang semangat patriotisme - bermain dan mewakili negara ha nya kerana telah dibayar gaji dan elaun - semangat untuk mengharumkan nama negar a seolah-olah tiada - sikap sebegini harus dikikis Kurang disiplin dalam diri atlet - boleh mencetuskan masalah yang lebih besar sukan memerlukan disiplin yang tinggi - mudah berputus asa dan kurang semangat kesukanan - perlu motivasi yang tinggi [Beri contoh atlet negara yang berdisipli n tinggi - Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei] Kurang pendedahan baik di dalam mahupun luar negeri - perlu diberi lebih banyak pendedahan melalui latihan atau penyertaan pertandingan peringkat antarabangsa u ntuk timba lebih banyak pengalaman Sistem ganjaran dan penghargaan membuatkan atlet mudah alpa dan berpuas hati ber ada di takuk yang sama - sistem ini perlu dikaji agar atlet mahu terus berusaha untuk memberi yang terbaik. Penutup: Demi meningkatkan mutu sukan negara - langkah-langkah yang praktikal perlu diamb il segera - atlet kita mampu memberi saingan hebat kepada atlet luar jika masala h-masalah di atas ditangani sebaiknya

-----------------------------------------------------------------------------KARANGAN CEMERLANG A+ Menu Khas ke Arah Kecemerlangan Karangan Respons Terbuka Karangan yang ditulis mesti mempunyai introduksi yang efektif dan kreatif. Malan gnya, banyak calon SPM yang tidak berinisiatif/berprakarsa untuk meningkatkan ku aliti penulisan karangan, khasnya pendahuluan. Rata-rata pendahuluan merupakan s tereotaip, yakni tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asl i; biasa sahaja sebagaimana yang sering kali kedapatan. Pelajar jahil tentang jenis pendahuluan yang perlu diterapkan selaras dengan jen is karangan. Dengan erti kata lain, calon SPM gagal untuk menarik hati pemeriksa

kerana kebanyakannya stereotaip sehingga membosankan pemeriksa. Ingat, seseoran g pemeriksa perlu memeriksa ratusan skrip jawapan. Jadi, anda perlu menampilkan pendahuluan yang unggul, yakni menonjol dan melebihi yang lain. Yang mustahak, p endahuluan haruslah memenuhi cita rasa pemeriksa, yakni menepati skema pemarkaha n, bukannya mengikut cita rasa sendiri. Dalam penulisan ini, pendahuluan jenis pendapat tokoh dipaparkan untuk dijadikan tunjuk ajar dan seterusnya meningkatkan mutu penulisan. Dalam pendahuluan jenis ini, pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk perbincangan ditampilkan. Tokoh yang dikemukakan itu hendaklah dikenali dan dihormati. Pendapat ini ditulis dalam be ntuk prosa atau dalam bentuk dialog, iaitu dalam pengikat kata. Pendapat ini tid ak semestinya yang sahih. Anda boleh mereka cipta pendapat itu dan memaparkannya sebagai pendapat tokoh. Sesuatu pendahuluan perlu mempunyai 3 elemen, yakni tajuk perbincangan, huraian tajuk, dan fokus/skop perbincangan. Ketiga-tiga unsur ini hendaklah dipaparkan d alam 3 jenis ayat, yakni ayat rangsangan (AR), ayat huraian (AH/AR), dan ayat ar ahan (AA). FOKUS KELUARGA:Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak bergiat dalam bi dang sukan. Huraikan pendapat anda. Karangan Contoh Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masy arakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti i bu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti m atlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu seperti peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Dengan cara it u, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberika n galakan dengan cara membelikan anak-anak mereka peralatan sukan. Sekiranya ana k-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka le bih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan ya ng diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Ole h hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemena ngan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam b idang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntuk kan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samp ing itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerl ang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk di kembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghanta r anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang su kan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mer eka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah ten tulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dal am usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, t inggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencip ta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk mence burkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan ter sebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam m ajalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi ke pada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Sila tambah satu isi lagi sebagai latihan:-

------------------------------------------------------------------------------

Dalam meladeni arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa ke semasa i ni, nusa yang kita cintai ini semakin utuh dan terkenal di persada antarabangsa. Jelas bahawa pembangunan negara kita semakin rancak dan selaras dengan negara-n egara maju yang lain bak aforisme yang sering diperkatakan, duduk sama rendah ber diri sama tinggi . Namun begitu, dari segi pembangunan atau pembinaan jati diri mu rid yang berdisiplin, negara kita masih belum berjaya sepenuhnya. Semakin negara kita berusaha mencapai status negara maju, semakin meningkat peratus pelajar se kolah yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Hal ini telah diakui oleh Datuk Ahmad Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dalam satu program te mu bual tv. Usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi kemelut ya ng semakin meruncing ini. Saya sebagai seorang pengawas yang telah diberikan man dat oleh pihak sekolah, mempunyai cara yang tersendiri untuk membentuk murid yan g berdisiplin. Izharnya, seseorang individu yang bergelar pengawas berperanan pe nting dalam membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin. Peranan utama saya untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin adalah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekola h dengan sebaik mungkin. Hal ini saya anggap afdal kerana pengawas telah diklasi fikasikan sebagai orang kedua selepas guru dalam membentuk peribadi murid yang m ulia dan mengharmonikan sekolah. Soal membentuk dan melahirkan murid yang berdis iplin amat penting kerana Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata, Jika kamu ingi n mengetahui masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda yang berada di h adapan anda . Maka,kata-kata ini menunjukkan bahawa generasi muda yang berdisiplin , berdedikasi dan beriltizam dalam setiap aspek amat penting kepada negara dan j atuh bangun sesebuah negara bergantung kepada generasi muda itu. Jadi, saya seba gai pengawas akan menguatkuasakanundang-undang dan peraturan sekolah dengan mela kukan beberapa tindakan yang sewajarnya diimplementasikanoleh seorang pengawas s ekolah seperti menegur pelajar-pelajar yang berambut panjang, memantau mereka ya ng berpakaian tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya dan meleraikan pergaduh an antara mana-mana pelajar sekiranya difikirkan tindakan itu tidak membahayakan nyawa. Tindakan-tindakan seperti ini penting atau adiwarna diambil demi memasti kan keadaan sekolah aman, sesi pembelajaran (P&P) berjalan lancar dan perhubunga n pelajar sentiasa terkawal. Tuntasnya, penguatkuasaan peraturan sekolah merupak an elemen yang penting dalam membentuk modal insan yang madani dan syumul.

Selain itu, modus operandi lain yang sepatutnya saya lakukan ad alah menunjukkan teladan yang baik kepada semua pihak terutama rakan murid dalam semua aspek termasuk pemakaian, pertuturan, pembelajaran dan yang paling pentin g, sikap dan perwatakan. Hal ini demikian kerana para pelajar atau murid merupak an insan yang baru sahaja mengenali dunia sebenar. Ramai pelajar atau murid yang masih mentah dan mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara terutama. Jika persekit arannya baik, maka baiklah seseorang itu. Jika persekitaran sebaliknya pula munc ul, natijah yang membawa impak negatif akan menjuarai tindakan seseorang. Jadi, pa ra pengawas seharusnya berupaya menjadi suri teladan kepada orang lain dan sehar usnya memantapkan diri lagi dengan sifat-sifat yang mulia dan berkarisma. Keupay aan untuk melakukan pengawasan dan pengawalan secara berhikmah merupakan aset be rharga seorang pengawas. Saya yakin dan percaya bahawa para pengawas yang mempun yai keperibadian mulia seperti ini sentiasa didambakan oleh para murid justeru m enjadikan para pengawas ini sebagai kawan. Jadi, kita seharusnya mendekati para murid itu dengan harapan agar mereka akan menjadi seperti diri kita sendiri. Den gan itu, murid yang berdisiplin dapat dibentuk manakala beban sekolah untuk mema stikan semua murid berdisiplin dapat dikurangkan. Senario ini persis slogan , Hulu rkan tangan ringankan beban . Oleh itu, melalui peranan ini, saya berharap agar da pat membantu sekolah membentuk murid yang berdisiplin di samping mengekalkan nam a baik sekolah. Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya la ksanakan adalah sentiasa bersama dengan para murid yang bermasalah dengan nawait u ingin memberi nasihat dan panduan kepada mereka. Langkah turut serta ini menur ut seorang motivator terkenal , Dr. Hushim Yahaya merupakan langkah turun padang y ang akan merapatkan dan memantapkan hubungan pemimpin dengan pihak yang dipimpin . Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, Anak-anak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih yang bersih lagi suci. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa untuk membe ntuk akhlak anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani . Melalui sabda Rasulullah S.A.W. ini, dapatlah kita simpulkan bahawa anak-anak ataupun para mu rid merupakan manusia yang memerlukan bimbingan dan dorongan daripada semua piha k. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Sesete ngah murid yang mempunyai masalah tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yan g sibuk bekerja akan melepaskan perasaan tidak puas hati mereka itu di sekolah d engan melanggar peraturan sekolah bermotifkan dendam untuk menyakitkan hati kedu a ibu bapa. Saya berpendapat bahawa dengan cara mendekati para murid serta berta nyakan masalah mereka, akan mengurangkan rasa ingin memberontak dalam diri merek a. Dengan memberi nasihat dan menyelesaikan masalah mereka melalui kaedah yang b etul, hal ini secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk menjadi muri d-murid yang berdisiplin dan berwawasan. Oleh itu, peranan seperti ini perlulah dimainkan agar masyarakat kamil dapat diwujudkan. Dalam pada itu, mengajak dan mendorong rakan-rakan melakukan keb aikan merupakan satu tanggungjawab yang sepatutnya saya lakukan bersama dengan m urid-murid yang lain. Allah swt. amat menyukai hamba-Nya melakukan kebaikan deng an penuh ketakwaan. Justeru kita boleh memberi panduan, bimbingan dan dorongan s erta perangsang kepada para murid yang ingin melakukan kebaikan dengan harapan m ereka akan seronok dan teruja melakukan amalan murni ini kerana ada orang atau p ihak yang menyokong setiap perbuatan yang dilakukan mereka di samping mereka men dapat ganjaran daripada Allah swt. Selain itu, saya akan berusaha sedaya upaya u ntuk sentiasa menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri mereka. Ramai pemikir t ermashyur seperti Confucius dan Socrates juga amat menekankan penyemaian nilai-n ilai moral dalam diri setiap manusia. Jadi, dengan langkah itu, para murid akan lebih tertarik untuk melakukan kebaikan berbanding keburukan. Izharnya, modus op erandi seperti ini seharusnya saya lakukan demi memastikan murid yang berdisipli n dapat dibentuk bak kata pepatah, Di mana ada kemahuan, di siru ada jalan . Peranan saya yang terakhir adalah memastikan bahawa saya berfung si sebagai perantara yang berkesan antara para murid dengan pihak sekolah. Saya

seharusnya berupaya menyampaikan maklumat yang jelas kepada murid tentang pelaks anaan peraturan dan undang-undang sekolah agar murid memahami dan menerima perka ra tersebut dengan sebaik mungkin. Manakala pihak sekolah yang terdiri daripada pengetua dan lembaga disiplin sekolah serta kaunselor akan saya dan rakan-rakan pengawas yang lain nyatakan permasalahan murid dengan penuh hikmah dan sempurna. Saya merasakan bahawa kemampuan berkonikasi secara berkesan dengan rakan murid dan guru merupakan suatu aset penting. Apabila bercakap dengan murid yang nakal, seharusnya saya menunjukkan sikap yang tegas. Apabila menyampaikan pengumuman s emasa perhimpunan, saya akan berusaha menyampaikan informasi dengan jelas. Denga n ini, mesej pihak sekolah akan dapat difahami oleh semua pihak. Jelasnya, peran an ini akan memantapkan hubungan murid dengan pihak sekolah yang akhirnya memben tuk disiplin murid. Kesimpulannya, tiada penyakit yang tiada ubatnya, dan tiada racu n yang tiada penawarnya. Maka, modus operandi yang konkrit, sistematik dan pragm atik perlu diimplementasikan secara berterusan agar murid yang berdisiplin dapat dibentuk. Saya dan beberapa pihak yang lain seperti badan pengawas dan pihak se kolah akan sentiasa menacri jalan atau alternatif untuk memastikan murid yang be rdisiplin dapat dibentuk dan hasrat kerajaan untuk melihat sifar masalah disiplin dapat direalisasikan pada tahun 2020. Hasrat kerajaan untuk memperkukuh gagasan 1Malaysia akan tercapai dengan terbentuknya murid yang berdisiplin berteraskan n ilai perpaduan dan ketaatan. Saya berharap agar peranan yang saya kemukakan tadi akan dapat saya realisasikan dan diadaptasi oleh rakan pengawas yang lain serta pihak-pihak yang lain.

------------------------------------------------------------------------------

Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini,gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak amat berleluasa di negara kita, Malaysia. Namun,gejala-ge jala tersebut bukan lagi isu yang hangat lagi kerana telah menjadi kebiasaan bag i rakyat negara ini. Hampir setiap hari media massa memaparkan berita yang berka itan dengan gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak,tidak ketinggalan j uga di corong-corong radio tempatan yang juga sering menyampaikan masalah-masala h tersebut. Namun, golongan yang tidak bertanggungjawab tersebut masih tidak mem punyai kesedaran serta perasaan malu apabila berita-berita sedemikian disebarka n sehingga setiap lapisan masyarakat menyaksikan perbuatan kejam yang telah mere ka lakukan ke atas golongan yang tidak berdosa ini. Walaupun mereka telah ditang kap dan dipenjarakan sehingga terdapat kes yang membawa mereka untuk dijatuhkan hukuman sampai mati. Hal ini jelas menunjukkan hanya manusia yang tidak mempunya i nilai moral yang boleh bertindak kejam seperti binatang yang tidak mempunyai a kal fikiran seperti manusia.Bak kata pepatah janganlah sudah terhantuk baru tergad ah . Pelbagai pihak telah bersinergi untuk menangani masalah tersebut dari pada berlaku, namun tetap menghampakan kerana tidak begitu efektif. Hal ini te rbukti apabila gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak semakin meningka t dari hari ke hari sehingga tahap yang kritikal. Bagi membendung masalah-masala h seperti ini daripada terus menular dalam kalangan golongan yang tidak bertangg ungjawab ini, masyarakat sendiri haruslah memainkan peranan mereka untuk membant u mengatasi gejala-gejala tersebut. Masyarakat haruslah membuang sikap bagai enau

dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mementingkan diri sendiri s ehingga mengabaikan keadaan di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, masyarakat har uslah menanamkan sikap jaga tepi kain orang untuk mengetahui apa yang telah berlak u di sekeliling mereka terutamanya dalam usaha membendung gejala-gejala sosial t ersebut daripada berlaku dalam kalangan remaja ataupun muda-mudi pada zaman mode n ini. Sementelahan pula, masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Hal ini amat penting bagi mereka untuk saling mengambil berat serta meng eratkan lagi hubungan silaturahim.Tambahan pula, perpaduan antara masyarakat dap at dikukuhkan lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu membanteras gej ala sosial daripada berlaku kerana adanya semangat bersatu-padu dalam kalangan m asyarakat. Selain itu,masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendi dik anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biar lah dari rebungnya. Hal ini amat penting bagi mendidik anak-anak mereka dari kec il supaya dapat membezakan antara kebaikkan dan keburukkan dalam melakukan sesua tu tindakan. Hal ini penting bagi ibu bapa untuk memainkan peranan mereka. Bagi sesiapa yang bergelar ibu dan bapa kapada anak-anak mereka, wajarlah mereka bers ikap tegas terhadap anak-anak supaya mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta rasa hormat dan taat kepada orang tua tersemai dalam diri mereka. Ibu bap a haruslah memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam pergaulan sosial yan g melampau seperti pergaulan bebas daripada berlaku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal segala aktiviti harian anak-anak mereka den gan lebih ketat. Di samping itu, ibu bapa sendiri haruslah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana remaja mudah terpengaruh d engan faktor persekitarannya. Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya . Oleh sebab hal yang demikian, ibu bapa haruslah mempunyai pendidikan keagamaan y ang kukuh supaya dapat disemaikan dalam diri anak-anak mereka. Pendidikan keagam aan merupakan satu langkah yang terbaik dalam mencegah segala perbuatan negatif yang menyumbang kepada gejala pembuangan bayi aakibat pergaulan seks bebas dalam kalangan golongan yang tidak bermoral ini. Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada berlaku,p eranan masyarakat haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah sentiasa peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah seorang jiran yang melak ukan penderaan terhadap anak-anak, mereka haruslah segera melaporkan kejadian te rsebut kepada pihak polis secepat yang mungkin tanpa mempedulikan ancaman daripa da jiran mereka. Selain itu, pengawalan keselamatan di sekeliling kediaman pendu duk haruslah diperketatkan. Hal ini amatlah penting bagi memastikan tidak ada se orang pun yang berani membuang bayi secara sesuka hati serta dapat memastikan ka nak-kanak mendapatkan perlindungan daripada didera serta disakiti oleh mana-mana pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha ini, penduduk setempat sendiri harus lah melakukan rondaan secara bergilir-gilir untuk memastikan tiada sebarang keja dian yang tidak diingini serta mencurigakan daripada berlaku. Akhir sekali, masyarakat haruslah menanamkan nilai-nilai murni dala m kehidupan seharian serta amalkan gaya hidup sihat. Masyarakat juga haruslah me mpunyai kesedaran yang tinggi tentang natijahnya jika terlibat dengan gejala-gej ala negatif seperti gejala pembuangan bayi akibat perhubungan yang terlanjur dan tidak ingin mempunyai anak haram serta dipandang hina oleh orang lain sehingga menemui jalan buntu iaitu membuang bayi yang tidak berdosa tersebut di merata-ra ta tempat. Sebaliknya masyarakat haruslah melibatkan diri dengan aktiviti-aktivi ti yang berfaedah yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta seper ti Kempen Membanteras Gejala Pembuangan Bayi. Hal ini dapat mendedahkan natijah yang akan diperoleh seandainya terjerumus dengan perbuatan negatif tersebut. Den gan adanya kesedaran yang tinggi, masyarakat secara automatik akan menjauhkan di ri daripada terlibat dengan sebarang gejala sosial. Hal ini akan menurunkan kada r gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.

Sebagai intihanya, masyarakat haruslah bersinergi dengan pelbagai pihak dala m usaha menangani gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak daripada berl aku serta mencari resolusi hingga ke akar umbi supaya gejala buruk ini dapat dib anteras dan dihalang daripada terus membelenggu setiap lapisan masyarakat di neg ara ini. Bak kata pepatah sikap bagai aur dengan tebing haruslah diamalkan antar a satu sama lain. Hal ini penting bagi menjadikan negara kita bebas daripada gej ala buruk supaya pembangunan negara tidak terjejas disebabkan oleh segelintir ma syarakat yang tidak bermoral ini. Tambahan pula, matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan direalisasikan serta imej negara dipandang tinggi di mata duni a.

Anda mungkin juga menyukai