Anda di halaman 1dari 4

MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang adalah makanan yang


mengandungi semua jenis zat makanan yangdiperlukan
oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein,
zat besi dan juga vitamin. Mengikut kamus dewan edisi
4, makanan ditafsirkan sebagai satu juadah, santapan,
habuan perut manakala seimbang membawa pengertian
tidak berat sebelah atau pun sama beratnya.

Makanan seimbang amat penting untuk semua orang.


Kegagalan individu mengambil makanan seimbang akan
mengundang kepada pelbagai gejala penyakit,
menyebabkan pertumbuhanindividu terbantut malahan
turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi
dengan baik.

Makanan seimbang penting terutama kepada para


pelajar. Pengambilan makanan berkarbohidrat pada
sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar
mengantuk ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi
tidak cergas malahan daya ingatan kurang tajam.
Malahan makanan seimbang penting untuk
mengekalkan daya konsentrasi pelajar di dalam
kelas.Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat
penting buat semua orang tanpa pemakanan yang
seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah
pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri
sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan
pemakanan secara seimbang untuk kestabilan
kesihatan.
AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG

Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk


kesihatan diri sendiri. Makanan seimbang ialah
pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan
dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan
vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut mempopularkan pemakanan
seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan
artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu,
wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang
ini.

Kebaikan pemakanan seimbang

1.Pembesaran fizikal tubuh badan lebih sempurna.


Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat
makanan yang diperlukan untuk mendapat atau
membina tubuh badan yang sihat dan cergas.
2. Mengawal kadar obesiti.
Pengawalan pengambilan makanan juga penting untuk
mengelakkan tubuh badan menjadi obesiti dengan
mengambil makanan kuantiti yang sedikit tetapi cukup
khasiat untuk tubuh badan.
3. Perkembangan mental seseorang tidak terganggu
Kekurangan zat makanan atau protein makanan boleh
mengakibatkan seseorang itu tidak cergas dan mudah
letih bila seseorang individu tersebut melakukan aktiviti.
Maka keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu
gagal berfikir dengan baik untuk membuat keputusan.
Jadi permakanan seimbang juga antara penyumbang
gaya hidup yang lebih sihat.

Antara contoh makanan tidak berkhasiat ialah Nugget,

Pizza, Jajan/ Makanan ringan dan Air berkarbonat.

Tips pemakanan seimbang

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.


Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang
putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis
buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat
tersendiri.

2. Banyakkan minum air.


Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh
anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan
pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu
badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh
yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang
11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air
kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru.
Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan.
Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap
hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain,
buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

Anda mungkin juga menyukai