Anda di halaman 1dari 3

Punca Obesiti

4.1.1 Pemakanan yang tidak sihat


Masyarakat kini sibuk bekerja untuk mengejar kemewahan dan mereka menganggap masa
itu sangat berharga. Mereka lebih rela membeli makanan yang sedia ada seperti makanan
segera daripada masak sendiri. Masa yang digunakan untuk memasak boleh digunakan
untuk menguruskan perkara penting lain. Oleh itu, mereka membeli makanan dari luar dan
pilihan mereka yang pertama adalah makanan segera. Meskipun makanan segera sangat
mudah tetapi ia akan menjejaskan kesihatan kita secara beransur-ansur. Makanan segera
seperti KFC, Pizza Hut dan Mc Donald mengandungi kandungan kalori dan lemak yang tinggi.
Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan dan
seterusnya akan menjadi obesiti. Kanak-kanak menjadi obesiti akibat kekurangan ambil
berat ibu bapa. Banyak ibu bapa sibuk bekerja dan mengabaikan keperluan anak-anak
mereka. Justeru, mereka akan memberi wang kepada anak supaya mereka makan sendiri di
luar. Kanak-kanak biasanya akan memilih untuk makan makanan segera kerana makanannya
amat menyesuaikan dengan selera kanak-kanak. Dengan mengambil makanan segera
dengan kerap, berat badan akan meningkat dengan mendadak dan menjadi obesiti tanpa
disedari. Selain daripada makanan segera, makanan tradisional seperti roti canai dan nasi
lemak juga tidak sihat kerana lemak yang dikandungi amat tinggi dan akan menyebabkan
seseorang itu menjadi obesiti.

4.1.2 Kekurangan bersukan atau aktiviti fizikal


Bersukan atau melakukan aktiviti fizikal merupakan aktiviti yang boleh membakar kalori.
Contoh aktiviti fizikal adalah naik turun tangga dan berjalan. Masyarakat kini telah
mengamalkan cara hidup yang amat tidak sihat. Mereka malas untuk melakukan aktiviti
fizikal dan lebih suka duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti ini. Sikap malas
mereka menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk bersukan. Peningkatan teknologi
telah membawa banyak kemudahan kepada orang kini tetapi pada sebaliknya juga
memupuk sikap malas dalam kalangan orang kini. Misalnya, perkhidmatan e-banking melalui
internet telah dikeluarkan dan masyarakat kini tidak memerlukan keluar dari rumah ke bank
untuk menyempurnakan proses ini. Penciptaan lif juga membawa kemudahan kepada
masyarakat dengan tidak memerlukan naik turun tangga yang banyak. Walaupun
peningkatan teknologi telah memudahkan masyarakat, akan tetapi, ia juga menyebabkan
masyarakat kini bergantung kepada kemudahan teknologi ini. Dengan menggunakan
kemudahan teknologi ini, mereka tidak perlu melakukan aktiviti fizikal yang dianggap akan
meletihkan badan. Begitu juga dengan bersukan, masyarakat kini yang banyaknya beranggap
bersukan amat membazirkan masa sedangkan masa amat berharga bagi mereka supaya
menguruskan kerja mereka. Mereka lebih rela mengorbankan masa mereka untuk
pekerjaan mereka daripada melakukan aktiviti fizikal atau bersukan. Sekian lama, kesan
kurang bersukan atau aktiviti fizikal akan menjadi ketara semasa berat badan mereka
meningkat dan menjadi obesiti pada akhirnya akibat sikap malas mereka.

4.1.3 Faktor keturunan


Ibu bapa yang bersaiz normal mempunyai 10% mendapat anak yang gemuk, peluang akan
bertambah menjadi 40% hingga 50% jika salah seorang ibu bapa menghadapi masalah berat
badan atau obesiti. Bagi anak yang mempunyai kedua-dua ibu bapa yang obesiti, peluang
untuk menjadi 70% hingga ke 80%. Jelaslah bahawa masalah obesiti akan diturun daripada
generasi yang sebelumnya kepada yang selepasnya. Oleh itu, kita selalu melihat ibu bapa
yang tergolong dalam gemuk biasanya cendorong mempunyai anak yang gemuk. Hal ini
berkemungkinan besar berlaku akibat seorang ibu yang obesiti sedang mengandung, maka
unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal akan diturun kepada si
bayi semasa dalam kandungan secara automatik. Maka, apabila si bayi yang dilahir
mempunyai unsur lemak tubuh yang relative besar adalah tidak hairan. Dalam hal ini,
jelaslah bahawa faktor keturunan juga salah satu punca menyebabkan seseorag itu
berobesiti.

4.1.4 Pengaruh emosi


Masyarakat kini banyak yang menghadapi tekanan akibat kemajuan masyarakat yang deras
ini. Masyarakat kini banyak menghadapi tekanan mahupun dalam kehidupan atau pekerjaan.
Saingan yang kuat sesama rakan sekerja telah menyebabkan mereka berasa tertekan.
Masyarakat kini semuanya berasaskan kelajuan seperti ketangkasan menguruskan sesuatu
masalah. Mereka yang tidak setangkas seperti yang lain akan menghadapi masalah tekanan
yang kuat. Masalah yang sama juga berlaku dalam kalangan remaja. Dalam kalangan remaja,
keputusan peperiksaan, penampilan, alat berteknologi tinggi sering menjadi faktor saling
bertanding. Mereka akan bersaing dan berbanding sesama lain. Bagi remaja yang berasa
tidak setanding dengan mereka akan berasa rendah diri dan emosi mereka telah dipengaruh.
Bagi mereka yang menghadapi tekanan dalam kehidupan tidak kira orang dewasa atau
remaja, lazimnya mereka akan meluahkan perasaan dengan makan. Walaupun cara ini
kadang-kala amat berkesan untuk mereka supaya meluahkan tekanan mereka, akan tetapi,
kesan sampingan turut akan mendatang iaitu masalah obesiti.

4.1.5 Kurang masa tidur


Semasa tidur, hormon yang mengawal kadar selera makan akan dikeluarkan oleh badan.
Hormon ini juga mengawal kadar penggunaan tenaga dalam tubuh kita. Sbagai contohnya,
ketika tidur, homon insulin dalam badan akan membantu mengawal kandungan gula dalam
badan. Oleh itu, jika kekurangan tidur, fungsi hormone ini akan berkurang dan kandungan
gula yang ada dalam badan berada dalam tahap yang hampir sama dengan penghidap
penyakit daibetis. Apabila kekurangan tidur secara berterusan, hormone ghrelin yang
membantu meningkatkan selera makan akan distimulasi. Secara tidak langsung, selera akan
bertambah dan permintaan tentang pemakanan juga meningkat. Justeru, akibat daripada
kekurangan tidur, hormon insulin yang berfungsi mengawal kandungan gula akan berkurang
manakala hormon ghrelin yang bertugas meningkatkan selera makan akan meningkat dan

hal ini akan menjejaskan pemakanan. Tanpa disedari, masyarakat akan makan lebih daripada
biasa. Jika masalah ini berlaku berterusan, berat badan akan meningkat mendadak dan
lama-kelamaan, obesiti akan berlaku.

4.1.6 Pengambilan ubat-ubatan


Terdapat beberapa penyakit yang dikaitan dengan masalah obesiti. Sebagai contohnya,
penyakit hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid dalam tubuh badan). Kekurangan
hormon tiroid akan menjejaskan metabolism tubuh badan sedangkan kadar metabolism
memainkan peranan dalam membantu mengawal dan mengurangkan berat badan. Selain
daripada penyakit hypothyroidism,penyakit cushing syndrome dan polycstic ovarian
syndrome juga akan menyebabkan penghidapnya mengalami masalah obesiti. Secara tidak
langsung, berat badan akan meningkat dan menyebabkan masalah obesiti. Pengambilan
ubat-ubatan yang tertentu juga menyebabkan masalah obesiti. Sesetengah ubat memberi
kesan sampingan kepada penggunanya dalam masalah yang berbeza. Ubat seperti
antidepresi akan memberi kesan dalam berat badan manakala sesetengah ubat akan
merendahkan kadar pembakaran kalori dalam tubuh. Secara langsung, masalah obesiti akan
timbul.

Anda mungkin juga menyukai