Anda di halaman 1dari 22

BAB 13:

DORONGAN
DALAMAN TERHADAP
PEMBELAJARAN
REMAJA

EDU3024: Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar


OBJEKTIF:

 Selepas membaca bab ini, pelajar dapat:


 Menghuraikan kuasa dorongan pelajar remaja dan bangkitan
untuk belajar.
 Menerangkan iklim bilik darjah: Hubungan motivasi remaja
dan pembelajaran dalam bilik darjah.
 Menghuraikan keberkesanan pembelajaran berlatarkan
intrinsik dan ekstrinsik remaja sebagai pembelajar yang
dinamik.
PENGENALAN
 Kejayaan dan kegagalan pelajar remaja amat bergantung pada
dorongan yang dimiliki oleh mereka.
 Bangkitan (arousal) sebagai aspek dorongan dilihat dari segi
positif dan negatif.
 Selain itu, hubungan motivasi dalam suasana pembelajaran
dibincang dalam konteks keyakinan diri pelajar.
 Keberkesanan pembelajaran dari segi intrinsik dan ekstrinsik
dianalisis.
 Peranan guru dalam menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Kuasa Dorongan Pelajar Remaja dan
Kebangkitan Untuk Belajar
 Motivasi (kuasa dorongan) merujuk kepada aksi yang menggerakkan
tingkah laku untuk mencapai keinginan dalaman pelajar.

 Menurut Petri (2003), dalam motivasi suatu aksi dimulakan, dikekalkan,


diarahkan dan ditamatkan.
 Aktiviti yang berkaitan motivasi dimulakan dengan suatu keperluan atau
kekurangan secara dalaman.
 Keperluan menyebabkan suatu dorongan, yang bertenaga untuk
memperkembangkannya.
 Dorongan ini membangkitkan suatu respon, iaitu aksi atau aksi yang bersiri
yang direka untuk mencapai sasaran atau tujuan apa yang ingin dicapai pada
akhirnya.
 Remaja yang mempunyai tujuan akan melakukan siri aksi peristiwa untuk
merealisasikan tujuannya.
 Dalam pembelajaran, pelajar remaja sentiasa berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai tujuan dengan bantuan guru yang
mengajar secara dedikasi.
 Bangkitan (arousal) merujuk kepada aktiviti mengaktifkan badan
dan sistem saraf (Coon, 2007).
 Bangkitan biasanya pada tahap rendah, sederhana dan tinggi.
 Jika rasa malas, tahapnya rendah.
 Apabila melakukan aktiviti harian yang biasa pelajar dalam tahap
sederhana dan tinggi semasa beremosi, panik dan berasa terlalu
gembira.
 Pelajar di sekolah menengah biasanya terkongkong dengan
bangkitan tinggi sehingga agak susah mengawal perasaan emosi
dan sering mengalami kesan emosi negatif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
 Guru perlu sedar kehendak remaja dan harus mempelbagaikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengekalkan kesan
emosi positif remaja.
 Guru harus menggalakkan remaja terlibat dalam aktiviti seperti
bermuzik, berinteraksi dan memberi peluang untuk meneroka
dapatan pembelajaran yang diharapkan dengan maksimum.
 Prestasi pelajar adalah dalam tiga keadaan, iaitu prestasi rendah,
sederhana dan tinggi, baik akademik mahupun bukan akademik.
 Pada kebanyakan masa, prestasi yang baik biasanya dapat
diperoleh jika remaja dalam keadaan bangkitan yang sederhana
dan bukan dalam keadaan bangkitan yang rendah atau tinggi.
 Dalam jangka masa panjang, bangkitan yang berlebihan akan
menggalakkan peningkatan prestasi pelajar.
 Menurut Coon (2007), kebanyakan pelajar berasa ”kerisauan
ujian”, sebagai suatu contoh bagaimana bangkitan yang keterlaluan
dapat membolehkan pelajar memperoleh prestasi yang rendah.
Iklim Bilik Darjah: Hubungan Motivasi Remaja
dan Pembelajaran
 Motivasi memainkan peranan penting dalam keperluan untuk
pencapaian, iaitu suatu keinginan dalaman untuk menghadapi
kecemerlangan.
 Menurut McClelland (1961), individu yang mempunyai
keperluan pencapaian yang tinggi akan mencapai kecemerlangan
pada bila-bila masa apabila dinilai.
 Remaja di sekolah menengah boleh dikategorikan dalam dua
kumpulan, iaitu pelajar yang menunjukkan tingkah laku dalam
pencapaian yang rendah dan tinggi.
 Konsep pembelajaran remaja adalah berkaitan dengan
pencapaian dalam semua tugasan yang diberi, iaitu melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
 Pelajar yang bermotivasi tinggi sentiasa ingin menjalankan
aktiviti yang berbentuk mencabar.
 Menurut Coon (2007), keinginan untuk pencapaian dan perkiraan
risiko yang bakal dihadapi oleh pelajar membawa kejayaan dalam
kebanyakan situasi.
 Pelajar yang berkeperluan untuk pencapaian tinggi melakukan
aktiviti yang susah, mendapat gred yang baik dan sentiasa dapat
bertugas dengan cemerlang dalam kerjaya yang diceburi.
 Pelajar remaja di kolej yang berkeperluan untuk pencapaian
mengatributkan kejayaan kepada keupayaan sendiri dan
kegagalannya diatributkan kepada kekurangan usahanya.
 Pelajar yang berkeperluan untuk pencapaian yang tinggi biasanya
menyemak usaha yang telah dibuat sekian lama apabila mereka
berprestasi rendah.
 Mereka sentiasa bermotivasi tinggi dalam menghadapi situasi yang
mencabar dari segi pembelajaran.
 Guru harus menggalakkan usaha pelajar untuk mencapai apa yang
ditugaskan.
 Dengan cara ini, suasana bilik darjah penuh dengan penglibatan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
 Pelajar melibatkan diri dengan penuh minat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
 Aktiviti yang berunsur penerokaan memberi peluang untuk pelajar memikir
secara kritis dan kreatif dalam menghadapi pembelajaran secara efektif.
 Pencapaian yang tinggi diharapkan daripada ibu bapa yang mendedahkan
kanak-kanak mereka untuk menghadiri kelas-kelas muzik, berenang, tarian dan
sebagainya.
 Walaupun idea awal kanak-kanak adalah untuk berfaedah, tetapi kanak-kanak
mula cenderung untuk memahirkan diri dengan aktiviti yang diceburi oleh
mereka dengan penuh keyakinan dan keseronokan.
 Lama-kelamaan , pelajar terus mengembangkan bakat untuk mencapai
kejayaan yang tinggi pada peringkat dewasa kelak.
 Bloom (1985) mendapati bahawa keinginan (drive) dan kesungguhan
(determination) membawa kepada kejayaan yang di luar dugaan.
 Suasana pembelajaran di sekolah perlu dimantapkan melalui
pengajaran guru.
 Konsep guru mengajar harus berfokus kepada bakat dan minat
yang dimiliki oleh pelajar.
 Sokongan guru untuk memantapkan kemahiran dan bakat
seperti bermain muzik, bersukan, bermain catur, berseni lukis
dan lain-lain memberi pengiktirafan kepada pelajar di dalam
bilik darjah.
 Menurut Ericsson dan Charnes (1994), bagi menggembangkan
bakat pelajar dalam sesuatu kemahiran, ia memerlukan
sekurang-kurangnya separuh tahun untuk mempraktis dengan
penuh dedikasi.
 Guru harus meningkatkan motivasi untuk membantu pelajar
memiliki keyakinan diri.
 Menurut Druckman dan Bjork (1994), individu yang memiliki keyakinan diri
yang tinggi dapat membuat suatu aktiviti atau mencapai suatu tujuan dengan
jayanya.
 Beberapa idea disarankan untuk meningkatkan keyakinan diri seperti berikut:
 Menetapkan matlamat yang spesifik dan mencabar bukan sesuatu yang
boleh dicapai.
 Mengilhamkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai
matlamat.
 Mula dan bergerak dalam langkah yang kecil.
 Apabila memperoleh suatu kemahiran, perlu maju dalam pembelajaran.
Boleh memberi tumpuan untuk meningkatkan prestasi berbanding dengan
orang lain di kemudian hari.
 Dapatkan instruksi seseorang pakar yang dapat membantu mahir dalam
sesuatu kemahiran.
 Mengenal pasti seorang model yang berkemahiran untuk menjadikan
panduan untuk terus maju.
 Dapatkan sokongan dan galakan daripada pemerhati untuk mengkritik demi
penambahbaikan.
 Jika gagal, anggapkan ianya sebagai suatu tanda untuk mencuba sedaya
upaya dan bukan kekurangan keupayaan.
 Keyakinan diri membantu meningkatkan motivasi pelajar, khususnya dalam
masa bilik darjah.

 Guru sebagai pemangkin harus menyuburkan keyakinan diri dalam kalangan


pelajar remaja untuk terus berjaya dalam pembelajaran kurikulum, kokurikulum,
sahsiah dan kepimpinan.
Keberkesanan Pembelajaran Berlatarkan
Intrinsik dan Ekstrinsik Remaja Sebagai
Pembelajar yang Dinamik

 Guru dan pelajar terlibat dengan proses pengajaran dan


pembelajaran yang berlatarkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik.
 Menurut King (2008), motivasi intrinsik adalah atas faktor dalaman
seperti persaingan, autonomi, keinginan, cabaran dan usaha.
 Apabila melibatkan motivasi intrinsik, biasanya seseorang gemar
dan bergembira dengannya.
 Manakala motivasi ekstrinsik terlibat dengan ganjaran luaran
seperti pemberian hadiah dan hukuman.
 Pelajar yang belajar bersungguh-sungguh adalah untuk
memperoleh gred yang baik atau mengelakkan diri daripada
teguran ibu bapa.
 Para psikologi percaya bahawa motivasi intrinsik mempunyai hasil
positif yang banyak daripada motivasi ekstrinsik (Blumenfeld,
Kempler dan Krajcik, 2006).
 Motivasi intrinsik dapat menghasilkan tingkah laku yang positif
dan ke arah masteri.
 Kajian-kajian menunjukkan bahawa pelajar yang bermotivasi
intrinsik memiliki keinginan dan keyakinan dalam tugas yang
diberikan daripada pelajar yang bermotivasi ekstrinsik.
 Menurut Ryan dan Deci (2001), motivasi intrinsik biasanya
menghasilkan prestasi yang meningkat, kreativiti dan penghargaan
kendiri.
 Guru harus menggabungkan kedua-dua motivasi intrinsik dan
ekstrinsik bagi membantu pelajar melaksanakan tugasan dengan
berkesan.
 Penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran bergantung pada
kepakaran ilmu pengetahuan sesuatu subjek yang diajar.
 Peluang pembelajaran harus disediakan dalam konteks penerimaan
ilmu pengetahuan kerana pelajar adalah pembelajar yang dinamik
sekiranya guru mengurus pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
 Guru perlu membantu pelajar dalam penentuan objektif,
perancangan dan pemantauan.
 Menurut Bandura (1997) dan Schunk dan Zimmerman (2006),
kejayaan pelajar meningkat apabila mereka menentukan matlamat
yang spesifik, jangka pendek dan mencabar.
 Matlamat bukan spesifik ialah ”saya ingin berjaya”. Suatu
matlamat yang konkrit dan spesifik ialah ”Saya ingin memperoleh
purata 3.5 pada akhir semester”.
 Menurut Anderman dan Wolters (2006), suatu strategi yang baik
ialah menetapkan matlamat yang mencabar.
 Keinginan dan penglibatan yang serius dalam aktiviti digerakkan oleh cabaran.
 Matlamat yang ingin dicapai dengan mudah mengundang rasa kurang minat atau
usaha.
 Dalam masa yang sama, matlamat yang bukan realistik turut mengundang
kegagalan dan memadamkan keyakinan diri.
 Perancangan guru dalam pengajaran penting untuk memangkin pelajar memberi
tumpuan dalam pembelajaran ke arah pemantauan.
 Pencapaian yang diharapkan daripada pelajar penting untuk guru menentukan
jenis aktiviti pembelajaran.
 Menurut Wigfield dan et.al (2006), merancang untuk suatu matlamat adalah
aspek kritikal dalam pencapaian.

 Anderman dan Wolters (2006) dan Wigfield dan et, al (2006) menyatakan
bahawa, para penyelidik mendapati individu yang berpotensi pencapaian tinggi
memantau pembelajaran mereka sendiri dan menilai kemajuannya secara
sistematik lebih daripada individu yang berpotensi pencapaian rendah.
 Para guru sentiasa melengkapkan kemahiran dan kepakaran
dalam mengajar pelajar remaja yang dianggap pembelajar yang
sentiasa dinamik.
 Menurut Suppiah (2006), guru harus menentukan cara pengajaran
yang sesuai digunakan di dalam bilik darjah.
 Guru boleh mengajar pelajar dengan memberi peluang berbincang
secara terbuka semasa proses pengajaran di dalam kelas.
 Guru harus mempelbagaikan teknik pengajaran yang menjurus
kepada penyelesaian masalah pembelajaran.
 Guru boleh membahagikan pelajar dalam kumpulan belajar yang
kecil untuk memaksimumkan penyampaian ilmu pengetahuan
yang diajar.
 Dengan ini, pelajar bermotivasi secara dalaman untuk
menghadapi pembelajaran secara efektif.
 Fikiran adalah asas kepada kesedaran pelajar di peringkat bawah
sedar (sub-conscious) dan membantu mengekalkan kesinambungan
dalam proses kesedaran manusia berhubung pengalaman yang
diperolehnya.
 Justeru, proses kognitif akan berkesan dan bertindak lebih
aktif dengan pengaruh pemusatan pemikiran, motivasi dan
dorongan mendalam yang kuat dan konsisten pada sepanjang
masa (Suppiah, 1997:2003).
 Kombinasi dorongan intrinsik dan ekstrinsik sentiasa wujud dalam
pemikiran pelajar remaja mengikut tahap yang berbeza-beza.
 Guru harus menyediakan peluang pembelajaran yang kondusif
untuk pelajar remaja mengikuti isi kandungan pelajaran dengan
maksimum.
 Sekiranya motivasi intrinsik dan ekstrinsik adalah tinggi dalam
kalangan pelajar remaja, keupayaan untuk memiliki ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan psikologi kognitif akan
difahami oleh guru dalam konteks pengajaran.
Peranan Kognitif dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
 Kognitif yang dianggap suatu kajian tentang proses mental
digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Tahap perkembangan keupayaan kognitif bergantung pada
motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar.
 Keupayaan kognitif harus diperkayakan melalui pelbagai teknik
pengajaran guru.
 Penerokaan dan penimbaan ilmu pengetahuan amat bergantung
pada proses mental yang aktif.
 Menurut Anderson dan Mary (2004), fungsi kognitif seperti
persepsi memori, bahasa dan pemikiran berkomunikasi,
penaakulan, membuat keputusan dan aspek seperti kecerdasan,
emosi dan kesedaran adalah antara topik yang menyentuh
pembelajaran.
 Kesediaan guru yang penuh motivasi dan mahir dalam ilmu
pengetahuan subjek yang diajar adalah faktor-faktor penting
yang harus dimilikinya.
 Aplikasi bahan bantu mengajar dan kaedah yang sesuai juga
amat penting semasa guru mengajar kerana terdapat remaja
yang bervariasi dari segi tahap keupayaan mental, iaitu yang
cemerlang, sederhana dan lemah dari segi kognitif.
 Jadi, cabaran guru adalah mengajar sehingga memastikan
pelajar menguasai ilmu pengetahuan subjek yang diajar dengan
maksimum.
 Dalam pada itu, cabaran guru termasuklah membentuk pelajar
bertingkah laku baik dan bebas daripada masalah disiplin.
Rumusan

 Dorongan ke arah penimbaan ilmu pengetahuan adalah asas


yang kukuh untuk pelajar terus mara dari segi skademik.
 Motivasi guru adalah pemangkin dalam mewujudkan iklim
pembelajaran yang efektif.
 Gabungan motivasi intrinsik dan ekstrinsik turut memainkan
peranan dalam membantu pelajar menguasai ilmu pengetahuan
secara maksimum.
 Elemen kognitif dan proses mental penting untuk aplikasi ilmu
pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
 Cabaran guru ialah melahirkan pelajar yang seimbang semasa di
sekolah menengah, khususnya untuk menghadapi kehidupan
yang penuh dengan cabaran.
Teruskan Perjuangan!
“Lambaian Malar Hijau”
(Bersama Cikgu Jo dan Daneng)

Anda mungkin juga menyukai