Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Sukan Kepada Pelajar

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini
demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada
masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang
sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua
pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan
moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan
tercapai iaitu seperti peribahasa Melayu, dimana ada kemahuan, di situ pasti ada
jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat
antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan
galakan dengan cara membelikan anak-anak mereka peralatan sukan. Sekiranya
anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah
mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah
membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan
permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash
dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya
peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat
melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah,
negeri dan negara.

Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam
bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya
memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan
permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan
mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat
dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif
untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah
dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan
nama negara di persada dunia.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar
anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan
cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang
sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-
anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan.
Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada
anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu,
tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin
untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati
oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat
maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-
majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang
dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus
semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam


usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah
diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha
untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya
mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan
kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan
akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita
maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam
bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang
yang ingin akan kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai