Anda di halaman 1dari 25

AMALAN PEMAKANAN YANG

SIHAT.

PENGENALAN.

Amalan makan secara sihat adalah satu


faktor yang penting ke arah kesihatan
sepanjang hayat. Amalan ini seharusnya
dibentuk dan dipupuk dari peringkat awal
lagi. Pada peringkat kanak-kanak, mereka
memerlukan banyak zat makanan untuk
memenuhi keperluan tumbesaran fizikal
dan mental yang pesat. Walau bagaimana
pun, pada peringkat ini mereka mudah
dipengaruhi oleh media dan persekitaran
dalam soal pengambilan makanan yang
tidak sihat. Oleh itu, masalah ini perlu
diatasi dengan cara memberi pengetahuan
dan kemahiran berkaitan cara makan yang

MAKSUD AMALAN PEMAKANAN


YANG SIHAT IALAH :

Amalan pemakanan sihat bermaksud


amalan yang boleh menjaga kesihatan.
Dengan adanya amalan pemakanan yang
sihat, kita akan terhindar dari sebarang
penyakit yang merbahaya seperti kencing
manis, darah tinggi sakit jantung dan
sebagainya. Amalan pemakanan yang
sihat boleh dirancang dengan
menggunakan piramid makanan yang juga
digunakan dalam penyediaan makanan
sihat.

KEPENTINGAN MAKAN
MAKANAN YANG
BERKHASIAT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling


berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.
Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan
pengambilan makanan yang berkhasiat untuk
memastikan kesihatan yang baik. Punca utama
serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser
dan penyakit jantung ialah kerana tidak
memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta
kurang bersenam. Corak pengambilan makanan
yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal
lagidan kenyataan ini benar dalam soal
kesihatan.

CONTOH MAKANAN BERKHASIAT


DAN TIDAK BERKHASIAT
BERKHASIAT SAYUR DAN
BUAH BUAHAN

TIDAK BERKHASIAT-MAKANAN
YANG MANIS DAN BERLEMAK

GUNAKAN LAH PIRAMID


MAKANAN SEBAGAI PANDUAN

AMALAN PEMAKANAN YANG BETUL DAN


SIHAT.

1) Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan


punca rezeki yang digunakan untuk membeli
makanan.
2) Amalkan memulai makan dengan sekurangkurangnya Bismillah dan menyudahinya dengan
Alhamdulillah.
3) Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan
atau baring.
4) Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis)
bagi menyihatkan perut.
5) Jangan makan makanan yang terlalu panas atau
terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru
dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu
sangat tidak digalakkan.
6) Kurangkan makan makanan berminyak
(bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

7) Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula


yang tinggi.

8) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

9) Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan


pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

10) Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti


kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang
dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum
bermasak pada awal pagi

11) Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja
kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

12) Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan


bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk
kecerdasan minda.

KEPENTINGAN GIZI
SEIMBANG.

Gizi seimbang ialah makanan yang


mengadungi ketujuh-tujuh kelas
makanan dalam kuantiti yang
sesuai dengan keperluan badan
seseorang. Komposisi gizi seimbang
bagi setiap orang adalah
berbeza.Gizi seimbang penting
untuk membekalkan keperluan
tenaga dan mengekal kan kesihatan
seseorang. Apakah faktor-faktor gizi

FAKTOR PERTAMA - UMUR

1. Umur Kanak kanak dan remaja yang aktif perlukan

lebih banyak tenaga berbanding dengan orang yang lebih


tua . Mereka juga perlukan protein yang lebih banyak
untuk tumbesaran.
Contoh : Bayi memerlukan
lebih banyak protein
untuk membesar.
Remaja memerlukan
karbohidrat untuk
tenaga.

FAKTOR KEDUA SAIZ BADAN

2. Saiz badan Individu yang berbadan besar


memerlukan tenaga yang lebih banyak daripada
individu yang berbadan kecil kerana jisim badan
mereka lebih tinggi.
Contoh : Orang berbadan
besar perlukan
lebih tenaga
untuk berlawan
berbanding
orang yang
berbadan kecil.

FAKTOR KETIGA - JANTINA

3.Jantina Biasanya lelaki memerlukan tenaga yang


lebih banyak kerana mereka lebih aktif dan lebih cepat
kehilangan haba berbanding dengan perempuan.

contoh : lelaki perlukan


banyak tenaga kerana
kadar metabolisme
yang lebih tinggi
berbanding dengan
perempuan .

FAKTOR KEEMPAT PEKERJAAN

4.Pekerjaan orang yang melakukan kerja yang


berat seperti buruh binaan atau yang melibatkan
aktiviti fizikal seperti atlet memerlukan tenaga
yang lebih banyak berbanding dengan orang yang
bekerja di pejabat.

contoh : mereka yang


kerjanya banyak
melakukan kerja
fizikal perlukan
banyak tenaga.

FAKTOR YANG KELIMA - IKLIM

5. Iklim penduduk di negara yang beriklim sujuk


memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk
mengekalkan suhu badan berbanding dengan
penduduk di negara beriklim panas.

Contoh: orang yang


tinggal diiklim
sejuk memerlukan
lebih tenaga untuk
memanaskan badan.

FAKTOR KEENAM - KEADAAN


KESIHATAN

6.

Contoh : orang yang sakit


perlukan tenaga
yang banyak .

Seorang pesakit memerlukan tenaga yang


lebih banyak untuk memulihkan kesihatan nye
berbanding dengan orang yang sihat . Pesakit
diabetes dan darah tinggi memerlukan gizi yang
tertentu untuk mengawal penyakit mereka.

Gizi yang tidak seimbang akan menyebabkan


MALNUTRISI (kekurangan zat makanan) dan
pelbagai masalah zat makanan . Lemak yang
berlebihan menyebabkan obesiti dan sakit
jantung . Kajian yang dijalankan oleh
kementerian kesihatan malaysia menunjukkan
bahawa 29.1 % daripada rakyat malaysia
menyalami berat badan berlebihan manakala
14 % lagi mengalami obesiti .

MEWAJARKAN PEMBAHAGIAN MAKANAN


KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN
Kita haruslah mewajarkan pengagihan makanan kepada
orang yang memerlukan contohnya kepada fakir-fakir
miskin , rakyat rakyat di Negara yang berperang ,
danlain-lainlagi.Malaysia sebagai Negara yang
berkebajikan dapat meringankan beban dengan
menolong Negara yang kurang bernasib baik seperti
Palestin , Indonesia dan banyak lagi .Antara kebaikan
pengagihan makanan adalah kita dapat mengeratkan
hubungan sesama insan . Kesan buruk apabila
pengagihan makanan ini tidak dilakukan ialah ,boleh
menyebabkan mereka lemah dan mungkin
menyebabkan kematian kerana kelaparan . Mereka
akan mendapat penyakit yang lebih teruk daripada
sebelumnya .Oleh itu, dengan mengagih makanan
kepada golongan-golongan yang memerlukan ini ,kita
dapat menyelamatkan mereka daripada penyakitpenyakit dan kematian .Akhirsekali , pengagihan

HULURLAH BATUAN KEPADA ORANG


YANG MEMERLUKAN WALAUPUN
SEDIKIT . SETIAP PEMBERIAN KITA
DAPAT MEMBANTU ORANG YANG TIDAK
MAMPU UNTUK MENJADI SIHAT ,
CERGAS DAN DIJAUHI OLEH PENYAKIT
DAN KEMATIAN

HUBUNGKAIT ANTARA AMALAN


PEMAKANAN DENGAN KEPERCAYAAN
AGAMA :
ISLAM
Bagi penganut agama Islam diharamkan
memakan daging babi dan meminum arak.
Makan makanan yang halal dan bersih sangatsangat penting bagi setiap orang Muslim .
Makanan yang halal tidak saja bermaksud,
daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi
juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan
makanan tersebut, seperti penggunaan
peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga
proses penyembelihan mengikut kaedah
Islam.Jadi bagaimana hendak memilih makanan
yang halal ,bersih dan suci ?. Kita boleh memilih
makanan dari kategori Halal dan haram dengan
senang.

KATEGORI MAKANAN
YANG HARAM DAN HALAL
- YANG HALAL
Semua jenis buah-buahan yang bersih.
Semua jenis sayur-sayuran yang bersih.
Semua kehidupan laut yang tidak beracun.
Binatang yang disembelih dengan Nama Allah.
-YANG HARAM
Binatang yang mati dengan sendiri.
Binatang yang mati dalam kemalangan.
Binatang yang dibunuh.
Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor.
Buah-buahan yang beracun dan kotor.

BAGI KEPERCAYAAN AGAMA


BUDDHA
Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang
pengikutnya untuk makan daging binatang,
hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan
yang lain. Mengikut agama Buddha setiap
benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di
dunia ini dan manusia tidak boleh
membunuh atau mencederakan sesebuah
kehidupan yang lain untuk memuaskan
keperluannya. Mengikut ajaran agama
Buddha apabila seorang manusia membunuh
seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali
sebagai binatang tersebut.

Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah


tanah seperti halia, bawang, bawang putih
dan sebagainya dilarang untuk dimakan
oleh pengikut agama Buddha. Tumbuhtumbuhan tersebut hanya perlu dimakan
oleh manusia yang makan daging supaya
daging yang mereka makan dapat di cerna
dengan cepat. Satu lagi aspek penting
ialah tumbuh-tumbuhan seperti itu akan
merosakkan sistem penghadaman kita
dan akan merosakkan saraf dan usus
manusia.
Agama Buddha hanya mengesyorkan
pengikutnya untuk makan sayur-sayuran
berdaun, sayur-sayuran berbuah, dan
buah-buahan yang bersih dan suci.

BAGI KEPERCAYAAN AGAMA


HINDU :
Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai
bahawa lembu tidak dimakan oleh penganut agama
Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap
salah satu Tuhan mereka. Namun, itu merupakan
tanggapan yang salah sebenarnya.
Seperti yang kita fahami kebanyakan orang
keturunan India tidak makan daging lembu. Orang
India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu
sahaja sebaliknya semua orang keturunan India,
termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen,
Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di
India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu
lagi.

Hakikatnya, hubungan di antara penduduk


India dengan lembu sangat rapat sehingga
mereka meraikan perayaan untuk lembu,
iaitu yang digelar Mattu Ponggal.
Ponggal merupakan hari perayaan di
mana para petani di India mengucap terima
kasih kepada bumi, air, angin dan matahari
kerana membantu mereka dalam bercucuk
tanam dan pada hari berikutnya mereka
meraikan sebagai Mattu Ponggal di mana
mereka mandikan lembu-lembu mereka,
menghias lembu mereka dan memberi
makanan, manisan dan sebagainya kepada
lembu-lembu yang telah bekerjasama
dengan mereka di sawah padi.

TERIMA KASIH ..
#

KOPI O CELUP TEPUNG

# NAZ
APY

#
# SHAHRUL

# SYAFIQ
SAFWAN

Anda mungkin juga menyukai