Anda di halaman 1dari 4

Makanan Seimbang

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk


keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makana dan vitamin untuk
pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel
mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan
daripada makanan seimbang ini.
Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini
menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna dariapda aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina
tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal
yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan
tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang
menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang
kurang menjaga aspek pemakanannya.
Selain itu, pemakanan yang seimbang menjadikan perkembangan
mental seseorang itu terganggu pula. Kekurangan zat makanan yang tertentu
boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih
apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk
menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu
yang

seimbang

askpek

pemakanannya.

Jadi,

pemakanan

seimbang

menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.


Kemungkinan

kepentingan

pemakanan

seimbang

yang

mudah

difahami ialah makan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup


kepada badan seseorang itu. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan
tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit
atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara
yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia
yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang
sihat sejahtera sahaja.

Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal


kadar obesity masyarakat dunia. Salah satu aspek utama dalam pemakanan
seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang
kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan
pemakanan seimbang menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk
dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama
aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesity
mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang
dalah hidupnya.
Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan
gaya hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang dalam
diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak
seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit
bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing
manis. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi
serta dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan
pemakanan seimbang.Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas
air masak setiap hari.
Kesimpulannya, kita perlu mengambil makan yang seimbang kerana
semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi
masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada
pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu
berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan
bertambah pula. Ketika itu, mungkin sudah terlewat untuk kita semua
mengambil langkah pencegahannya. Tepek dada tanya selera.

Soalan:
1. Apakah maksud makanam seimbang?
2. Jelaskan kesan pengambilan makanan seimbang.
3. Bagaimanakah cara untuk mempratikkan pemakanan seimbang dalam
kehidupan seharian?
4. Analisis ciri-ciri makanan seimbang untuk kanak-kanak, remaja dan
dewasa.
5. Sejauh manakah pemakanan seimbang dapat memupuk gaya hidup
sihat?
6. Ciptakan serangkap pantun empat kerat yang menggambarkan
kepentingan pemakanan seimbang.

Jawapan:
1. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk
keperluan tubuh badan.
2. Pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik
berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya,
memberikan vitamin yang cukup kepada badan, mampu mengawal
kadar obesiti dan mampu menjaga perkembangan mental seseorang
itu tidak terganggu.

3. Mengurangkan gula
Mengurangkan minyak
Mengurangkan garam
Melebihkan sayur-sayuran
Melebihkan buah-buahan
Pengambilan air yang mencukupi
4. - membantu tumbesaran kanak-kanak.
- membolehkan dewasa bekerja secara produktif

- membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung,


kanser, penyakit kencing manis dan sebagainya.
- mengurangkan faktor risiko utama untuk penyakit kronik, kegemukan,
tekanan darah tinggi dan tinggi kolestrol dalam darah.
5. Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan
gaya hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang
dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari.
Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu
mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi,
penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Sesungguhnya, tubuh
kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat
mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan
seimbang.Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air
masak setiap hari.
6. Cipta sendiri berdasarkan kreativiti murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai