Anda di halaman 1dari 5

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu

penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah

Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. Selain itu, kita perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Lemak, gula dan sebagainya perlu dikurangkan dalam pemakanan

harian. Ini dapat mengelakkan penyakit obesiti. Seseorang yang obesiti, mereka susah melakukan sesuatu pekerjaan. Jadi, amat penting pengawalan kadar obesiti kepada kita. Di samping itu, zat-zat yang penting juga amat penting pada seseorang. Kekurangan zat-zat mampu menjadikan otak seseorang menjadi lemah dan tidak cerdas lalu menjadi mudah letih. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Justeru, Pelbagai cara untuk mempraktikkan amalan pemakanan yang sihat. Minum air lapan gelas sehari, mengurangkan kadar lemak dan gula dalam makanan, dan sebagainya. Mulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat seperti bijirin. Sebenarnya, tabiat tidak bersarapan pagi lazimnya akan menjadikan seseorang itu mengambil makanan berlebihan ketika makan tengah hari dan pada waktu-waktu lain. Makan pada waktu yang ditetapkan. Makan di meja atau tempat yang dikhaskan. Makan makanan segera sekali sekala. Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut dan snek. Memperbanyakkan pelawas, pelawas ialah bahan yang tidak dapat dicernakan oleh badan. Pelawas penting untuk menggalakkan pengecutan dan pengenduran otot-otot di salur pencernaan supaya makanan dapat bergerak dengan lebih mudah dan membantu proses pembuangan tinja. Kehidupan sihat bermula daripada pemakanan yang baik. Bagi menjalani gaya hidup yang sihat, anda mempunyai banyak pilihan untuk mengurangkan berat badan dan mempertingkatkan tahap kesihatan walaupun mungkin tenggelam dalam kesibukan tugas. Pemakanan sihat adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian anda, dan pada yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat

keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Makanlah aneka ragam makanan. Makanlah makanan untuk memenuhi kecukupan tenaga. Makanlah makanan sumber karbohidrat dan mengandungi protein yang tinggi untuk membekalkan tenaga. Gunakan garam beryodium. Makanlah makanan sumber zat besi. Biasakan mengambil sarapan pagi. Minumlah air bersih yang cukup jumlahnya. Lakukan aktiviti fizikal secara teratur. Hindari minuman yang beralkohol. Makanlah makanan yang sihat bagi kesihatan. Seterusnya, pengagihan makanan adalah penting juga. Di negara seperti Bosnia, Somalia, dan Afghanistan. Mereka amat memerlukan makanan yang cukup. Negara yang kaya mestilah prihatin dan bermurah hatu memberi bantuan kepada yang lebih memerlukan. Air bersih juga keperluan asas yang penting, jadi tidak larilah dari kehidupan harian. Mereka amat memerlukan keperluan asas untuk terus hidup.

Setiap orang tidak lari daripada masalah ini. Sudah beberapa kali kejadian bencana alam telah berlaku seperti tanah runtuh, tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Mereka yang kurang bernasib baik ini perlu diberi perhatian. Ringankanlah hati untuk memberi pertolongan. Setiap negara perlu memberikan khidmat untuk kesejahteraan. Pengagihan makanan untuk yang kurang bernasib baik perlu diberi perhatian. Adab makan dan kepercayaan agama perlu dititik beratkan. Seperti orang India tidak boleh memakan lembu kerana mengikut kepercayaan.orang India tidak memakan daging lembu adalah berasaskan budaya dan kepercayaan tradisional dan bukan tuntutan agama semata-mata. Kaum India-Hindu di serata dunia mempercayai bahawa lembu adalah anugerah Tuhan kepada umat manusia, lalu kurniaan istimewa itu perlu dihargai. Sekadar contoh mudah, apabila melihat anaknya kelaparan, lembu betina akan segera bergegas

mendapatkan si anak untuk menyusukannya. Begitulah dibandingkan dewa-dewi dalam konsep agama Hindu yang datang segera untuk membantu insan yang memerlukan bantuan. Orang Islam tidak boleh makan makanan haram seperti daging khinzir dan arak. Adab makan perlu dijaga. Islam melarang memakan makanan haram kerana ianya boleh memudaratkan kesihatan. Setiap agama mempunyai pegangan tertentu. Islam sentiasa mengingati tentang adab makan kerana ianya amat penting pada seseorang individu. Setiap arahan dan pantang larang agama perlu diikut supaya kesejahteraan hidup terjamin. Sunnah Rasullulah ialah memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kerana bahawa amalan ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun. Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan. Kesimpulannya, makan makanan berkhasiat penting dalam pemakanan harian kita. Selaim itu, kita juga perlu mempratikkan amalan pemakanan yang betul. Di samping itu, merancang satu gizi seimbang juga penting untuk menjaga kesihatan. Pengagihan makan kepada yang kurang bernasib baik perlu diamalkan. Akhir sekali, adab makan yang menepati sensitivi dan kepercayaan agama perlu dititik beratkan demi kesejahteraan hidup.

Anda mungkin juga menyukai