Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Sukan Kepada Pelajar

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal
ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak
kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab
dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan
kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan
galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan
bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu seperti peribahasa Melayu,
dimana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Dengan cara itu, nama
negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui
kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan
memberikan galakan dengan cara membelikan anak-anak mereka peralatan
sukan. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan
sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai
contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut
dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-
anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang
demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang
sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar
kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri
dan negara.

Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri


dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak
supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti
sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan
menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang
berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah
melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang.
Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk
dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan


menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut
dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk
bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani
anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding
dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan
memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha
untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung,
tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk
mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang


diminati oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih
berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius.
Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam
bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu,
kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah
sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi
kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan


dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa
perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya
dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu
bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik
semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak
mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan
sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang
sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar
sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang
ingin akan kejayaan.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukankemahiran atau ketangkasan serta tenaga sepertiberenang, pe
rmainan bola sepak, tenis, lumba laridan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan sebagai acarapertandingan,
hiburan atau untuk menyihatkanbadan atau riadah. Sukan dapat meningkatkandisiplin murid. Individu
yang mempunyai disiplinyang tinggi, mampu mengawal diri sendiri untukmematuhi peraturan yang dit
etapkan. Disiplin jugamembentuk seseorang agar berkelakuan baik.Murid akan mematuhi arahan dan
akur padanasihat ibu bapa seperti menghormati orang yanglebih tua, bersopan santun dan taat pada a
gama.
•Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akanterdidik untuk mengagihkan masa dengansewajarny
a. Dia akan menentukan masa untukbersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah ya
ng akan memberikan perhatian yangsepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaranberlangsung. Maj
lis Sukan Negara
(MSN) sedarbahawa sukan mampu melahirkan insan yang sihatdari segi fizikal dan mental. Oleh sebab
itu, MSNmemberikan sokongan kepada kegiatan sukan danmata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kes
ihatanyang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu,pihak Kementerian Belia dan Sukan telahbeke
rjasama dengan pihak Kementerian PelajaranMalaysia untuk membina lebih banyak sekolahsukan sepe
rti Sekolah Sukan Bukit Jalil.
•Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorangharus berfikiran positif dan mempunyai keyakinandiri.
Di samping itu, aktif bersukan membolehkanseseorang itu mempunyai akal yang sempurnauntuk berfik
ir. Hal ini demikian kerana mereka akanberfikiran rasional untuk membuat keputusandengan baik. Suk
an juga menerapkan semangatberpasukan yang tinggi. Mereka sering bergandingbahu untuk membant
u pasukan menempakejayaan. Murid yang aktif bersukan akanmempunyai semangat juang yang kental
. Merekajuga berupaya untuk menerima kegagalan secarapositif apabila kecundang dalam sesuatupert
andingan.
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan
serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan
atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada
tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana
menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini
ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan
sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu
melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?
Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin
murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam
bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri
sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain
dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak
merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung
sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat.
Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang
serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada
setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan
jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya
yang tidak bersukan
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik
untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian
kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan
tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang
murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan
jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya
dalam pelajaran.
Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang
berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan
seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak
cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa
walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh
itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.
Tambahan, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang
mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya
murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer
game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-
belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka
akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh
badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan
aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita
berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan
mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya,
badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam
kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan
menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur,
bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita
akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Selain itu,
bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan
permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita
menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam
gejala sosial. Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama
sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan
sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana
kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita
juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah. Kesimpulannya, tiada menjadi
kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan
untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas

Faedah-faedah Bersenam
1. • Menjadi cergas dan cerdas.
2. • Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah.
3. • Mengawal berat badan.
4. • Meningkatkan stamina.
5. • Menguatkan otot, tulang dan sendi.
6. • Meningkatkan kelenturan dan kecekapan gerakanbadan.
7. • Mengurangkan stres.
8. • Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak.
9. • Memperbaiki postur badan.
10. • Menjadi lebih ceria dan meningkatkan ketrampilan diri

Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah
kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk
bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan.
Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh
sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak
melakukannya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul.
Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan
emosi.. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap
bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana
sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan
yang kuat. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam
kalangan anggota seseorang individu.Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai
peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa .Malaysia terdiri daripada
berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik
menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping
mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh
menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang
kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan
sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula,pelancaran aktiviti sukan secara global
juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara
yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi
sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.

Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN


KOKURIKULUM
Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolah-
sekolah rendah dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi.Pendidikan
Jasmani ini adalah terdedah kepada semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara
berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana
melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak
membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan selepas
kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan institusi-
institusi pengajian tinggi.Kegiatan-kagiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan
yang biasanya kita jalankan.
Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan
profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira
300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation
of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang
terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan
adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan,
peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai
dalam bidang akademik.
Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan
profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira
300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation
of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang
terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan
adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan,
peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai
dalam bidang akademik.

Sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara. Sukan
berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju.
Contohnya : Amerika Syarikat memperolehi sebanyak RM135 billion sebagai
pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan
sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-
negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat.
Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat
sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut
bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran
antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan,
barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk
alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.

Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Bersukan dapat
menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas.Sehubungan dengan
itu,kerajaan dapat mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan
perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati penyakit
rakyat.Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modal-modal yang berlebihan ke sektor-
sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020 terutamanya sektor
industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif individu sebdiri,seseorang itu
juga dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh
badan yang sihat disebabkan bersukan secara kerap.Manakala,individu berkenaan juga
boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas
seperti makanan,minuman,pakaian dan lain-lain bagi menjamin kesejahteraan
kehidupannya.

Faedah-faedah Bersenam
11. • Menjadi cergas dan cerdas.
12. • Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah.
13. • Mengawal berat badan.
14. • Meningkatkan stamina.
15. • Menguatkan otot, tulang dan sendi.
16. • Meningkatkan kelenturan dan kecekapan gerakanbadan.
17. • Mengurangkan stres.
18. • Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak.
19. • Memperbaiki postur badan.
20. • Menjadi lebih ceria dan meningkatkan ketrampilan diri

Anda mungkin juga menyukai