Anda di halaman 1dari 8

KARANGAN KELUARGA Soalan : Peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.

Huraikan pendapat anda. Pendahuluan - Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. - Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. - Sehubungan dengan itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. - Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. - Melalui cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan. Isi 1. Memberikan galakan dengan membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka - Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. - Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. - Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. - Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. - Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara. 2. Menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidan sukan

- Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. - Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. - Hal ini berlaku demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. - Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. - Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. 3. Memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan - Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. - Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. - Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. - Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. - Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi. 4. Membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka - Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. - Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. - Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. - Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus

semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Penutup - Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. - Lantaran itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. - Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. - Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. - Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan. Soalan : Peranan ibu bapa dalam pembangunan modal insan Pendahuluan Dalam era globalisasi tanpa limitasi ini, negara Malaysia kini sedang pesat membangun dari sehari ke sehari. Persoalannya, apakah faktor yang mendorong pembangunan ini? Sebenarnya, pembangunan negara sejajar dengan pembangunan modal insan kelas pertama yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan ini lahir daripada generasi muda kita yang berwawasan tinggi. Generasi yang berwawasan memiliki sikap-sikap positif seperti dinamik, proaktif, beriltizam dan berdaya saing. Apakah pula rahsia pembentukan generasi berwawasan yang mendukung pembangunan modal insan di negara ini? Dalam hal ini, keluarga memainkan peranan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk dipikul demi merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

Isi

1. Memimpin tangan dan membantu anak mereka mengharungi kehidupan dengan cara yang efektif -

dalam

Generasi hari ini merupakan pemimpin masa hadapan. Mereka mesti menyediakan diri dengan ciri-ciri kepimpinan dan memantapkan ilmu serta kemahiran. Di sini jugalah keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan untuk memimpin tangan dan membantu anak mereka dalam mengharungi kehidupan dengan cara yang efektif sekali. Hal ini demikian kerana keluarga merupakan pihak yang paling dekat dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik terhadap anakanak kerana segala perbuatan dan tingkah laku ibu bapa pasti akan diikut oleh anak-anak mereka. Di mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi merupakan peribahasa yang relevan dengan isu ini. Sudah menjadi lumrah hidup manusia, anak-anak sememangnya akan memperhatikan dan meniru gerak tari ibu bapanya. Jika sumbang gerak tari ibu bapanya maka sumbanglah juga gerak tari mereka. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu bersikap optimistik tidak kira dalam apa-apa keadaan demi memastikan anak-anak sentiasa berada di landasan yang betul dan seterusnya melahirkan anak yang sentiasa bersikap positif.

2. Mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga - Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga. - Hal ini demikian kerana suasana yang harmoni dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan gejala negatif. - Apabila suasana ini dapat diwujudkan ikatan silaturahim antara keluarga akan lebih utuh. - Hal ini seterusnya dapat menggelakkan gangguan emosi dalam kalangan anak-anak dan seterusnya membendung anak-anak daripada tergelincir dari landasan yang benar. - Setiap hari dalam dada akhbar kita dapat melihat bahawasanya remaja kini kebanyakannya terlibat dengan masalah sosial yang menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Serentak dengan itu, ibu bapa dan keluarga harus membimbing dan memantau anak-anak supaya tidak terjebak ke dalam sesawang negatif dan menghancurkan usaha untuk membina modal insan. Peribahasa Melayu ada mengatakan, kepapaan menajamkan akal manusia, kekayaan menumpulkan akal manusia. Peribahasa ini memberi maksud yang sangat jelas bahawa ibu bapa tidak harus melimpahkan kemewahan terhadap anak-anak kerana kemewahan dan kekayaan akan menyebabkan anak-anak lalai dalam menjalani kehidupan. Sebaliknya anak-anak lebih suka berfoya-foya dan mengabaikan tanggungjawab utama mereka iaitu menuntut dan menimba ilmu. Sememangnya, ibu bapa harus bijak menguruskan kewangan anakanak mereka dan mendidik mereka bagi mengelakkan mereka tergolong dalam golongan yang lalai dan rugi.

3. Ibu bapa harus mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka - Di samping itu, ibu bapa harus mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka. - Dalam hidup ini, setiap manusia yang memperoleh kejayaan pasti pernah menemui kegagalan pada suatu ketika dahulu. - Dalam hal ini, jika anak-anak gagal dalam sesuatu perkara misalnya peperiksaan, ibu bapa tidak seharusnya menghukum mereka sebaliknya memberi dorongan dan menasihati mereka. - Pengalaman ialah ibu segala kejayaan merupakan peribahasa Jepun yang sangat sesuai dengan isu ini. - Sebaik-baiknya kegagalan yang pernah dihadapi itu dijadikan pengalaman dan sejarah yang tidak boleh diulang kembali. - Jelaslah di sini bahawa, dorongan dan sokongan ibu bapa dapat mendidik anak-anak untuk mengawal emosi mereka dan seterusnya membentuk modal insan yang cemerlang dari aspek emosinya. - Seterusnya, didikan agama merupakan aspek yang paling penting bagi membentuk generasi yang bersih dari segi rohani dan jasmani. 4. Menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak mereka - Dalam hal ini juga ibu bapa ialah pihak yang bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak mereka. - Hal ini demikian kerana dengan pengetahuan agama yang menebal dalam diri, anak-anak dapat membezakan perkara yang benar dan batil.

Anak-anak juga lebih terdorong untuk melakukan kebaikan dan secara tidak langsung dapat menyuntik semangat mereka untuk berusaha dengan gigih demi mencapai matlamat. Perkara ini juga dapat membina disiplin diri anak-anak dan melicinkan usaha untuk menambah bilangan modal insan dalam negara kita.

Penutup - Konklusinya, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam pembentukan modal insan dalam kalangan anak-anak mereka. - Bahawasanya, gabungan nilai-nilai murni, ilmu pengetahuan dan kemahiran serta disiplin diri yang tinggi boleh melahirkan generasi berwawasan yang menjadi akar kepada pembangunan modal insan kelas pertama yang cemerlang dari aspek fizikal, mental dan emosi. - Dalam hal ini, ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati sagunya. - Sehubungan dengan itu, ibu bapa tidak boleh berputus asa berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dalam masyarakat, bangsa dan agama serta membatu merealisasikan satu agenda penting negara iaitu melahirkan generasi berwawasan yang menjadi penggerak kemajuan negara. Soalan : Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa. Ulaskan pernyataan di atas. Pendahuluan Isi 1. Ibu bapa mestilah menekankan didikan agama yang secukupnya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ungkapan di atas begitu signifikan untuk menggambarkan peranan ibu bapa dalam membina sebuah institusi keluarga yang bahagia. Ibu bapa merupakan nakhoda dalam melayari bahtera keluarga. Ibu bapa jugalah yang bertanggungjawab untuk merealisasikan konsep Rumahku Syurgaku. Apa yang pasti, kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk kejayaan anak-anak?

Pada pendapat saya, peranan keluarga yang paling utama ialah ibu bapa mestilah menekankan didikan agama yang secukupnya kepada anggota keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana didikan agama yang ditekankan oleh ibu bapa dapat menjadi benteng kepada anak-anak agar tidak melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Lagipun, didikan agama yang ditekankan juga dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dalam gejala sosial yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka. Sebaliknya jika didikan agama tidak ditekankan, anak-anak akan terlibat dalam gejala sosial seperti ponteng sekolah, merempit, menagih dadah, mencuri dan sebagainya. Lantaran itu, didikan agama mestilah ditekankan, kerana kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa. Contohnya, didikan agama yang ditekankan seperti mendidik anakanak supaya mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran, menghormati orang tua dan lain-lain semenjak kecil lagi, persis kata orang tua-tua, kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tegasnya menekankan didikan agama merupakan peranan ibu bapa untuk kejayaan anak-anak.

2. Memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anggota keluarga - Selain itu, ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anggota keluarga juga dikenal pasti sebagai peranan ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak-anak mereka. - Saya berpendapat demikian kerana kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa dapat mendorong anak-anak untuk menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh kedua-dua ibu bapa mereka. - Di samping itu, kasih sayang yang diberikan juga dapat melahirkan anak-anak yang sentiasa mentaati dan mengasihi kedua-dua ibu bapa mereka. - Sebaliknya jika kasih sayang tidak diberikan, anak-anak akan berasa diabaikan dan hal ini akan mendorong mereka untuk mendapatkan perhatian daripada rakan sebaya. - Sehubungan dengan itu, kasih sayang mestilah diberikan kerana kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa. - Misalnya, kasih sayang yang diberikan termasuklah tidak bersikap pilih kasih terhadap anak-anak dan sentiasa menceriakan suasana dalam keluarga.

Jelaslah, peranan ibu bapa untuk kejayaan anak-anak adalah dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anggota keluarga.

3. Ibu bapa mestilah meluangkan masa yang berkualiti bersama anggota keluarga - Peranan ibu bapa untuk kejayaan anak-anak yang berikutnya ialah ibu bapa mestilah meluangkan masa yang berkualiti bersama anggota keluarga. - Hal ini bermaksud, masa berkualiti yang diluangkan oleh ibu bapa dapat memastikan anak-anak tidak berasa kesunyian semasa berada di rumah terutama pada hujung minggu. - Selain itu, masa berkualiti yang diluangkan juga dapat memberi peluang kepada anak-anak untuk menyatakan permasalahan mereka kepada ibu bapa sama ada berkaitan dengan pembelajaran, kewangan dan lain-lain. - Sebaliknya, jika masa berkualiti tidak diluangkan, anak- anak akan berasa disisihkan dan mereka akan beranggapan ibu bapa lebih mementingkan kerjaya daripada anak-anak. - Lantaran itu, masa berkualiti mestilah diluangkan kerana kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa. - Tamsilnya, masa berkualiti yang diluangkan seperti beriadah bersama, makan bersama, melancong dan seumpamanya. - Saya optimis, meluangkan masa yang berkualiti merupakan peranan ibu bapa untuk kejayaan anak-anak. Penutup Generalisasinya, setiap ibu bapa mestilah memainkan peranan untuk kejayaan anak-anak agar mereka menjadi generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Anak-anak umpama kain yang putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan masa depan mereka. Usaha yang murni ini mestilah dimulakan dari sekarang bak kata peribahasa, perjalanan yang beribu-ribu batu semestinya bermula dengan langkah yang pertama.

Anda mungkin juga menyukai