Anda di halaman 1dari 7

Manfaat Dasar 1Murid 1Sukan Kepada Murid Sekolah

Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia
pada tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang
penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan
menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah
iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan
murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan atau permainan di sekolah. Oleh itu,
pelbagai manfaat dasar tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam
perbincangan seterusnya.

Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah murid-murid


dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian
kerana murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri
daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif.
Sebagai contohnya, murid-murid dapat menyertai aktiviti sukan atau permainan seperti
bola sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang, dan sebagainya.
Aktiviti yang dilakukan itu memang memberikan manfaat yang banyak kepada mereka.
Jadi, dengan mengikuti program ini, murid-murid dapat menggunakan masa dengan
berkesan dan dapat mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat.

Dasar ini membolehkan guru-guru mencungkil bakat murid dalam bidang sukan atau
permainan. Melalui sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka dapat disuburkan
dengan bimbingan dan latihan daripada guru kerana kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Murid yang telah dilatih itu boleh mewakili sekolah sebagai
pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling, olahraga, dan sebagainya. Murid-
murid dapat membuktikan bakat dan potensi mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk
mencapai kemenangan. Perkara itu membuktikan bahawa dasar ini dapat
mengembangkan bakat murid-murid dalam sukan atau permainan yang diminati oleh
mereka.
Selain itu, program ini dapat mewujudkan budaya atau amalan yang
mementingkan kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Perkara ini penting kerana
murid yang aktif dalam aktiviti sukan akan menyebabkan badan mereka sihat dan
cergas. Apabila badan mereka sihat, otak mereka akan cerdas dan murid-murid akan
mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik. Dengan perkataan lain, murid-murid yang sihat dan cerdas ini akan
dapat menjawab soalan dalam pelajaran dengan cemerlang. Hal ini membuktikan
bahawa melalui program ini, murid akan sihat dan cergas serta mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan setiap murid


dalam aktiviti sukan atau permainan. Hal ini demikian kerana setiap murid berpeluang
untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka.
Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang diabaikan atau
dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan di sekolah. Secara
tidak langsung, pihak sekolah dapat mencungkil bakat murid dalam aktiviti sukan atau
permainan dan bakat itu boleh digilap dan dilatih untuk mewakili sekolah. Oleh itu,
jelaslah bahawa dasar ini dapat merangsang minat murid-murid untuk melibatkan diri
dalam aktiviti sukan atau permainan yang diminati oleh mereka.

Melalui dasar ini, usaha untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan
kaum dalam kalangan murid akan menjadi realiti. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti
sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan menghayati semangat kesukanan
ketika melibatkan diri dalam sesuatu permainan atau sukan. Sebagai contohnya, murid-
murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum seperti kaum
Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan dalam sesuatu permainan atau sukan. Perkara
ini membolehkan murid-murid berinteraksi dengan lebih erat dengan rakan-rakan
sepasukan yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Tegasnya, dasar tersebut dapat
membentuk murid yang menghayati semangat kesukanan dan perpaduan kaum di
negara ini.
Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi
baharu yang banyak manfaatnya dalam sistem pendidikan di negara kita. Oleh itu, ibu
bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni ini.
Sekiranya usaha ini tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak, sudah tentu
hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama untuk
merealisasikan perkara ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap agar murid-murid lebih aktif
dan bersemangat dalam bidang sukan demi kemajuan dan kecemerlangan sukan
negara.
1Murid 1Sukan (1M 1S) Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Kenapa Dasar
1M 1S Ini Diwujudkan? Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua
murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada
murid yang kurang atau tidak aktif; Membangunkan sukan sekolah ke arah
meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di
sekolah; dan Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi
untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini? i.
Meningkatkan kecergasan jasmani; ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai
murni; iii. Memupuk perpaduan di antara kaum; iv. Membentuk budaya sukan di
kalangan murid; v. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal; vi. Memberi
keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan vii.
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Apakah Perkara-perkara Yang
Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1M 1S Ini? Sebelum pelaksanaan
Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: i. Setiap murid
termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah
wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan; ii. Murid boleh
menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh
sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah; iii.
Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang
melibatkan pergerakan fizikal. iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun
berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga
sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti
teras sukan di sekolah. v. Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala
sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini; vi.
Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan;
vii. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang
kepada pembangunan sukan sekolah; dan viii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai
prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan
penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Siapakah Yang
Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini? i. Dasar 1M 1S adalah
diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan,
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah
hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. ii.
Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah
sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan
Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan
aktiviti 1M 1S

Dasar 1Murid 1Sukan Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini,
setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah
sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk
membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat
sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting
dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan
untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus
dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang
demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu
landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu
padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong
semangat 1 Malaysia. Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk: 1. Membangunkan modal insan
melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan
sepanjang tahun. 2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar
menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1 M1
S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 1. Meningkatkan kecergasan
jasmani. 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 3. Memupuk
perpaduan di antara kaum. 4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 5.
Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. 6. Memberi keseimbangan
antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 7. Mewujudkan landasan ke arah
kecemerlangan sukan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan
dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 2. Membangunkan
sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-
kurangnya satu jenis sukan di sekolah. 3. Memberi peluang kepada semua murid yang
berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Pelaksanaan Dasar
1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 1. Setiap murid termasuk
murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib
mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah
diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan
1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra
Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan
sekolah. 2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan
sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan
persetujuan pihak sekolah;. 3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk
mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S. 4. Aspek yang
diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan. 5.
Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani,
dan Emosi murid. 6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk
menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 7. Setiap sekolah yang sudah pun
mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan
penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Bagi memenuhi
prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam
melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu,
pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 1. Aktiviti sukan
bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan
dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S
hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. 2. Aktiviti sukan di
sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab
sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas
desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. 3. Pihak sekolah hendaklah
mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan
sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat
antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S

Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang
berasaskan: 1. Kehadiran; 2. Jawatan Serta Sumbangan; 3. Penglibatan; dan 4.
Pencapaian.

Anda mungkin juga menyukai